Antara takdir dan doa

 

Daku baru sahaja selesai menghadiri majlis ijtimak dakwah yang diadakan di sini baru-baru ini. Majlis yang diadakan selama tiga hari ini cukup padat dengan program, manusia yang datang, jemaah dakwah yang dikeluarkan dan macam-macam lagi.

Yang paling penting, ulama’ datang untuk menyampaikan kata-kata nasihat, penerangan dan dorongan untuk terus giat meneruskan usaha. Walaupun setiap orang itu sibuk dengan pelbagai tugas, kerjaya dan lain-lain lagi, usaha atas agama tidak boleh ditinggalkan sebegitu sahaja, sepertimana seseorang tidak boleh meninggalkan solah fardhu walaupun waktu itu dia sedang bekerja, tidur, mandi, makan atau lain-lain lagi.

Ingin juga dicatat beberapa pesanan ulama’ di sini. Tetapi masanya belum sesuai untuk hari ini. Ada waktu yang lebih sesuai, kelak akan daku tampilkan juga di laman ini.

Insya-Allah.

Dalam beberapa hari berada di dalam amalan (majlis) tersebut, ada beberapa perkara yang terfikir untuk ditulis. Tetapi masa tidak mengizinkan dan terhadnya kekuatan. Oleh itu, rasanya perkara ini lebih sesuai untuk ditulis, kerana telah difikirkan terlebih dulu sebelum hal yang lain.

 

Takdir= ketetapan Allah

Takdir ini ialah ketetapan Allah. Ada ketetapan yang tidak dapat diubah, dan ada yang diubah berdasarkan amalan seseorang yang beriman kepadaNya.

Yang tidak dapat diubah ialah rezeki, masa meninggal, masa kelahiran, hal baik dan hal buruk. Yang dapat diubah ialah keberkatan dalam usia, dan keberkatan dalam rezeki. Mungkin ada beberapa perkara lain lagi.

Keberkatan datang dari amalan yang istiqamah diusahakan. Orang yang dapat berkat, maka rezeki yang banyak tidak berlebihan, rezeki yang sedikit mencukupi. Usia yang panjang bermanfaat, usia yang pendek bernilai dihayati.

Takdir ini dalam ketetapan Allah. Manusia tidak boleh tentukan ia. Hanya boleh merancang, tetapi nak tentukan takdir bukan dalam kekuasaannya.

 

Takdir tiga golongan

Apabila dikatakan penguasan mutlak milik Allah, maka Allah telah meletakkan tiga perkara dalam penguasaan takdir pada hamba-hambaNya.

Pertama, takdir yang dibiarkan. Maksudnya, dibiarkan kepada orang tersebut menguruskan ehwal peribadinya. Takdir yang tetap bagi mereka tetap tidak berubah, takdir yang tidak tetap bagi mereka (keberkatan) tidak diperolehinya. Golongan ini ialah buat sekalian makhluk dan orang bukan Islam. Mereka dapat apa-apa yang mereka inginkan. Mereka beroleh apa yang mereka usahakan. Namun, tidak terlepas dari batasan takdir yang telah ditentukan, seterusnya tiada langsung balasan di akhirat kelak.

Tamat takdir mereka di dunia sahaja. Bagi yang bukan Islam, akhirat akan buka buku lain, iaitu balasan neraka. Sedangkan makhluk yang lain tiada buku catitan amalan.

Kedua, takdir yang berubah-ubah. Takdir ini tetap bagi yang telah ditetapkan, tetapi tidak tetap bagi yang tidak ditetapkan. Jika diusahakan yang tidak tetap dengan amalan maka dia akan dapat. Jika tidak diusahakan, maka dia tidak akan dapat. Golongan ini ialah orang Islam tetapi imannya turun naik atau keluar masuk. Bila diusahakan yang tidak tetap itu (keberkatan) dengan amalan, maka keberkatan itu diperoleh. Jika tidak berlaku sebaliknya.

Takdir mereka ini bersambung di akhirat kelak. Akhirat ada buku catitan amalan. Jika banyak baik ada tempat di syurga. Banyak buruk tempatnya di neraka untuk menghapuskan segala keburukan terdahulu.

Ketiga, takdir yang dipelihara. Maksudnya, takdir yang tetap memang tidak boleh diubah, tetapi takdir yang tidak tetap sentiasa diperoleh oleh mereka. Golongan ini bagi orang yang benar-benar beriman dan bertakwa. Mereka mendapat keberkatan dalam kehidupan mereka. Rezeki baik, hidup baik, keluarga baik dan lain-lain lagi baik. Malah, mereka boleh menginfakkan kepada orang lain lagi.

Hal ini kerana takdir bagi mereka Allah memeliharanya. Pendek kata, mereka tidak perlu usahakan kerana Allah ambila tanggungjawab memelihara takdir buat mereka. Yang perlu mereka usahakan ialah jaga iman dan takwa.

Semua yang mereka lakukan ada dalam pengetahuan dan bimbingan Dia. Sekiranya tersalah jalan atau menyimpang dari jalan kebenaran, maka benda yang diusahakan tersebut tidak akan menjadi malah memburukkan keadaan mereka sendiri. Apabila ikut jalan yang lurus, maka apa yang diusahakan dapat mencapai kejayaan dan lain-lain lagi.

Takdir bagi mereka ini juga bersambung di akhirat kelak. Tetapi catitan amal mereka penuh kebaikan dan ada janji syurga untuk mereka. Ada juga orang dari golongan ini yang dihisab dan sebagainya. Mereka dihisab sebab ada keinginan yang diusahakan sebagaimana sifat sebagaimana manusia biasa. Tempat mereka ialah kebaikan dan syurga. Berbaloi dengan kesukaran, mujahadah, derita, kesabaran dan lain-lain lagi kerana menurut akan bimbingan Allah ketika di dunia terdahulu.

 

Antara takdir dan doa.

Sebegitupun sekalian perkara dan takdir itu dalam  penguasaan dan pengetahuan Allah, Allah telah menetapkan manusia ini lebih daripada makhluk yang lain. Mereka ini beroleh akal dan hati tidak seperti makhluk yang lain.

Maka, ada perkara tertentu yang manusia akan dapat apabila mereka usahakan. Dan, usaha yang terbaik apabila mereka berdoa, iaitu meminta-minta akan perkara yang diinginkan tersebut daripadaNya. Kerana daripadaNya datang dan kepadaNya akan kembali segala-galanya.

Apabila diinginkan sesuatu yang dirasakan baik buat dunia dan akhirat, Allah sendiri katakan dalam al-Quran, berdoalah kepadaNya. Allah suka pada mereka yang berdoa dengan istiqamah, harap dan bersungguh-sungguh kepadaNya. Maka, Allah akan kurniakan kepada mereka asal mereka jaga iman dan amal kepadaNya.

Setelah diperoleh akan sesuatu perkara dan ingin terus kekal diperoleh perkara tersebut (bukan harta benda dunia. Benda ini tiada nilai di sisi Allah) sehingga ke alam akhirat, maka sentiasa bersyukur kepadaNya. Tanda orang yang bersyukur ialah makin taat perintah Allah dan tinggalkan laranganNya.

Bagaimana ingin bersyukur atas pemberian Allah? Maka banyakkan bersujud syukur, lidah berzikir pada waktu pagi dan petang, seterusnya suka sentiasa memberi kepada orang lain (seperti makanan, hadiah, sedekah, keperluan dan apa-apa yang mampu diberi. Ditekankan di sini: berilah kepada orang yang memerlukan bukan atas dasar bina bangunan dan lain-lain.).

Apabila seseorang yang berdoa itu bersyukur maka Allah akan kekalkan nikmat daripada takdir yang telah dikurniakan kepada mereka. Maha Pemurahnya Allah, bukan sahaja dikekalkan nikmat tersebut, malah ditambahkan lagi nikmat yang lain bersama keberkatan dalam hidup ini, dan baik juga untuk mereka di akhirat nanti.

 

One response

  1. Menjaga Kemuliaan Allah. | Balas

    Apa kata mereka?

    1.Berkata Shaikh Ibnu Atho’Illah didalam Kitab Hikam:
    ‘Maha Besar hukum azali itu, Dia tidak bersandar pada berbagai sebab’.
    Syarahnya: Sesuatu yang ditetapkan pada zaman azali tidaklah memerlukan berbagai sebab. Contohnya seperti sebuah permohonan anda, permohonan anda bukan sebagai sebab adanya pemberian Allah Ta’ala.

    2.Berkata Shaikh Ibnu Atha’Illah didalam Hikamnya:
    ‘Bagaimana mungkin terjadi permohonan anda yang terwujud pada waktu berikutnya adalah menjadi sebab adanya pemberian Allah yang terwujud lebih dahulu?’
    Syarahnya: Bagaimana mungkin pemintaan daripada doa anda menjadi sebab Allah menentukan sesuatu pada anda padahal ketentuan Allah telah pun ditetapkan olehNya pada azali lagi?

    3.Ghawthul A’zham Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani Radhiallahu Anh berkata :

    ‘Apabila Allah mengabulkan apa yang diminta hambaNya, dan mengabulkan permintaannya, maka IradahNya tidak akan terkoyak, tidak pula akan membuat kering catatan, akan tetapi permohonan itu sesuai dengan kehendak Tuhan pada waktunya. Sehingga sesuai itu menghasilkan pengabulan dan memenuhi kemahuannya pada waktu yang ditentukanNya, untuk menyampaikan taqdir itu pada waktunya. Setiap waktu Dia didalam kesibukan ” – QS 55: 29, iaitu mengiringi taqdir sampai pada waktunya’.

    Allah Ta’ala tidak memberi sesuatu kepada siapa pun di dunia ini kerana doanya. Begitu juga Allah tidak memalingkan kejelikan dari sesiapa pun semata-mata kerana doanya.
    Apa yang diriwayatkan dalam hadis Nabi, ‘Tidak ada yang dapat menolak qadha kecuali doa.’ – riwayat at-Tirmizi) adalah dikatakan daripada apa yang dimaksud oleh hadis ini; ‘Tidak ada yang dapat menolak qadha kecuali doa yang telah ditetapkan (pada taqdir azali) dapat menolak qadha.’ [Ertinya doa yang menolak qadha tersebut telah pun ditetapkan oleh Allah dalam taqdir azali, bukanlah disebabkan oleh doa seseorang itu – pent]
    4.Dari firman Allah:
    Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan pada dirimu melainkan telah tertulis dalam Kitab(Loh Mahfuz)sebelum kami menciptakannya.Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah ( Al Hadid 57:22
    Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu kefasikan dan ketaqwaan.(As Syam 91:8 )
    Turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. An Nahl (16):69
    Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna (Al Furqan 25:2)
    setiap ciptaan termasuk manusia sudah ditentukan dengan takdir yang sempurna oleh Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui.Apalah yang nak diubah lagi?Allah tidak silap dan alpa ketika melakarkan qada dan qadar kita.
    Engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi “Sunnatullah” dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan “Sunnatullah” itu: Faathir (35):43
    Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna (Al Furqan 25:2)
    Dan Tuhan kamu menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dia-lah juga yang memilih (sesuatu perkara sedangkan) tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih (selain dari apa yang Allah pilihkan). Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah keadaan-Nya dari apa yang mereka sekutukan dengan-Nya. [al-Qasas 28:68
    (Walau bagaimana pun)kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu(mengenai sesuatu pun), kecuali ia di kehendaki Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam. [al-Takwir 81:29]
    Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (At-Talaq 65:3)
    .Sememangnya perkara yang dikehendaki Allah itu tetap akan berlaku.(Al Ahzab 33:37)..
    (Ingatlah)perintah Allah itu adalah satu ketetapan yang ditentukan berlakunya.(Al Ahzab 33:38)
    Dan tiadalah kamu berkehendak (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan kehendak Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. [al-Insan 76:30
    Dan tiap-tiap manusia itu telah Kami tetapkan amal perbuatannya(sebagai mana tetapnya kalung)pada lehernya.Dan Kami keluarkan baginya pada hari kiamat sebuah kitab yang dijumpainya terbuka. Al Isra 17:13
    Sesungguhnya rencana-Ku amatlah teguh: (Al Araaf 7:183).
    Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan): (Al Qamar 54:49)
    Datanglah kamu keduanya (langit dan bumi) menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa. Keduanya menjawab, “Kami datang dengan suka hati.”: Fushshilat (41):11.

    5.Apa kata Rasullallah SAW
    Belum dikatakan beriman seseorang itu sehingga dia beriman kepada takdir (ketentuan Allah), baik mahu pun buruk. (Hadith Riwayat Ahmad)
    Seandainya salah seorang di antara mereka mempunyai emas segunung Uhud yang dia nafkahkan maka Allah tidak bakal menerimanya sebelum dia beriman kepada takdir (Sahih Muslim jilid 1,5)
    Demi Allah yang tidak ada Tuhan selain-Nya, sesungguhnya seseorang daripada kamu boleh beramal serupa amalan penduduk syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga hanya sehasta lagi, tetapi suratan takdirnya mendahuluinya, lalu dia melakukan perbuatan penghuni neraka menyebabkan dia masuk ke sana. Dan sesungguhnya salah seorang daripada kamu ada yang beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dan neraka hanya sehesta tetapi, suratan takdirnya mendahului
    Maka perlu engkau ketahui bahawa musibah yang menimpa kamu tak akan hilang daripadamu. Dan sesuatu yang mesti terlepas daripadamu tak akan dapat memberikanmu musibah. Dan jika engkau mati dengan keyakinan selain ini, pasti engkau akan masuk ke neraka. Terjemahan Sunan Ibnu Majah Bk. 1, 65
    Dan jika engkau tertimpa dengan sesuatu musibah maka janganlah berkata, “Seandainya sahaja aku berbuat begini dan begini.” Akan tetapi katakanlah, “Allah sudah mentakdirkan dan apa yang Dia kehendaki pasti dilaksanakan-Nya.” Ketahuilah bahawa kata, “Seandainya” akan membuka jalan bagi syaitan untuk menggoda. Terjemahan Sunan Ibnu Majah Bk 1, 67 (1992).

    Rasulullah (saw) ditanya, “Jika demikian (sudah ditentukan) tidakkah lebih baik kami pasrah sahaja?” Rasulullah (saw) menjawab, “Jangan begitu beramallah dan jangan berpasrah.” Sunan Ibnu Majah Bk 1, 66
    Ada seorang lelaki tiba-tiba berkata, “Wahai Rasulullah kalau begitu apakah tidak sebaiknya kita menunggu ketentuan takdir kita dan tidak usah beramal?” Rasulullah (saw) bersabda, “Barangsiapa yang termasuk golongan bahagia dia pasti akan mengarah pada amalnya orang-orang bahagia. Dan barangsiapa termasuk golongan orang celaka, dia juga pasti akan mengarah pada amalnya orang-orang celaka.” Terjmhn Sahih Muslim Bk.4, 575
    Rasulullah (saw) bersabda, “Beramallah setiap kamu dipermudahkan.Orang-orang golongan bahagia mereka akan dipermudahkan untuk melakukan amalnya orang-orang bahagia. Adapun golongan orang celaka, dia juga pasti akan mengarah pada amalnya orang-orang celaka.” Terjmhn Sahih Muslim Bk.4, 575 (1994)

    Beramallah..ikut apa yang sudah dibuat oleh Rasullallah.SAW .berbuat kebaikan,berselawat,berdoa,bersedekah..semuanya adalah amalan-amalan RasullalahSAW…yang sudah dipateri di Loh Mahfuz.kalau ada respon daripada Allah dan berlakunya perubahan..itu pun sudah dilakarkan di dalam Loh Mahfuz.kalau kita rasa kerana ikhtiar kitalah berlakunya perubahan..kita sudah berjaya mempertikaikan kebijaksanaan Allah…Allah yang Maha Mengetahui.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: