Kehidupan…. untuk yang selamanya!

 

Daku tahu,

Kehidupan di dunia ini terlalu singkat. Ya, sangat singkat.

Terlalu pantas, cepatnya masa beredar, cepatnya sesuatu nikmat itu pergi daripada kepuasan. Terlalu pantas bergerak, terlalu pantas berputar.

Sehari bagaikan sejam. Sejam bagaikan seminit. Seminit bagaikan beberapa detik. Beberapa detik tidak dijangka lagi ada pergerakannya.

 

Kerana kesingkatan masa dan ketika,

Daku terasa sangat menghargai masa yang daku ada.

Apa yang perlu dilakukan? apakah yang lebih baik untuk dilakukan?

 

Masa yang berputar.

Waktu kini, bukan lagi seperti hari semalam. Hari semalam, tidak akan datang lagi pada hari ini.

Masa yang telah hilang tidak akan datang lagi apabila sudah pergi. Hanya tinggal kenangan dan pengalaman, tidak lagi dapat dirasai akan peristiwa yang telah pergi.

Bagaimana pula dengan perkara yang keesokannya? Adakah telah menyediakan persiapan untuk masa yang akan berputar pada hari esok?

Putaran masa ini membuatkan daku sangat menghargainya. Ia pergi tanpa meninggalkan pesan. Yang ada, bagai emas yang menunggu untuk kepergian.

 

Masa… untuk yang selamanya!

Apabila merenung akan perubahan masa ini,

Daku mencari erti sebuah kehidupan. Erti bagaimana merancang pada kehidupan yang terbaik sedangkan terlalu limit masa yang punya dengan kemampuan yang ada.

Apakah yang daku inginkan pada waktu yang terlalu singkat ini? Apakah yang terlalu diharapkan masa yang terlalu singkat, dan belum tentu mampu diperoleh pada keesokan hari atau pada target masa yang diletakkan untuk mencapai perkara yang diinginkan?

 

Ya… inilah yang sedang bermain di fikiran ini. Melihat pula pada bermacam-macam peristiwa dan kejadian yang berlaku pada hari ini tanpa disangka-sangka, lagilah daku merasai putaran masa ini tidak seperti keadaan dulu lagi.

Maka, di sinilah bermula perancangan untuk masa yang lebih baik. Merancang pada masa yang singkat terlalu mampu dicapai tujuan yang diinginkan dan benda yang diharapkan. Merancang akan perkara yang tidak akan rugi selama-lamanya, dan terus kekal sampai bila-bila.

Bagaimana?

Di sini daku beritahu caranya. Iaitu,

Berikan masa yang daku ada untuk Allah s.w.t!

 

Masa untuk Allah!

Apakah maksud masa untuk Allah?

Maksud masa untuk Allah ialah buat dan lakukan menurut kehendak Allah s.w.t. Bagaimana nak tahu akan kehendak Allah ?

 

Begini. Pertama sekali fikirkan apakah yang Allah harapkan daripada kita?

Ya, jawapannya Allah harapkan kita sentiasa beribadah kepadaNya. Kedua Allah berkehendak kita untuk menjadi khalifahnya. Ketiga, melaksanakan tanggungjawab mengikut kemampuan dan keadaan hamba-hambaNya.

Apabila disedari dan diletakkan ketiga-tiga matlamat ini dalam diri, seterusnya sentiasa berusaha untuk melakukannya.

 

Contoh?

Sebagai contoh, jika dia seorang guru, maka guru tersebut kena niat mengajar kerana Allah, bukan kerana gaji, majikan atau sekolah. Kemudian, kena tahu dia ialah khalifah atau wakil Allah. Maka, kena kenalkan orang yang diajar akan Allah sebagai tempat mengharap, berdoa dan sebagainya. Ketiga, sebagai seorang guru, maka tanggungjawabnya ialah mengajar. Maka, ajarkan ilmu yang dipelajari di samping kenalkan ilmu itu milik Allah, dan berterima kasih kembali kepadaNya.

Maka, masa yang singkat sebagai seorang guru telah dikurniakan kepada Allah. Allah akan memberi balasan yang lebih baik apabila melakukan perkara sebegini.

 

Begitu juga jika sebagai seorang anak, bapa dan  isteri. Sebagai pekerja pejabat, swasta, petani atau berkerja sendiri. Niatkan kerana Allah melakukan tugas yang diberikan. Kemudian ingat dan kenalkan diri akan Allah pemilik segala-galanya dan dia melakukan untuk Allah redha kepada perbuatan atau pekerjaannya. Seterusnya lakukan tugas tersebut menurut syariat dan mengingatkan manusia kepadaNya.

Mudah sahaja. Tetapi disebabkan tidak pernah lakukan, maka terasa sukar dan tak masuk akal.

 

Untuk itu, barang siapa yang inginkan kehidupannya dan masanya bermanfaat, maka kena berikan masa tersebut kepada Allah s.w.t. Seterusnya, diletakkan masa tersebut berdasarkan kehendakNya semata-mata.

Allah tidak pernah merugikan hamba-hambaNya yang berikan masa kepadaNya. Malah, ada janjinya kepada barangsiapa berikan masa kepadaNya iaitu keberkatan dalam hidup, mencapai ketenangan hidup, dijauhkan daripada sifat dan musibah buruk, dapat keyakinan dalam ibadah serta macam-macam lagi. Belum lagi di akhirat sana, sudah tentu lebih baik kepada mereka yang sentiasa berniat dan melakukan semata-mata untuk mendatangkan keredhaanNya.

 

Barang siapa yang mencari redha Allah,

Bukan matlamat kehidupan duniawi terpampang di matanya.

Tetapi,

Apakah kehendak Allah yang sentiasa tertanam di hatinya, dan setiap yang dilakukan untuk mendatangkan kesukaan Allah kepadaNya.

 

Apabila Allah suka pada hambaNya,

Maka Allah akan jauhkan apa yang tidak disukaiNya. Allah akan membuatkan malaikat dan makhluk lain suka juga kepada hamba yang disukaiNya.

Allah mudahkan dia mengamalkan perkara agama. Allah sukarkan dia untuk sibuk dan fikir pada tujuan dunia. Allah pelihara dia dari terjebak dengan perkara dosa. Allah tanamkan dalam hatinya cinta pada perkara mulia dan baik di pandanganNya.

 

 

 

t/p: Sekiranya untuk perkara duniawi pun boleh dijadikan tujuan masanya kepada Allah, apatah lagi perkara ukhrawi. Lagilah kena buat dan lapangkan demi tuntutan agama, mengikut cara baginda s.a.w.

Paling penting, untuk suatu nikmat dunia berkekalan di akhirat nanti, maka gunakanlah nikmat yang ada sekadar keperluan, bukan demi kepuasan dan segala-galanya. Apabila sekadar keperluan, maka ada batasannya. Bila ada batasan, maka dikenali ada tempat terbaik untuk diperoleh segala-galanya, iaitu di akhirat sana.

“Ya, makan pisang memang sedap. Tapi, sedap dan nikmat pisang di sana!”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: