Nilai seorang sahabat.

Setiap orang mempunyai pilihan, setiap orang mempunyai kelebihan, dan setiap manusia diberikan kemampuan. Tidak semuanya sama dan tiada yang sama juga pada nilainya.

Sebegitupun kemampuan, kelebihan dan pilihan ini diberikan, tidak sesekali dibolehkan manusia memilih, atau dilebihkan atau diberi kemampuan pada agama. Agama tetap tertakluk pada keperibadian manusia. Maknanya, setiap manusia mampu dan boleh melakukannya berdasarkan kemampuan yang ada. Tidak kira kecil atau besar, sakit atau sihat, muda atau tua semuanya orang mampu buat dalam mengusahakan perkara agamanya.

Cuma yang beza, ada yang menjadi nabi, daie, wali, alim, hafiz, mudir, ulama, ahli ibadah atau lain-lain pengkhususan. Tetapi dari segi melaksanakan perintah Islam yang lima dan keyakinan pada rukun iman semua orang boleh buat dan mampu faham akan perkara yang sama.

Jadi, barang siapa yang berpaling atau mengkhianati asas agama maka dia menghina keadaan, kelebihan, dan kedudukan yang diberikan kepadanya. Perkara ini jelas termaktub dalam al-Quran, yang jelas kehinaan pada orang yang berpaling daripada agama Allah, ketika mana kelebihan, kemampuan, pilihan dan kedudukan diberikan kepadanya. Lihatlah bagaimana Allah menghina fir’aun, Haman, Qarun, bangsa terdahulu atau kaum yang berpaling daripada perintah Allah dan RasulNya. Berkurun dan berzaman kisah mereka bermain di minda dunia, sama ada manusia kini endah atau tidak akannya.

++++++++++++++

Tergerak hari ini ingin menulis berkenaan sahabat. Entah kenapa. Moga Allah memberikan daku lebih faham akan hal ini dan moga orang lain memahami nilai sahabat lebih dari nilai perhiasan duniawi.

Sahabat ialah satu istilah khas sebenarnya untuk para pengikut Rasulullah s.a.w. Dengan erti kata lain, istilah sahabat ini terlalu besar dan bernilai maknanya daripada teman, kawan, kawan rapat dan lain-lain. Sebegitu besarnya istilah ‘sahabat’ ini, sehingga kedudukan mereka diakui dan diredhai Allah, telah mengenali kedudukan syurga untuk mereka sejak belum mati lagi.

Ini hak atau hakikat sebenar pada istilah ‘sahabat’. Tapi daku guna juga istilah ‘sahabat’ ini di sini. Kerana bagiku,

Perkataan sahabat bagiku bukan semata-mata tujuan atau kebaikan di dunia ini. Tetapi terus kekal di syurga yang sentiasa lebih baik dan tidak akan penghujung nikmat di akhirat nanti.

(Dulu daku tidak peduli pada nilai atau istilah sahabat. Hanya ramai kawan, kenalan dan lain-lain lagi.)

Jadi, di sini daku senaraikan beberapa ciri penting pada manusia yang boleh dikatakan sebagai sahabat.

 

Sahabat serasi bersama.

Sahabat ini tidak semuanya tepat atau sama karakternya dengan orang yang bersahabat dengannya. Mungkin sahaja ada yang kurang atau salah silap di antara mereka. Berlaku salah faham juga wujud di sini sana. Antara puncanya kerana karakteristik setiap orang yang berbeza, dan tidak akan ada yang sama. Tetapi yang membuatkan kekal bersama antara mereka untuk bersahabat ialah walaupun keserasian dan tetap rasa bahagia ketika bersama. Itu sahaja.

Ada sahabat yang karakternya suka berkomunikasi dengan ramai orang. Mereka ini peramah, suka berteman, tidak suka bersendirian, dan lain-lain. Ada juga sahabat yang lebih suka bersendirian daripada berteman. Mereka lebih suka memendam perasaan, pendiam, tidak suka berpeleseran, perahsia dan lain-lain lagi. Sukar nak berkawan dengan mereka ini melainkan orang yang sesuai dengan mereka barulah boleh bersembang sekali.

Dan mungkin ada macam-macam karakter lagi. Sebegitupun keadaan dan sifat mereka, mereka tidak terasa jauh atau pun bermasam muka lama-lama. Sekadar luahan hati, seok atau minggu depan berbaik kembali. Paling lama sebaik-baiknya tiga hari sahaja. Hidup bersahabat yang pasang naik ini ibarat lumrah dalam hidup sahaja. Kadang-kadang di atas dan kadang-kadang berada di bawah pula.

 

Sahabat sentiasa mengajak pada kebaikan, dan bersedia menerima teguran demi kebaikan.

Satu orang teman boleh dikatakan menjadi sahabat apabila dia sentiasa mengajak kepada kebaikan.

Hatinya sentiasa melihat perkara yang baik, tidak suka pada perkara yang buruk. Jika boleh benda yang buruk bertukar menjadi baik.

Lihat pada keadaan sekarang…. Ahh… sukar sekali mencari orang yang mampu berada pada situasi ini. Ramai yang suka melihat perkara yang buruk pada orang lain, kemudian itulah yang sentiasa diheboh-hebohkan. Perkara baik pada diri orang tersebut tidak dipeduli, jarang sekali dan boleh dikira guna jari lihat kepadanya.

Jika ada orang yang suka mengajak kalian kepada kebaikan, hargailah dia. Mungkin dia seorang sahabat yang baik untuk anda. Apatah lagi apabila dia bersedia menerima teguran orang lain yang dirasakan baik untuk dirinya melakukan perkara tersebut (yang ditegur).

 

Sahabat senang bersama suka dan duka.

Mungkin perkara ini ramai yang menyedari. Tapi belum tentu ramai yang mampu lakukannya lagi.

Hal ini kerana apabila satu orang senang untuk bersama dalam keadaan suka dan duka sebenarnya dia telah mengabaikan kekurangan yang wujud pada dirinya, dan lebih menghargai orang yang dia bersahabat dengannya. Oleh kerana itu, dia menganggap kesenangan dan kebaikan pada sahabatnya juga kebaikan kepada dirinya.

Baginya, hidup bersahabat bukan hidup pentingkan diri sendiri. Mereka hidup berdua sama ada dekat atau jauh. Jika dekat senang memberi daripada menerima. Jika berjauh senang berdoa untuk kebaikan buat dunia akhirat bersama.

Itu pun selagi tidak lari daripada syariat agama dan maruah dirinya. Jika lari atau jatuh maruah, itu bukan bersahabat, itu pekena manusia lain namanya.

 

Sahabat itu iman dan ikhlas.

Ya, sahabat perlu wujud perkataan iman dan ikhlas. Iman sahaja tak mencukupi. Kerana iman untuk Allah khusus, tetapi ikhlas ialah pancaran hati yang jernih kepadaNya dan membawa kebaikan pada orang yang membawanya.

Jadi, seorang yang dianggap sahabat itu tidak mengharapkan sesuatu yang memuaskan hatinya daripada orang yang dia bersahabat. Dia tidak mengharapkan sebarang kepentingan peribadinya. Dia tidak berniat apa-apa demi keuntungan dirinya kembali.

Dia hanya ingin bersahabat semata-mata kerana dia ialah dia. Bagaimana keadaan dan kedudukan peribadinya, bukan itu penilaiannya. Apa yang dia ada, itulah dia atau dirinya.

Yang dia tahu, bagaimana untuk menggembirakan sahabat tersebut. Itu sahaja.

 

Sahabat itu mengingatkan kepada Allah.

Inilah yang paling penting. Dan inilah antara pesanan Nabi s.a.w akan keperibadian manusia yang paling baik.

Sahabat perlu ikhlas kerana Allah. Apabila seseorang bersahabat dengannya, dia akan mengingatkan sahabat itu kepada Allah.

Hatinya tidak lekang dari mengingati Allah. Lidahnya sentiasa berzikir atau mengingatkan kepada Allah. Badannya menahan tekanan, cercaan, kecaman dan kesusahan semata-mata kerana Allah.

Apabila orang melihatnya pun dah teringat akan agama Allah. Kewujudan mereka ini bagai pelita kepada kegelapan dunia, membawa cahaya kepada hidayah atau petunjuk Allah.

Beruntung orang yang mampu bersikap ikhlas ini. Moga Allah memilih daku dan yang lain juga bersikap ini.

 

Musuh kepada sahabat.

Ada tiga jenis musuh kepada persahabatan. Jika ada perkara ini, berhati-hati dan hindarkan ia dengan pelbagai amalan.

Pertama ialah bersangka buruk. Seorang sahabat tidak suka bersangka buruk dengan sahabatnya. Yang terbayang fikirannya semua kebaikan pada diri sahabatnya. Dia tidak menafikan kekurangan si sahabat, tetapi bukan kekurangan tersebut yang lebih besar di pandangan, tetapi kebaikannya yang sentiasa di minda dan hatinya.

Oleh itu, lawan kepada bersangka buruk ialah bersangka baik. Malah, Allah dan Rasul juga menyarankan kita untuk sentiasa bersangka baik.

 

Kedua ialah nafsu. Nafsu ini pun sangat bahaya. Ramai orang tersesat sebab nafsu yang wujud dalam dirinya.

Jadi, disebabkan manusia ini ada nafsu, kena bina nafsu itu di tahap mutmainnah. Jadi, nafsu ini hanya fikir untuk kebaikan dan berterima kasihnya kepada Allah s.w.t atas memberi nikmat seorang sahabat kepadanya.

 

Ketiga ialah syaitan. Syaitan ini lagi evil (jahat) dan cruel (kejam). Jika nafsu untuk kepentingan diri sendiri, syaitan untuk menghancurkan manusia. Berhati-hati betul dengan syaitan ini kerana dia memang musuh yang paling nyata. Dengan itu, syaitan perlu dilawan dengan baca taawuz dan dakwah. Tanpa taawuz dan dakwah, manusia bersahabat sebenarnya tiada perisai yang kukuh untuk melawan mereka.

 

Ini serba ringkas tentang hidup bersahabat. Moga Allah beri kekuatan untuk dijadikan sebagai amalan. Amin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: