Dakwah itu tinggi nilainya!

 

Tak ramai yang kenal nilai dan kepentingan usaha atas agama, khususnya dakwah mengajak manusia kepada Allah. Ramai yang cuba buat, dengan pelbagai cara, tetapi untuk memahami nilai dan kepentingannya pada diri sendiri, keluarga, sahabat handai dan sekalian alam, atau fikir dan risau para nabi ketika melakukan dakwah, tidak ramai yang sedar mampu merasai akan perkara tersebut.

Tetapi, sekiranya seseorang itu kenal dan sedar akan nilai dan kepentingan usaha atas agama ini, pasti dan pasti dia akan berasakan tiada yang lebih baik untuk diusahakan dan dilakukan sebagai pekerjaan sehariannya, melainkan pada usaha ini.

Dakwah itu suatu pekerjaan.

Yang lebih menarik, dakwah itu sebenarnya bukan sekadar aktiviti atau usaha, tetapi merupakan suatu perkerjaan yang bergaji, imbuhan, upah dan lain-lain lagi.

Siapa yang bagi? Badan NGO? Dana? Support?

Tidak. Maksud gaji yang diperoleh itu bukan bergantung pada material seperti orang berkerja hari ini. Tetapi lebih daripada itu. Lebih dan lebih baik lagi.

Barang siapa yang menjadikan dakwah jalan dan perkerjaannya, Allah akan memudahkan urusan rezekinya.

Maksudnya, dari sumber kewangan tidak akan menjadi perosalan di kepalanya. Allah letakkan keberkatan pada rezekinya. Sehinggakan wang yang sedikit mencukupi buat dirinya atau ahli keluarganya.

Kemudian, Allah akan tambahkan lagi kebaikan pada rezekinya.

Maksudnya, Allah akan tambahkan lagi pintu dan perkara yang berkaitan rezeki kepadanya. Tak kira, sama ada rezeki berbentuk kesihatan, kelapangan, ketenangan, kerahmatan, keberkatan, keluarga yang terpelihara dari maksiat dan dosa, dan macam-macam lagi. Semua ini Allah akan kurniakan kepada orang yang menjadikan dakwah sebagai kerja dan keutamaan dalam urusan kehidupannya.

Lebih baik lagi, Allah akan kurniakan pahala dan besar dan ganjaran yang banyak di akhirat kelak kepada mereka.

 

Dakwah sebagai kehidupan.

Selain itu, dakwah Ilallah ini juga merupakan landasan atau flatform terbaik dalam kehidupan.

Seperti mana yang semua orang tahu, flatform terbaik supaya berada di jalan yang benar di dunia dan akhirat ialah berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah. Maka, dalam dakwah sebenarnya inilah dua perkara yang menjadi ideologi dan pegangan. Menyebarkan kebesaran Allah, menjadikan al-Quran sebagai bacaan dan pegangan, menghidupkan kembali sunnah nabi s.a.w, mengamalkan sunnah baginda dan usaha menyebarkan kepada orang ramai.

Selain daripada itu, dakwah bukan sahaja sebagai wasilah utama untuk terus baik bagi orang tersebut meneruskan kehidupannya, malah dia akan menjadi contoh kepada orang lain untuk  mengamalkan agama Allah yang sempurna.

Tetapi, untuk mencapai dakwah sebagai wasilah kehidupan, seseorang itu kena bertekad dan berusaha untuk menjadikan dakwah sebagai keutamaan, perkerjaan tetapnya dan di mana-mana sahaja akan berusaha akan perkara ini.

 

Dakwah membina suasana mawaddah, sakinah dan rahmah.

Lebih penting lagi, dakwah ini bukan sekadar berjumpa manusia demi manusia atau dari rumah ke rumah, tetapi dakwah ini sebenarnya untuk dirinya sendiri mendapat manfaat terbaik bagi kehidupan dunia dan akhirat.

Allah akan mencampakkan ketenangan, kebahagiaan, dan kerahmatan kepada mereka. Allah memelihara dan melindungi mereka dari sibuk dengan perihal dunia yang tak bawa ke mana dan banyak menipu dan melalaikan manusia daripada mengingatiNya.

 

Itu sekiranya dia mengusahakan atas dirinya sendiri. Lain pula apabila seseorang itu telah berkeluarga, ada anak dan saudara bersama.

Sekiranya keadaan ini berlaku, usaha dakwah ke atas diri sendiri tidak akan dapat capai sakinah, mawaddah dan rahmat yang dimaksudkan. Hal ini kerana dalam keadaan ini pencapaian sakinah, mawaddah dan rahmah ini hanay wujud apabila dia mengusahakan agama Allah ke atas anak, isteri dan saudara yang tinggal sekali dengannya.

Mengapa ini berlaku? Kerana mereka tinggal dan bersama sekali. Apabila tinggal sekali, tidak dapat tidak kesan kekurangan, maksiat atau dosa orang lain pasti akan terkena pada dirinya sendiri.

Kerana itulah usaha dakwah bagi mereka yang sudah berkeluarga lebih banyak lagi. Mereka pertama sekali kena mengusahakan ke atas anak, isteri atau saudara yang tinggal sekali. Paling kurang ada suasana dakwah di rumah dilakukan. Setiap anak dan isteri mempunyai peranan masing-masing dan tanggungjawab tertentu dalam dakwah dan agama Allah. Apabila mereka sedar, diberitahu, dan dilakukan, maka terbina lebih utuh dan kuat akan sakinah, mawadddah dan rahmah ini. Lebih baik lagi, akan mendorong kepada orang lelaki yang berada di rumah terus berusaha akan agamaNya. Jika tidak, kebahagiaan yang dimaksudkan tidak akan dikecapi dan usaha dakwah lelaki tersebut lama kelamaan menjadi lemah, dihalang dan terhenti.

Kesan buruk akan kembali datang dalam kehidupan. Kesibukan dunia akan mula bermain di kepala. Lupa akan Allah, nilai agamaNya, ibadah kepadaNya, dan akhirat yang bila-bila akan dia pergi ke sana.

 

Begitu tinggi akan nilai dan keistimewaan dakwah ini. Tetapi untuk mencapai kesemua nilai ini, seseorang itu perlu banyak bersabar, yakin, terus istiqamah berusaha dan banyakkan berdoa. Akan tiba ujian dalam kehidupannya. Jika dia mampu atasi, maka nilai dan kefahaman usaha ini akan bertambah dalam dirinya. Tetapi, jika dia tak mampu atasi ujian yang tiba-tiba datang tersebut, maka dia akan berhenti dari terus usaha perkara ini, dan kembali jalan belakang yang selama ini ditempuhi.

 

Moga Allah pelihara dan lindungi kita untuk berada atas jalan agamaNya yang benar. Kehidupan yang sementara ini makin lama makin nampak masa untuk dia berhenti. Alangkah indah sekiranya manusia tahu bagaimana ingin berusaha buat kehidupan yang kekal nanti.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: