Dakwah: untuk semua!

Agama ini suatu yang sangat indah dan menyeronokkan. Namun, keindahan dan keseronokan tersebut hanya mampu dirasai pada orang yang mengalami dan mengusahakan.
Usaha atas agama atau ad-din Islam ini bukanlah suatu benda yang susah dan membebankan, sepertimana orang usahakan untuk perkara dunia. Usaha atas agama ini membawa manusia keluar dari kesibukan mereka yang entah apa-apa, kepada kesibukan yang bermanfaat untuk mereka. Malah kesannya bukan untuk mereka sahaja, tetapi turut kepada anak, isteri, sahabat handai dan jiran tetangga.
Tapi yang penting, usaha atas agama ini kena betul cara, misi dan niatnya. Jika tidak, maka banyak ujian atau perkara buruk menimpa kembali kepada mereka.

Allah telah menetapkan bahawa kejayaan yang hakiki dunia dan akhirat ada dalam agamaNya, selagi mana ditaati perintahNya tersebut menurut cara Nabi s.a.w. Sekiranya seseorang yang tidur ikut cara Nabi s.a.w pun mendapat pahala, apatah lagi apabila seseorang itu menjadikan cara hidup Nabi sebagai cara hidupnya.
Maka, sememangnya kejayaan itu dalam mentaati perintah Allah dan mengikut cara yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Dan Rasulullah membimbing cara tersebut kepada para sahabatnya. Kesannya, para sahabatnya menjadi sebaik-baik manusia di atas muka bumi ini sehingga menjadi terbaik juga di alam akhirat sana. Allah redha mereka buat selama-lamanya, dan mereka juga redha kepada Allah selama-lamanya.
Inilah natijah dari dakwah kepada ummah. Beri kesan yang baik untuk diri mereka sendiri, ahli keluarga, masyarakat dan seluruh ummat Islam.

Dakwah bukanlah perkataan!
Dakwah bukanlah hanya perkataan. Perkara ini sendiri ditekankan oleh Maulana Ilyas rah.
Beliau menjelaskan dakwah ialah perbuatan. Lebih spesifik ialah pergerakan. Seseorang yang bergerak berjumpa manusia maka dia sedang berkerja dengan Allah. Dalam pergerakan tersebut ada yang berkata-kata, ada buat kerja, ada tunjuk akhlak mulia, ada khidmat untuk masyarakat dan ada juga mengajar orang lain.
Inilah dakwah. Setiap sendi dan keupayaan manusia itu amat berguna untuk dakwah. Bukan hanya mulut yang bersuara, tetapi hati tidak faham apa yang mulut katakan ia.

Dakwah bukanlah untuk orang lain.
Selain itu, dakwah bukanlah untuk orang lain. Maksudnya, bukannya untuk orang kampung, para pelajar, atau golongan tertentu.
Dakwah ini sebenarnya untuk diri orang yang menyampaikan. Oleh itu, dakwah sebenarnya untuk dirinya sendiri.
Siapa yang nak makan sedap-sedap? Siapa nak kereta mewah? Siapa nak banglo besar? Siapa nak suami soleh? Siapa nak isteri cantik solehah? Siapa nak anak yang taat kepada ibu bapa?
Siapa nak masuk syurga? Siapa nak lepas dari hari penghisaban yang menyeksakan? Siapa tak mahu masuk neraka?
Saya!
Perkara-perkara ini semuanya kita atau setiap individu inginkan. Apabila diinginkan sesuatu kena dia sendiri usahakan untuk dirinya.
Begitu juga agama Allah yang ada kenikmatan dunia dan akhirat. Usaha yang paling terbesar ialah usahakan agamaNya yang utama, iaitu dakwah mengajak manusia kepada Allah. Diusahakan kenapa? Sebab dia sendiri nak dapat nikmat tersebut di atas. Maka, dakwah itu untuk dirinya, bukan untuk orang lain.
Cuma medannya ialah manusia. Bukan robot, batu, kayu, pokok atau jin.

Dakwah utama: ahli keluarga
Dan, dakwah paling utama selepas dirinya ialah ahli keluarganya.Bukan saudara mara atau jiran sebelah rumahnya.
Hal ini bermakna selepas diri orang buat dakwah, ahli keluarganya mesti kenal dan turut berada dalam medan dakwah.
Al-Quran menjelaskan kepentingan usaha akan agama ini atas diri mereka sendiri dan ahli orang tersebut. Lihat surah at-Tahrim ayat 6. Ada lagi surah yang lain menekankan perkara yang sama.
Malah, sirah Nabi s.a.w menunjukkan baginda sendiri pulang ke rumah apabila menerima beban wahyu yang berat. Kenapa pulang ke rumah? Sebab baginda tahu di dalam rumah tersebut ada pengikutnya yang terdekat yang akan membantunya.
Maka, pengikut terdekat dan yang membantu dalam usaha dakwah ialah ahli keluarganya sendiri. Bukan orang kampung. Bukan jiran sebelah rumah atau orang lain.
Tambahan lagi, ahli keluarga ialah darah daging mereka, sedangkan orang lain ialah saudara-saudara seagama sahaja. Nak tengok darah daging sendiri kebuluran dan masuk neraka sedangkan saudara yang tak ada darah atau daging masuk syurga?

Wanita ialah pembantu agama Allah.
Kadang kala mungkin isteri dan anak perempuan sibuk dan ada kepentingan yang tidak dapat dielakkan, maka tidak dapat bersama-sama seorang lelaki yang memang ada beban dan tanggungjawab atas kerja dakwah. Hal ini bukanlah penghalang dan menjadi divider untuk mereka dari bersama-sama lelaki untuk usaha atas agama Allah. Malah memang wanita tak pun diberi tanggungjawab yang besar seperti lelaki untuk sebarkan agama Allah.
Apabila keadaan ini berlaku, wanita boleh berikan tenaga untuk usaha ini dengan mendorong lelaki untuk terus berkerja untuk agamaNya. Kemudian, berikan khidmat untuk mudahkan mereka berkerja untuk agamaNya, seterusnya berdoa moga Allah terima usaha si lelaki atau suami serta pengorbanan mereka membantu suami berkerja untuk agamaNya.
Fikir dan risau mereka untuk ahli keluarga di rumah sendiri. Mendidik anak-anak yang dilahirkan menjadi anak yang baik dan soleh, dan ada yang menjadi alim atau hafiz untuk ummat nabi yang menjadi mundur kini.

Inilah nilai dan kerja sebenar dalam gerakan dakwah. Iaitu, untuk diri mereka sendiri, kepada ahli keluarga dan barulah ummat Islam yang lain.

Bukan sekadar perkataan atau mulut yang berbuih, tetapi lebih kepada tindakan dan pergerakan orang itu sendiri.
Wallahu a’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: