Masa yang terlalu berharga!

 

Minggu lepas, ada banyak urusan luar. Sama ada dalam program dakwah dan agama, juga dalam bidang pelajaran dan penyampaian.

Jadi, tak boleh nak aktif menulis di sini. Tambahan lagi, sukarnya menguruskan tiga dunia dalam satu masa.

Apa itu tiga dunia? Pertama ialah dunia realiti sekarang. Kedua dunia yang akan datang (akhirat). Ketiga ialah dunia maya yang perlu diuruskan.

Jadi nak uruskan semua dalam satu masa yang sama, tentulah bukan perkara yang mudah. Betul tak?

(Lainlah kalau ada yang sudi bantu untuk menguruskan).

——————

Kepentingan masa ini,

Hanya orang-orang yang tahu dan faham akan nilainya sahaja yang akan menguruskan.

Bukan mudah nak kenal nilai masa. Kerana itulah ramai orang yang sedia dan suka buang masa yang ada. Tak peduli akan kesannya pada masa yang akan datang.

 

Kerana disebabkan perkara inilah,

Sebagai seorang yang Allah sudi berikan kesedaran akan kepentingan masa dalam kehidupan,

Bolehkah buang dan biarkan hidup seperti dulu atau sama dengan orang lain? Bolehkah terus bergelumang buat perkara yang tidak berfaedah dan tidak pedulikan orang lain yang terus lalai dan leka dengan buat macam-macam perkara yang tidak berfaedah?

Secara bersih pada akal yang berfikir, boleh atau tidak daku mengusahakan seperti dulu, atau paling tidak seperti orang lain yang tidak faham kepentingan masa dan kehidupan?

 

Jawapannya, tentu tidak boleh! Jika buat juga, pasti daku yang rugi dan tidak ada orang yang akan beri peringatan kepada diri sendiri dan orang lain.

 

Apa-apa pun. Ini mungkin sekadar keluhan hati melihat kesukaran yang dihadapi untuk menyampaikan perkara yang hak kepada orang lain. Sukarnya untuk setiap orang menerima, lagi sukar untuk orang lain turut bersedia dengan perkara yang hak ini.

Oleh hal sedemikian,

Sementara masih ada masa yang kelapangan, daku sentiasa berusaha untuk buat satu perkara yang sentiasa memberi manfaat, sama ada pada waktu kini atau pada masa yang akan datang.

Kini, yang sedang diusahakan ialah atas dua perkara. Pertama atas kerja agama, kedua ialah pelajaranku.

Kedua-dua ehwal ini ingin diketengahkan kepada lebih jauh. Daku ingin usaha yang hak,penting dan bermanfaat ini dikongsi dan diamalkan oleh pada hadirin yang terlibat.

 

Ketetapan pekerjaan dan pembayaran?

Ini satu isu yang sentiasa bermain di buah mulut masyarakat yang hari-hari fikir dan cakap akan perihal ini. Bagi daku, yang telah lali mengusahakan dua perkara ini dari sejak dulu lagi, daku tak pernah jadikan ini matlamat utama kini.

Hal ini kerana, dua perkara ini pasti menyusul tanpa dipinta. Yang penting kena sentiasa terus berusaha dan menjaga amalan kerana Allah s.w.t. Hal ini bukannya teori di kepala, malah telah diusahakan terlebih dulu sebelum mengenali akan usaha kepadaNya.

Bagi orang yang tidak mengusahakan amalan kepada Allah dan bergantung harap padaNya, mesti rasa janggal dan mustahil akan berlaku perkara ini. Hanya orang yang mengalami dan mengusahakan sahaja akan memahami nilai antara dua isu ini.

Yakinlah dan teruskan berusaha kerana Allah, pasti Allah membantu dan memudahkan urusan. Bukankah Allah yang mentadbir dan menguasai sekalian alam ini? Bukankah Allah yang menjamin rezeki setiap makhlukNya? Adakah Allah terlalu erlukan pengantara atrau harta semata-mata nak beri rezeki pada manusia yang sebaik-baik penciptaanNya?

 

Oleh hal demikian, usaha untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat kini bukan lagi satu idea, tetapi perlu dicanang pada kertas kerja dan terus praktikal pada penulisan dan penyampaian. Dengan masa yang terlalu singkat dan terhad, moga Allah memberikan daku kekuatan di kala tiada sesiapa yang nak sokong, peduli dan membantu usaha ini.

 

 

-orang bila dah  nak kaut untung, macam-macam boleh buat sehingga benda haram menjadi halal untuk dilakukan. Nafsu…. mana ada akal dan mata nak kenal baik atau tidak…

 

 

 

 

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: