Perbuatan yang dalam kehendak Allah.

 

Kadang-kadang daku berfikir dan berkeinginan dalam hati. Jika boleh, ingin bantu orang yang baik-baik yang kurang keupayaan. Oleh itu, bantuanku yang seupaya mampu itu akan memberi kesenangan untuk mereka beribadah dan bersyukur akan pemberian yang Allah berikan.

Tetapi, kembali terfikir dalam fikiran ini. Ramaikah orang yang baik dan sentiasa betul niatnya kerana Allah? Ramaikah orang yang menjadikan Allah dan rasul landasan hidupnya di Malaysia ini, khususnya? Dan, manakah yang lebih ramai, orang baik atau orang tak berapa baik?

Jawapannya, tentulah sedikit orang yang macam itu. Dan, takkanlah daku nak pulun cari susah-susah orang yang macam itu.

Jadi, buat sekadar termampu pada orang yang kurang baik yang ditemui. Mungkin satu ketika nanti Allah s.w.t akan berikan taufik untuk mereka berubah melihat kebaikan dan niat kita membantu kerana Allah.

Sepertimana Allah berasa kasih dan mengubah keadaan seorang tua yahudi buta yang dibantu oleh kekasihNya sepanjang kehidupannya, baginda Nabi s.a.w. Selepas kewafatan baginda, berubah orang tersebut kepada Islam, berkat pertolongan, akhlak dan sifat nabi s.a.w.

 

**************

Perbuatan itu dalam kehendak Allah

Dalam setiap perbuatan,

Semuanya berlaku dalam kehendak Allah. Tiada satu pun perbuatan berlaku tanpa dalam pengetahuan dan kehendakNya.

Cuma, ada tiga keadaan sesuatu perbuatan dalam kehendakNya. Pertama, perbuatan yang sejak azali telah dikatakan seseorang itu dibiarkan melakukan sesuatu perkara selagi dia diberikan peluang menikmatinya. Misalnya, tangan untuk menulis, makan, minum dan lain-alin. Ini sejak azali diberikan nikmat untuk melakukan pada setiap manusia. Kedua, perbuatan yang sentiasa dilakukan, tetapi tiba-tiba tidak boleh dilakukan. Maksudnya, perbuatan azali dulu tidak boleh dilakukan lagi dan berubah atas perbuatan yang lain. Misalnya, perbuatan yang mampu dilakukan selepas kemalangan. Perbuatan yang dulu tak boleh dilakukan, berubah dari dulu kepada yang baru. Ketiga, perbuatan yang berlaku dalam perhatian dan kehendakNya. Bermakna, jika Allah tidak berkehendak, maka tidak akan jadi, walaupun itu perbuatan azali (semua orang mampu dan boleh buat). Perbuatan ini berlaku pada orang yang dekat dengan Allah, orang yang beriman dan beramal soleh. Misalnya, masam muka Nabi s.a.w kepada seorang sahabat kerana mengganggunya ketika beliau sedang berdakwah (sedangkan sahabat itu buta, tidak tahu nabi berjumpa dan berkata dengan sesiapa). Allah terus tegur nabiNya atas perbuatan tersebut, kerana Dia tidak suka. Jika tidak, Allah biarkan nabi buat dengan keadaan tersebut seperti biasa. Contoh lain, gelaran at-Tsauri (lembu jantan) kepada sufyan at-tsauri. Gelaran ini diberi kerana dikatakan suatu ketika Sufyan rah. masuk ke masjid dengan kaki kiri. Kerana tidak suka akan perbuatan tersebut, terdengar ‘hatif’ yang menggelarkan at-Tsauri kepadanya kerana kesalahannya itu.

Begitulah sedikit sebanyak. Moga Allah bagi taufik untuk faham dan amalkan.

 

Perbuatan, bukan milik kita!

Oleh hal demikian, perbuatan jasad ini hakikatnya bukanlah semua milik kita sebagai manusia. Ini semua milik Allah, hanya Allah kasih untuk berikan taufik kita melakukan ia.

Cuba lihat dan fikirkan segala yang berlaku dalam kehidupan ini. Ada orang yang sihat, boleh melakukan banyak kerja. Tiba-tiba jatuh sakit langsung tak boleh buat kerja. Ada yang sakit tiba-tiba jadi sihat dan boleh buat kerja. Ada yang lahir ada mata tapi tak boleh melihat, ada mulut dan lidah tapi tak boleh bercakap. Ada yang hari ini sihat dan elok saja sembang-sembang, tiba-tiba datang berita, dia dah meninggal pada esok hari.

Jadi sekarang, siapa yang berkuasa atas segala perbuatan manusia? Dirinya sendiri atau Allah yang menciptakan dirinya?

Ya, sudah tentu jawapannya ALLAH. Hanya, Allah bagi taufik kepada kita melakukan, itu sahaja. Apabila dikatakan taufik oleh Allah, maka ada ketikanya perbuatan yang sentiasa sama dilakukan tak dapat dibuat kerana Allah menghalangnya daripada melakukan dengan pelbagai keadaan dan lain-lain sebab lagi. Jika tidak, tentu dipermudahkan untuk melakukan perkara tersebut.

Sesiapa yang guna taufik itu untuk perkara kebaikan, maka dia dapat hasil yang baik dan pahala dikurniakan. Tetapi yang guna taufik itu untuk buat dosa dan kerja kotor, maka hasilnya turut kotor dan kemurkaan Allah menghempap di tubuh badan orang tersebut. Hidupnya tak tenteram, sekalipun tenteram di dunia ini, yang pasti akhirat nanti memang tak ada ketenteraman kepadanya selama-lamanya.

 

Usaha memahami perbuatan itu milik Allah.

Sebenarnya, untuk memahami akan sesuatu perbuatan itu milik Allah yang hakiki, bukan semua orang mampu faham dan ikut atas garis panduan yang dikehendaki. Ada yang tersalah faham. Bila salah faham, tuntutan syariat ditinggalkan, dan ditipu oleh syaitan serta nafsu sendiri. Tersesat dalam cahaya. Sudahlah tersalah, jadi jahil dan sombong atas salah faham yang tidak disedari.

Oleh itu, sebagai langkah selamat, Nabi s.a.w sentiasa mengajar umatnya untuk sentiasa melakukan yang fardu dan sunat dalam Islam. Banyakkan buat kebaikan, dan tinggalkan dosa yang nyata apabila dilakukan. Tak payah fikir susah dan payah, sedangkan yang jadi amalan dan ditimbang pahala ialah perbuatan, bukannya mulut yang cakap banyak tetapi banyak kesilapan.

Buat sahaja yang baik, tinggalkan perkara yang jelas buruk. Apa yang berlaku selepas itu, serahkan kepada Allah s.w.t.

 

“Orang yang faham akan perbuatan itu adalah milik Allah,

dia akan sentiasa rasa rugi apabila tidak melakukan sesuatu yang disukai dan gembira olehNya.”

Susah nak jawab. Apa yang pasti sesiapa yang melakukan kesalahan, dia tetap berdosa kerana melakukan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: