Makanan dan kesannya pada manusia

Insya-Allah, tidak lama lagi boleh selesaikan untuk first draft tesis peringkat ini. Data sudah dikumpul, dicatat dan analisa. Penulisan major semua telah selesai, cuma sedikit lagi perkara minor dan perlu pembetulan.

Awal bulan lima dijangka boleh selesai semua. Insya-Allah. Doakan moga Allah mudahkan dan dapat selesaikan pembelajaran ini pada masa yang baik dan ditentukan.

 

Makanan ini hakikatnya sangat penting kepada manusia. Lebih penting lagi, makanan ialah asas dalam peribadatan dan penerimaan amalan di sisi Allah s.w.t. Makanan yang terbaik ialah dia sendiri menyediakan, bukan daripada dibeli dari kedai atau bungkus siap tempah dari tempat jualan makanan.

Dikatakan, untuk mengeratkan hubungan kasih sayang dalam ahli keluarga, beberapa perkara perlu dilakukan, khususnya pada kes makanan. Iaitu tempat, keadaan, penyediaan dan kaedah makan.

Tempat makan pastikan di kawasan rumah, bukan kedai atau restoran. Jika ingin ubah suasana, sekali dua pergi bercuti tidak mengapa. Tetapi jangan jadikan ia terlalu kerap. Kesannya nanti akan dibicarakan.

Keadaan makan perlu dalam suasana harmoni. Dilarang sama sekali ketika makan menengking, mengherdik dan berbuat suatu yang tidak sopan. Sebaiknya ketika menerima atau menikmati suatu nikmat, hargai dan bersyukur kepada Allah yang memberikan. Boleh juga dijadikan tempat perbincangan ketika makan, tetapi cukup sekadar teguran atau sapaan, kemudian untuk lebih lanjut face to face jumpa lepas habis makan.

Penyediaan makan perlu (atau mesti) dari tangan ahli keluarga. Tangan ahli keluarga ini akan mengeratkan hubungan kekeluargaan, walaupun makannya tidaklah terlalu sedap dan beraneka jenis. Lebih menambah nilai lagi, apabila seorang lelaki pandai menyediakan makanan. Bukan sahaja menambah nilai pada peribadi lelaki tersebut, malah mengancam keperibadian wanita sekiranya tak pernah belajar bagaimana menyediakan makanan. Hal ini kerana kebiasaan dan memang menjadi lumrah wanita yang sepatutnya lebih arif dalam hal pengurusan keluarga di rumah, bukan lelaki atau orang gaji. Lebih baik lagi, berzikir ketika menyediakan makanan. Perkara ini penting sebab bila dengan berzikir ketika menyediakan makanan akan turut membantu kekuatan dalam peribadatan, kecerdasan rohani dan jasmani.

Kaedah makan ada beberapa perkara. Ini merupakan sebahagian besar dalam kajianku. Ada beberapa tips telah dijelaskan dalam laman ini. Antara yang paling penting ialah pastikan makanan tertutup selepas atau ketika makan, makan bersama, dalam talam (ini sunnah dan banyak kelebihannya) serta kurangkan makan dengan sedia berlapar dan berpuasa.

 

Kesan makanan tidak disediakan sendiri, semberono, makan di luar….

Ada beberapa kesan yang paling nyata.

  1. Makanan itu belum tentu sedap.
  2. Lebih mahal
  3. Tidak mengeratkan hubungan persahabatan atau kekeluargaan.
  4. Ikut nafsu dan makan berlebihan
  5. Tidak meningkatkan rohani
  6. Mata akan jadi meliar. Ini kerana makanan tersebut terdedah. Benda yang mudah rosak sebab persekitaran, kuman dan syaitan ‘kencing’ dalam makanan tersebut. Apabila syaitan mula buat kerja pada benda yang masuk ke perut, maka rosaklah hati si manusia itu.
  7. Kemungkinan beracun atau sudah tercemar
  8. Mudah dijangkiti penyakit yang tidak dijangka.
  9. Bukan amalan nabi s.a.w.

 

Bagi makanan yang tempat, keadaan, penyediaan dan kaedah yang terbaik, kesannya…

  1. Lebih sedap dan boleh buat pilihan
  2. Menambah kasih sayang sesama ahli keluarga.
  3. Mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.
  4. Lebih murah
  5. Terhindar daripada racun, pencemaran dan penyakit yang tidak diketahui.
  6. Mata dan hati terjaga. Antaranya sebab ketika makan semua ahli dah kenal (anak, isteri, ayah, abang, adik dll.), jadi tidak timbul meliar dan melulu mata tengok perkara lain.
  7. Rohani terpelihara.
  8. Boleh praktik amalan sunnah nabi s.a.w.
  9. Dapat pahala kerana berkhidmat pada ahli keluarga.
  10. Allah suka dan bersama-sama orang yang sentiasa berkhidmat kepada orang lain.
  11. Tanam cinta pada agama dan sedar akan nilainya yang tiada tolok bandingan, walaupun sekadar amalan pada makanan.

 

Cuma, ada dua perkara yang besar nak ingatkan di sini, iaitu

  1. Jangan membazir. Sediakan sekadar keperluan sahaja. Membazir banyak kerosakan seperti meningkatkan kadar obesiti, diabetis, penyakit sebab makanan dan jadi teman rapat pada syaitan.
  2. Pandai dan ringankanlah tangan untuk memberi pada orang lain. Dulu, ini amalan orang melayu. Tetapi kini tidak lagi.

Jadi, usahakan hidup kembali. Malah ada tuntutan dalam Islam akan perkara ini. Tak banyak pun, sedikit pun boleh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: