Berita akhir zaman 5: Masa makin pantas.

Sepanjang sedikit usaha yang daku lakukan untuk mengajak manusia kepada Allah,

Daku makin terasa dan membayangkan pengorbanan para Nabi khususnya Nabi s.a.w menyampaikan dakwah kepada masyarakat Quraisy di Makkah dan penduduk Madinah.

Ia bukan sekadar tulisan dan kata-kata, tetapi penuh dengan keperitan, tangisan, pengorbanan dan tekan perasaan semata-mata ingin mengajak manusia dari jalan yang gelap, dosa dan maksiat kepada jalan cahaya dan kebenaran.

Hal ini bukan retorik atau rekaan. Tetapi memang benar inilah mujahadah dan pengorbanan para anbiya’ semata-mata ingin disampaikan berita akhirat kepada ummat. Mujahadah dan kepedihan para anbiya’ ketika melakukan usaha dakwah kepada kaum yang ingkar ini berlaku secara berterusan sehingga Allah sendiri ambil tanggungjawab memenangkan dan menenangkan mereka sebagai utusanNya.

Allah s.w.t beritakan perkara ini banyak dalam kalamNya. Sehingga daku terasa entah bila Rasulullah s.a.w akan rasa mudah untuk melakukan dakwah kepada kaumnya.

(Namun, perasaan dan suasana mujahadah para nabi ini hanya dirasai oleh orang yang benar-benar berusaha dan melihat teladan mereka. Jika tidak, tak akan disedari akan hal ini. Apatah lagi nak peduli akan perkara ini.)

+++++++++++++

Tak tahu nak bagitahu macam mana akan pemerhatianku pada situasi yang berlaku pada lewat dunia akhir-akhir ini. Nak suruh orang percaya, bukan suatu fakta tetapi satu pandangan. Nak suruh orang jangan percaya, memang dah berlaku, tetapi orang masih tak sedar mereka ditipu oleh pandangan syaitan.

 

Ada satu benda yang makin terasa berbeza akhir-akhir ini. Iaitu masa terasa begitu pantas dan cepat daripada waktu kebiasaan.

Sedangkan daku bukanlah orang yang terlalu sibuk dengan pelbagai urusan setiap hari (macam orang dunia kejar masa pagi-pagi sebelum subuh dah start enjin pergi kerja). Kebanyakan masaku digunakan untuk peranan agamaNya. Jadi, tiada task atau tugas khusus yang nak kena siapkan sepertimana ahli dunia nak kena siapkan.

Jika ada pun, itu pun task pelajaranku. Alhamdulillah, Allah s.w.t yang Maha Pengasihani telah memberikan kelapangan akan perkara ini. (Hanya daku mohon, doakan daku dapat sampaikan kajianku ini kepada orang lain dan dipermudahkan jalan ini sehingga selesai pelajaran peringkat ini. Amin) .

 

Ia bergerak dengan pantas.

Itulah yang menjadi peliknya. Sedangkan daku bukan sibuk sangat seperti ahli dunia yang sentiasa kejar masa mereka. Hanya ada beberapa tanggungjawab yang perlu diselesaikan demi agamaNya. Tetapi, dalam tak sibuk itu, daku sangat terasa masa ini makin bergerak pantas daripada kebiasaan.

Detik demi detik yang berlalu macam makin tak terasa. Semalam, semasa taklim al-Quran bersama seorang yang belajar bersama, dia pun terasa masa makin bergerak pantas.

Maksudnya, bukan daku seorang yang terasa. Tetapi, orang lain pun terasa akan perkara yang sama.

Sehingga daku katakan kepadanya, “Mungkin bumi mula berputar makin pantas lagi. Nanti cuba cek di laman NASA.”

 

Apakah ibrahnya?

Situasi yang berlaku di luar daripada perancangan ini pasti mewujudkan beberapa tanda dan beberapa kesan pada manusia. Ya, manusia antara yang terkesan kerana sebab mereka dunia jadi begini dan merekalah spesis yang sama denganku.

Keadaan pertama ialah kebenaran kata-kata Rasulullah s.a.w. tentang peristiwa akhir zaman, sedangkan baginda bukannya hidup pun di akhir zaman.

Kedua, hal ini membenarkan situasi kedatangan makhluk baru yang pergerakannya pantas. Situasi pertama membenarkan pergerakannya yang pantas, situasi kedua ialah masa untuk dia bergerak juga pantas daripada biasa. Sehingga 1 hari = 1 tahun, 1 bulan, 1 minggu dan hari kebiasaannya.

Ketiga, ahli dunia akan makin tiada masa untuk perkara lain hatta untuk ahli keluarganya. Ia berlaku kerana task dunia makin lama makin bertambah. Pasti dan pasti tidak akan sesekali berkurang. Mereka yang sentiasa bagi masa pada dunia tidak akan ada lagi masa untuk diberikan selain demi kepentingan diri mereka sendiri. Tiada masa untuk pelihara dan didik anak dan isteri, tiada masa untuk tarbiyah rakan-rakan, tiada masa untuk bercuti.

Boleh lihat pada misalan ini. Dulu, orang kerja tiga hari seminggu. Kini, orang kerja 6 hari seminggu. Dulu orang kerja jalan kaki. Kini orang kerja naik kereta atau motor sendiri. Dulu orang kerja hanya pada waktu pagi atau petang, kini orang kerja dari pagi sampai petang. Kalau peniaga pula dari pagi, petang sampai malam. Dulu, orang kerja untuk mencari nafkah dari bumi dan nafkah seisi keluarga, kini orang kerja untuk selain daripada dua perkara ini.

Macam-macam lagi. Tak larat nak tulis semua perubahan itu kat sini.

Keempat ialah keadaan yang akan berlaku pada ummat ini. Ulama’ hak berkata, usaha dakwah kini bukan lagi zaman menjadi perkara umum (semua orang boleh turut serta), bukan lagi menjadi pilihan (orang yang berusaha dia akan dipilih untuk usaha ini), tetapi kini ialah zaman penerimaan (orang yang bagi masa bersungguh-sungguh dan berusaha dan menjadikan dakwah sebagai kerjanya sahaja akan terus berada dalam usaha ini). Mereka sahaja yang mampu terus mengikut tertib usul dakwah yang disarankan oleh ulama’. Zaman penerimaan ialah zaman yang paling akhir sebelum datang tasykil (ajakan) pemberian masa sepenuhnya atas kerja ini. Mereka yang boleh terima dan bersedia atas ajakan ini hanyalah orang tertentu yang telah beri masa mereka pada waktu terdahulu. Tidak akan berlaku pada orang yang tidak pernah bagi masa dan usaha dengan tiba-tiba nak menerima akan ajakan ini, tanpa kehendakNya.

Begitu juga yang berlaku pada keadaan ummat. Dulu daku telah menulis akan perkara ini, iaitu agama hari ini mula bangkit selari dengan kebangkitan dunia. Semua orang mula kembali dan fikir perkara agama, Cuma mereka tidak amalkan dengan sempurna. Ini ialah masa agama diumumkan pada ummat. Selari keadaan dunia mereka masih boleh fikir dan belajar akan agamaNya.

Tetapi, akan tiba suatu masa (disebabkan masa yang bergerak pantas) kesedaran dan fikir agama ini menjadi pilihan seterusnya penerimaan. Ia menjadi pilihan disebabkan kekangan masa untuk memikirkan. Hanya orang tertentu ingin datang pada majlis yang diadakan. Mereka merasakan cukup dengan media dan elektronik yang memaparkan segala paparan agama. Hal ini kerana masa untuk urusan dunia makin bertambah sedangkan masa makin singkat. Berita dunia pula makin banyak lagi tersiar dan terus menjadi perhatian.

Agama ini akan menjadi penerimaan apabila kesibukan urusan dunia melampau sedangkan tiada masa khusus kepada agamaNya, makin ramai orang tinggalkan amalan agama, tidak peduli akan halal dan haram, perintah dan laranganNya. Pada ketika itu, hanya orang tertentu yang ada kekuatan untuk memikirkan dan mengamalkannya.

Kelima, keyakinan yang wujud pada manusia tentang hal-hal agama dan perkara akhir zaman semakin berbeza. Mereka menjadikan ulama’ sebagai sandaran, sedangkan ulama’ yang berkata tiada ‘pengetahuan’ dan keyakinan pada peristiwa akhir zaman.

Mereka inilah yang akan menyesatkan manusia. Sebab manusia umumnya memang dah tak masuk keyakinan pada Allah. Bila tiada keyakinan pada Allah, agama yang mereka percaya mula disandarkan yakin tersebut pada kata-kata ulama’. Ulama’ pula bukanlah ulama’ yang hak berkata, tetapi ulama’ ‘suk’ (jahat) menyesatkan mereka daripada jalanNya. Ciri-ciri ulama’ suk ini banyak antaranya mencari nama, kedudukan, harta, kemewahan dan lain-lain nilai keduniaan. Mereka berdalilkan al-Quran dan as-Sunnah untuk membenarkan tindakan mereka. Mereka membenarkan kekayaan dan keduniaan itu dimiliki dengan cara buat aktiviti khas dalam agama. Kata-kata mereka diakui oleh ummat yang hilang pedoman ini sebab selari dengan pemikiran dan keinginan nafsu mereka. Kata-kata dan fatwa ulama’ ini diketahui dan diyakini oleh seluruh manusia sebab media dan eletroniki menyampaikannya.

Ada ulama’ yang hak berkata, tetapi kata-kata mereka tak ada orang nak ikut dan buat. Tak ada orang peduli, sehingga mungkin ada yang kata mereka ini ahli bida’ah, merepek dan sebagainya. Otak dan minda orang ramai telah dibasuh dengan media Barat dan keinginan syahwat. Oleh itu, bagaimana ingin diturutkan sesuatu yang telah bertentangan dengan minda dan hawa nafsu mereka?

Ada satu berita yang disampaikan pada bulan lalu, berkenaan bulan merah yang terpancar di langit. Ketika itu, semua orang mencari maksud di sebalik perkara yang berlaku. Maka, antara yang berkata ialah ulama’ atau orang agama akan hal yang berlaku.

Yang paling ketara, ramai para ahgli agama ini yakin dan sebarkan ini hanyalah fenomena alam, bukan ada kaitan tertentu tentang akhir zaman. Berlandaskan teori sains dan astronomi, orang mula percaya dan yakin akan kata-kata ulama’ ini. Jika ada yang berkata itu adalah tanda akhir zaman, pasti yang pertama akhbar kecilkan dan pendekkan kata-katanya, kedua orang tak boleh terima dan lebih suka pada perkataan, ‘ini hanyalah fenomena alam.’

Sedangkan al-Quran telah menceritakan tentang bulan sebagai tanda akhir zaman. Nabi s.a.w apabila berlaku sesuatu yang lain daripada yang lain terus tersedar ini peringatan Allah dan hulu ke hilir di masjid memohon ampun dan perlindungan, bimbang berlaku bencana seperti mana ummat terdahulu.

 

Walau macam-macam yang daku katakan di sini sebagai ibrah akan sebalik perubahan masa yang berlaku, daku cukup yakin ramai yang tak boleh terima dan tak boleh melakukan apa-apa tindakan. Jika ada orang yang sedia bertindak dan mencari masa untuk sentiasa buat perkara baik selagi masa masih ada, mereka ialah orang yang beriman.

Tanda sebagai islam, iman dan taqwa di akhir zaman ini sangat mudah dan simple untuk dikenal pasti. Boleh kelaskan dia sebagai Islam, iman atau taqwa. Mankaal tanda kufur, munafiq, dan fasiq makin payah nak dibezakan sebab makin berleluasa dilakukan oleh ramai orang hari ini.

 

Mohonlah sentiasa Allah kekalkan hidayah dalam diri kita dan orang yang terdekat. Allah pelihara iman dan takwa dan terus dipertingkatkan. Sementara masih ada masa untuk buat amal, berdoalah Allah beri taufik untuk terus buat amal kebajikan. Amal terbaik buat secara beramai-ramai dan berkhidmat kepada orang lain. Amal yang lemah ialah buat untuk diri sendiri, secara bersendiri dan tidak mengajak orang lain.

Tiada senjata terbaik selain daripada doa dan amal sentiasa kepadaNya.

 

Wallahua’lam.

One response

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: