Monthly Archives: Jun 2014

Ramadhan bulan keberkatan.

 

 

Alhamdulillah… hari ini hari kedua bulan Ramadhan.

Bulan yang mulia, bulan ummat Nabi s.a.w. Banyak keberkatan dan rahmat di bulan ini, moga Allah kekalkan ibadah dan penghayatan agama dalam bulan ini pada hari dan bulan yang lain.

 

Continue reading →

Advertisements

Belajar dan menulis.

 

 

Benar, menjaga hubungan dengan Allah ini penuh dengan hikmah yang sukar dijangka.

Pada mulanya, memang suatu yang berat dan besar. Rasa memang tiada kemampuan dan kekuatan.

Tetapi, apabila bersabar atas setiap ujian yang menimpa, maka baru sedar mengapa Allah mentakdirkan dan berkehendak akan perkara ini semua.

Continue reading →

Hikmah itu sukar diduga

Dalam usaha mengenal Allah, agamaNya, dan usaha ke atas agamaNya,

Maka perlu sedar dan bijak dalam memahami makna dan maksud tersirat dalam setiap pemberian dan takdir yang Allah tentukan ke atas setiap manusia.

Khusus kepada penulis ini.

Continue reading →

Takdir mengubah segalanya…  

 

Kadang-kadang kita tidak menyangka,

Ada sesuatu yang terjadi bakal mengubah haluan hidup kita. Sehingga, terpaksa berdepan suasana berat dan getir, perlu memilih antara dua.

Dalam suasana itu, daku terbayangkan satu nukilanku terdahulu. Betapa benar dan jitu, daku terkedu.

Tak mampu nak kata apa-apa, melainkan menerima takdir Allah demi kebaikan masa depan yang tiada punca nyata.

Continue reading →

Tanggal 15 Syaaban

Assalamualaykum w.b.t

 

Hari ini ialah tanggal 15 Syaaban. Hari penukaran buku catitan amalan tahunan bagi setiap anak Adam yang masih hidup.

Hari ini juga daku tidak dapat menulis dalam keadaan baik. Hal ini kerana di awal malam semalam ada berita dari kampung yang perlukan daku pulang dengan segera.

 

Jadi, ingin dicoret secara panjang rasanya tidak sesuai dengan keadaan yang berlaku tidak semena-mena. Alangkah lebih baik menulis sekadar mengkhabarkan khabar berita, moga tolong doakan semoga semuanya berjalan dengan baik dan tidak berlaku perkara yang tidak diingini lagi.

 

Ada sedikit kes di kampung halaman. Ayah sakit. Mohon doakan kebaikan, kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.

Perancangan masa depan.

 

Nampaknya, musim panas kedua yang dijangkakan telah pun menjelma. Maka, panas kali ini adalah panas yang lebih lama, berbanding musim panas pada awal tahun ini.

Perbezaan masa di Malaysia kini (yang bukan lagi 12 jam, tetapi 14 jam siang dan 10 jam malam) serta pelbagai isu perubahan dunia yang mengejutkan lewat ini perlu sentiasa difikirkan dan diambil ikhtibar. Supaya apa-apa yang dilakukan kini bukanlah lagi sekadar main-main, tetapi memberi manfaat di kemudian hari (akhirat kelak).

Ya… hanya orang yang benar Iman dan takwa sahaja yang sedar dan ambil perhatian akan perubahan yang telah Allah tetapkan. Orang yang tiada iman dan tidak kenal Allah sebagai pentadbir alam, tak faham nilai perubahan yang berlaku ini.

Continue reading →

Dakwah itu tinggi nilainya!

 

Tak ramai yang kenal nilai dan kepentingan usaha atas agama, khususnya dakwah mengajak manusia kepada Allah. Ramai yang cuba buat, dengan pelbagai cara, tetapi untuk memahami nilai dan kepentingannya pada diri sendiri, keluarga, sahabat handai dan sekalian alam, atau fikir dan risau para nabi ketika melakukan dakwah, tidak ramai yang sedar mampu merasai akan perkara tersebut.

Tetapi, sekiranya seseorang itu kenal dan sedar akan nilai dan kepentingan usaha atas agama ini, pasti dan pasti dia akan berasakan tiada yang lebih baik untuk diusahakan dan dilakukan sebagai pekerjaan sehariannya, melainkan pada usaha ini.

Continue reading →

Masa yang terlalu berharga!

 

Minggu lepas, ada banyak urusan luar. Sama ada dalam program dakwah dan agama, juga dalam bidang pelajaran dan penyampaian.

Jadi, tak boleh nak aktif menulis di sini. Tambahan lagi, sukarnya menguruskan tiga dunia dalam satu masa.

Apa itu tiga dunia? Pertama ialah dunia realiti sekarang. Kedua dunia yang akan datang (akhirat). Ketiga ialah dunia maya yang perlu diuruskan.

Jadi nak uruskan semua dalam satu masa yang sama, tentulah bukan perkara yang mudah. Betul tak?

(Lainlah kalau ada yang sudi bantu untuk menguruskan).

Continue reading →