Sistem Allah (2)

Rasanya, ini kali kedua daku membicarakan akan perkara ini.

Perkara ini akan menjadi menarik apabila seseorang itu memahami, mencintai dan menginginkan untuk memahaminya. Tetapi kepada mereka yang tidak memahami, mencintai dan menginginkannya, maka perkara ini sukar dan tidak difahami, serta bagai tidak membawa apa-apa makna.

 

Hari ini, daku ingin menjelaskan dan huraikan lagi sistem Allah di laman ini. Ingin sama-sama berkongsi dan sama-sama ambil manfaatnya. Insya-Allah

(Walaupun tak panjang meleret, simple dan steady).

Allah tidak berubah

Allah s.w.t ini ialah suatu zat yang amat mulia, sistematik dan sempurna. Kesempurnaan Allah sehingga Dia tidak memerlukan sebarang perubahan dengan tiba-tiba atau terpengaruh dengan suasana.

Apabila Allah itu pemilik segala kesempurnaan, maka Dia tidak memerlukan sebarang perubahan. Maka, sistem Allah pertama sekali telah bercanggah dengan sistem makhlukNya, khususnya sistem dunia. Boleh dilihat dan fikir sendiri, di manakah sistem dunia yang tidak berubah, di manakah sistem dunia yang tetap sampai kini tiada perubahan ke atasnya?

Jawapannya, 100% tiada. Bangunan makin lama makin banyak. Rumah makin lama makin bertambah kuantiti dan perhiasannya, manusia makin lama makin bertambah dan berubah tingkah laku dan usianya, masa dan zaman juga berubah, dan lain-lain lagi.

Jadi, apa sahaja berkaitan atau namanya makhluk Allah, pasti dan pasti tidak sempurna dan akan wujud perubahannya.

 

Tetapi tidak bagi Allah. Allah bukan makhluk dan Allah percipta makhlukNya.

Maka, boleh semak sendiri apa yang wujud atau bersandar pada Allah pasti sempurna. Apabila dikatakan sempurna, jelas tiada perubahan berlaku dalam keadaanNya.

Kalam Allah iaitu al-Quran tidak berubah. Hukum Allah (Hudud, Qisas) tidak berubah. Nama-nama Allah tidak berubah, dan sifat-sifat Allah juga tidak berubah.

Inilah tanda dan simbol kesempurnaan Allah s.w.t.

Maka, apa yang dalam kehendak dan ketetapanNya akan sesuatu perkara dan jelas dari al-Quran dan Hadith, maka pasti dan pasti tiada akan sama sekali perubahan akan berlaku. Walaupun dunia ini berubah sebagaimana sekalipun.

 

Allah itu indah

Kedua, Allah itu indah dan Dia amat menyukai keindahan.

Begitulah juga pada sistem yang diciptakannya. Cukup indah, sistematik dan terancang sekali keadaannya.

Paling besar, lihat peredaran dan orbit setiap planet yang semua sedar akan keadaan, paksi, peredaran, masa dan lain-lain lagi. Sudahlah tiada sesiapa yang pergi pasang suis untuk mereka bergerak dengan sendiri, tambah menakjubkan ialah putaran, kedudukan yang teratur, masa yang sistematik bergerak dan indah sekali kejadian mereka tentu sekali tak boleh dibuat oleh manusia.

Bukan setahun dua benda itu diciptakan. Sudah berjuta-juta tahun dan manusia masih lagi tak mampu ke sana. Hanya gambar dan video dari jauh sahaja mampu untuk menggambarkan ia.

 

Allah itu tegas dan terancang

Selain itu, Allah s.w.t juga amat tegas dalam setiap perancangannnya. Ketegasan in terbukti dengan dinyatakan penyesalan dan kerugian yang nyata kepada mereka yang tidak memanfaatkan masa yang dipinjamkan kepada mereka untuk digunakan sebaik-baiknya. Malah, hal ini juga dibuktikan apabila telah tamat atau habis masa yang diberikan (mati), maka tiada lagi boleh berpatah balik dan minta ganti semua amal yang telah ditinggalkan pergi.

Terancangnya Allah dibuktikan dengan setiap satu juzuk penciptaannya tidak ada satu pun berlanggar atau bercanggah antara satu sama lain. Masa yang diberikan juga berbeza. Bagi binatang berat atau besar atau kuantiti sikit, masa mereka lama untuk terus hidup. Bagi yang kecil, beranak banyak dan ringan, mereka hidup dalam masa yang singkat.

 

Ada pelbagai lagi kehebatan Allah terpancar apabila dilihat pada sistemNya yang berbeza dengan makhlukNya. Paling nyata, Allah itu sempurna dan sistemNya telah tetap dan tidak berubah sampai bila-bila. Bila ada manusia kata, “Sistem Islam ini dah lapuk, kena pakai baru,” maka orang ini pertama sekali akidah dia songsang, tak jaga solat 5 hari sekali semalam secara jemaah, dan tak pernah nak baca al-Quran sorang-sorang.

Sebab Allah jamin, siapa yang mendekatiNya, maka Allah akan pelihara dari ‘kemerengan’ otak nak faham tentangNya, dan Allah pelihara dari syaitan yang lemah tetapi sentiasa menggoda manusia yang tidak kenal asal usulNya dari mana.

Wallahua’lam. Moga artikel ringkas dan padat ini bermanfaat kepada manusia yang mencari nilai kebesaran dan keagungan Allah,

 

Yang bukan terletak sekadar nama.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: