Perancangan masa depan.

 

Nampaknya, musim panas kedua yang dijangkakan telah pun menjelma. Maka, panas kali ini adalah panas yang lebih lama, berbanding musim panas pada awal tahun ini.

Perbezaan masa di Malaysia kini (yang bukan lagi 12 jam, tetapi 14 jam siang dan 10 jam malam) serta pelbagai isu perubahan dunia yang mengejutkan lewat ini perlu sentiasa difikirkan dan diambil ikhtibar. Supaya apa-apa yang dilakukan kini bukanlah lagi sekadar main-main, tetapi memberi manfaat di kemudian hari (akhirat kelak).

Ya… hanya orang yang benar Iman dan takwa sahaja yang sedar dan ambil perhatian akan perubahan yang telah Allah tetapkan. Orang yang tiada iman dan tidak kenal Allah sebagai pentadbir alam, tak faham nilai perubahan yang berlaku ini.

Atas maksud perubahan yang berlaku ini,

Daku sentiasa perhatikan masa yang masih ada pada diriku sendiri.Pertama, masa untuk terus beramal. Kedua masa untuk terus hidup. Ketiga, masa yang wujud pada setiap saat, detik, minit, jam dan hari.

Masa yang terus bergerak itu tidak pernah meninggalkan pesan atau ruang untuk daku kembali. Nak tak nak, daku sendiri perlu ikut dan sentiasa menggunakan masa yang masih ada demi beroleh kebaikan sama ada di dunia ini atau di akhirat nanti.

Kini, daku masih lagi tidak berkeluarga. Ruang masa masih luas untuk merancang sesuatu. Jadi, inilah peluang yang paling baik untuk melakukan sesuatu urusan yang bermanfaat sebelum tiba masa untuk berkeluarga yang pasti makin terbatas akan masa yang ada.

 

Ikhtibar surah al-Asr.

Sentiasa bermain di fikiran ini kepentingan dan nilai surah al-Asr apabila dibincangkan di sini pada isu masa. Ayat ini benar-benar tajam dalam penyampaian, tersirat siapakah orang yang benar-benar beroleh keuntungan dan pedoman orang yang masih dalam kelalaian.

Allah bersumpah demi masa yang diciptakan, bahawasanya ramainya manusia itu dalam kerugian. Hanya satu jenis manusia yang buat empat perkara yang beroleh keuntungan. Golongan nanusia itu ialah beriman kepadaNYa, banyak buat amal soleh, berusaha menyampaikan kebenaran, menyampaikan kebenaran dengan penuh sifat kesabaran.

Hanya orang jenis ini sahaja yang untung dengan masa yang dia peroleh. Jadi, berapa ramai yang beroleh kedudukan pada jenis manusia ini?

Ya, tentu sedikit bukan? Adakah kita tergolong dalam kategori orang ini?

Mudah-mudahan Allah golongkan.

 

Begitu pentingnya masaku yang masih ada…

Satu ketika, dalam satu perbincangan dengan orang terdekat, mereka bertanya,

“Apa yang ingin dilakukan selepas ini? Nak teruskan belajar atau cari kerja? Apa kata cari kerja boleh kumpul wang untuk berkeluarga dan lain-lain lagi..”

Otakku mula berfikir. Fikir sebab tak beberapa nak menyokong akan kenyataan ini.

 

Hal ini kerana,

Sejak zamanku belajar di universiti lagi daku dah mula buat kerja sendiri. Habis semester setiap kali belajar (sejak zaman sekolah menengah) daku akan berkerja dengan orang lain.

Boleh kata pengalaman atau selok belok berkerja ini sebenarnya dah lama daku kecapi. Tetapi, pada nilai dan hasilnya, sangat kabur sekali.

Maksudnya… setiap kerja yang daku lakukan tidak pernah tetap. Pasti berubah dan tak ada pencapaian yang membanggakan. Yang paling ketara ialah pada waktu berkerja, pasti otak ini akan banyak berfikir. Bila berkerja dengan orang lain otak atau mindaku berfikir akan fikir pada perkara lain selain kerja itu. Bila buat kerja sendiri daku sentiasa fikir akan kerjaku sampai pening tak boleh buat kerja lain.

Jadi, dinilai sendiri nampak sangat keupayaan otak ini amat suka digunakan daripada tenaga badan. Oleh itu, tempat untuk otak ialah belajar, bukannya berkerja swasta atau kerajaan.

Apabila Allah yang Maha Pengasihani memilihku untuk melakukan kerja dakwah ini, dak unampak pelbagai vision, kebaikan, pencapaian dan sebagainya. Daku sedar dan kenal nilai yang terlalu banyak tidak terhingga. Dan, daku telah temui suatu kerja yang mempunyai terlalu banyak keuntungan dan kebaikan.

Otakku memikirkan sama pada kerja yang dilakukan. Ketenangan hati dikecapi. Kelapangan dada diperoleh. Tiada lagi pening-pening. Urusan hidup dipermudahkan. Yang paling penting, setiap detik dan saat masa sentiasa dimanfaatkan.

 

Masa yang makin lewat.

Namun, daku sedar pada masa yang terus bergerak ini, usiaku makin bertambah dan makin tua. Makin perlu memberi pula kepada keluarga dan lain-lain lagi tidak seperti pada masa remaja.

Maka, isu kewangan untuk orang lain yang perlukan atau dalam tanggungan telah pun mencakna di mindaku. Telah difikirkan akan perkara ini pada ketika ini dan lalu.

Oleh itu, perancangan atas maksud ini sedang cuba dilakukan. Penilaian dilakukan pada beberapa perkara iaitu keupayaan, kelebihan diri, masa yang bermanfaat, dan bawa kebaikan pada dunia dan akhirat, telah pun dinilai kini.

 

Daku minta taufik dan petunjuk Allah. Daku minta pertolongan Allah yang sentiasa menolong hambaNya dalam senang atau susah.

ALLAH tahu daku senang dan suka sekali berkerja denganNYa. Ketika daku berkerja denganNYa, segala kemudahan urusan dunia terpampang di depan mata. Matlamat akhirat jelas jalanNYa. Kesementaraan dan kerugian kerja hidup di dunia sentiasa jauh ditinggalkan.

Maka, atas maslahat dunia ini buat hamba yang berkerja denganNYa, pasti Allah akan uruskan. Inilah janji Allah s.w.t yang Maha Baik, seperti mana dalam surah Muhammad, ayat 7.

“Wahai orang-orang yang beriman, bantulah (agama) Allah, nescaya Allah akan bantu kamu, dan tetapkan pendirian kamu.”

Dunia ini terlalu mudah bagi Allah. Bukan suatu isu pun. Bagi hamba yang berkerja denganNYa, jangan sesekali minta kemewahan dunia, kerana pasti rugi. Minta sahaja kebaikan dan kenikmatan akhirat, kemudian minta pada Allah dipermudahkan urusan dunia ini.

 

Ketika itu, Dia menyampaikan ilham. Satu persatu dibukakan jalan dan petunjuk, apa yang perlu dilakukan dan pasti dan pasti kerja denganNYa tidak akan ditinggalkan.

 

Tiga perkara

Ada perkara yang perlu dilakukan. Tiga perkara ini terlalu besar manfaatnya buat dunia dan akhirat, dengan keadaan keterbatasan masa yang ada kini.

Perkara pertama, teruskan belajar. Kerana apa? Kerana ini sesuai dengan kebolehan dan kelebihan diri kamu. Terutama otak yang sentiasa berfikir dan hati yang lapang dengan urusan agama Allah.

Ketika belajar nanti, mohon biasiswa MyBrain15. Terus mohon selepas tamat keluar jalan Allah. Daku hanya perlu usahakan sahaja, selain daripada itu, Allah akan uruskan.

Jadi, insya-Allah, bab kewangan nak belajar atau lain-lain bukan lagi isu di fikiran.

 

Perkara kedua, ialah kelas dakwah. Kelas ini perlu dijalankan.

Berkenaan perkara ini, daku telah ulas awal dulu. Tetapi tidak terlalu terperinci diulaskan.

Secara ringkasnya, kelas ini tumpuan kepada para pelajar di sini. Fokus pada pelajar siswa universiti.  Hal ini kerana mereka ialah pemimpin. Pemimpin diri sendiri, ummat dan wanita. Bukan tukang ikut belakang wanita atau dipimpin oleh wanita.

Memerhatikan belia lelaki kini makin rosak pegangan agamaNya, membuatkan daku rasa sedih sekali. Sedangkan kepimpinan satu orang lelaki itu bermula dan paksinya pada agama. Tinggal sahaja agama, nescaya lelaki ini tak nampak memimpin apa-apa.

Maka, usaha ke arah ini perlu diteruskan. Dan, lima sahabat yang dimaksudkan merupakan ahli dalam kelas ini.

Mereka ialah pelajar, mereka ialah penggerak dalam dakwah kalangan belia, dan mereka tonggak usaha atas agama Allah, khusus dalam kalangan belia ini.

Kini, ada tiga orang telah maju untuk bersama-sama denganku dalam kelas ini. Mohon doakan lagi dua untuk bergerak sekali.

 

Perkara ketiga ialah berkenaan penyebaran ilmu dan maklumat kajianku.

Perkara ini merupakan ilham yang Allah kurniakan rentetan dari dakwah, kajian, kelas dan usaha untuk kebaikan dunia dan akhirat ini. Semua kepentingan itu dikumpul pada usaha perkara yang ketiga ini. Maka, usaha ni bergerak bertitik tolak daripada dua perkara di atas tadi.

Daku telah usahakan dalam kalangan ahli akademik. Tetapi masyarakat umum masih tidak mengetahui lagi akan perkara ini.

 

Supaya manfaat itu berterusan, dan setiap orang dapat ganjaran dan kesedaran, maka usaha penyebaran maklumat ini kini daku merancang utuk melakukan bersama sahabat berlima ini. Setiap mereka ada tugas dan peranan. Semua mereka mendapat manfaat sama-sama buat dunia dan akhirat. Insya-Allah.

Dalam perancangan, antara usaha menyebarkan maklumat ini ialah dengan menyampaikan talk, slot aktiviti dalam kem, seminar, dan juga penghasilan buku. Kerana banyak beban tugas, maka ramai orang yang diperlukan. Jadi, sahabat-sahabat ini akan dilibatkan sekali.

Apa yang pasti, sekiranya niat, tujuan dan cara sentiasa betul, pasti perkara ini sebenarnya tidak pernah membebankan. Insya-Allah.

 

Niat disampaikan perancagan di sini.

Mengapa daku menulis panjang akan perancangan ini?

Ada tujuannya. Terutama kerana daku ingin para hadirin yang setia membaca di sini doakan kejayaan pada usaha yang ingin daku lakukan kini. Bagiku, ia terlalu penting. Bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi kepada sahabat seperjuangan dan masyarakat hari ini.

Dulu, daku banyak juga merancang (untuk diri sendiri). Tetapi, hanya perancangan. Tidak ada buah langsung daripada perancangan yang dilakukan.

Oleh itu, doakan daku moga perancangan ini berterusan sehingga nampak buah hasil dan kejayaan. Amin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: