Apakah Allah memerlukan masa?

Hari ini penulis agak sibuk. Nak kena siapkan tesis untuk dihantar draft pertama kepada penyelia. Inysa-Allah, hari ini usaha untuk siapkan.

Doakan moga Allah berikan kemudahan dari sepi persediaan dan persiapan untuk kajian ini. Nak ditunda bimbang nanti tak jadi kerja lagi.

Sering kali terdengar orang berkata, “Allah menciptakan bumi dan langit ini dalam enam masa.”

“Dunia ini bagai 1000 tahun di akhirat sana.”

“Takdir manusia itu telah ditetapkan 50000 tahun sebelum dilahirkan di dunia.”

“Dunia ini masanya telah macam nenek tua yang bongkok tiga. Tetapi masih berhias lagi.”

“Dunia ini (masanya) sementara. Akhirat (masanya) selama-lamanya.”

Dan macam-macam lagi. Biasa dengarnya bukan?

 

Apabila kita lihat relatif masa yang pelbagai ini, kita akan perasan yang masa sesuatu perkara itu tidak tetap dan tidak sesiapa pun mampu mengendalikan ia. Hatta pada ketika ajalnya seseorang pun tidak ada sesiapa yang mengetahui akan ia.

Masa itu bukan milik dan kepunyaan manusia. Bukan jua kepunyaan dunia atau akhirat. Masa itu tidak pula menunggu, sebaliknya terus bergerak meninggalkan setiap yang telah dan terus berlaku.

 

Masa itu seperti dikuasai oleh sesuatu. Sekiranya ia tidak menguasai, maka dialah yang paling berkuasa atas sesuatu.

Jelas. Benar, masa itu dikuasai oleh sesuatu. Itulah Allah, Tuhan yang menciptakan sekalian alam.

 

Dialah yang menetapkan akan sesuatu perkara itu dengan suatu masanya yang tertentu. Ibarat kata, reka cipta sesuatu bahan, ada tarikh luput menandakan masanya akan tamat seperti yang diterterakan.

Maka Allah yang meletakkan masa di atas sesuatu bahan ciptaanNya. Manusia hanya adaptasi kuasa Allah dalam melakukan sesuatu reka cipta.

Oleh itu, Dialah yang berkuasa ke atas masa. Bukan masa berkuasa ke atasnya!

Dia yang menetapkan enam masa untuk menciptakan langit dan bumi. Bukan langit dan bumi perlu disiapkan dalam enam masa, dan Dia perlu ikut masa yang ada. Nabi Adam diciptakan, arkeologi mengkaji berapa usia dunia dan manusia telah wujud di atasnya. Ya, mungkin ada nilai dan kuantitinya, hakikatnya banyak lagi makhluk lain yang dah pupus atau terus hidup, dan tak pernah terbayang di fikiran.

Masa dunia diciptakan terlalu singkat dan cepat, sedangkan di alam kubur dan akhirat terlalu lama dan selamanya.

Persoalannya, sekiranya masa dunia ini telah tamat, adakah bermakna semua benda di dunia dan semestanya akan tamat?

Pada pandanganku, tidak. Itu untuk manusia sahaja. Dia yang terus menciptakan tidak perlu hanya tumpu pada perihal manusia. Lagipun, bumi ini telah lama wujud sebelum adanya manusia. Banyak lagi makhluk lain dalam kekuasaanNya dan hidup di merata-rata. Mungkin bagi galaksi ini manusia sahaja yang tiada. Di tempat lain, hanya Dia yang mengetahui akannya.

 

Kerana itulah masa pada Allah terlalu luas dan tiada had. Dia boleh ada dan hilangkan, atau boleh kata tiada dan terus tinggalkan. Inilah kemutlakan penguasaan sang pencipta. Apabila Dia yang memegang masa, sudah masa beredar kerana kehendakNya. Masa perlu kepadaNya, dan Dia menciptakan dan menggunakan masa untuk menetapkan sesuatu perkara.

Maka, siapakah yang paling memerlukan, manusia yang semakin kesuntukan masa atau Dia yang tak perlukan sesiapa dan bagaimana masa yang hambaNya ada?

 

Doa: memerlukan masa.

begitu juga dalam berdoa aau memohon sesuatu daripadaNya. ORang yang berdoa kena banyak bersabar, kemudian istiqamah atas doa tersebut, dan berdoa sebelum kejadian bukan masa nak terjadi baru nak berdoa.

Jadi, orang yang bijak ialah sentiasa berdoa kepada ALlah. Tidak putus asa dalam doanya keran dia tahu Allah Maha Mendengar dan akan memakbulkan doa hamba yang meminta padaNya.

Hanya masa belum tiba. atau Allah telah menggantikan sesuautu yang lebih baik tanpa disedarinya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: