Takdir mengubah segalanya…  

 

Kadang-kadang kita tidak menyangka,

Ada sesuatu yang terjadi bakal mengubah haluan hidup kita. Sehingga, terpaksa berdepan suasana berat dan getir, perlu memilih antara dua.

Dalam suasana itu, daku terbayangkan satu nukilanku terdahulu. Betapa benar dan jitu, daku terkedu.

Tak mampu nak kata apa-apa, melainkan menerima takdir Allah demi kebaikan masa depan yang tiada punca nyata.

Imbasan dulu.

Suatu ketika, daku pernah menulis. Betapa takdir Allah pada hambaNya berlaku pada tiga keadaan. Pertama, harus dan dibiarkan sesuatu perbuatan dan kehendak hamba untuk terus terjadi. Kedua, tiba-tiba berubah dan hambaNya itu terpaksa mengekor arus baru yang terjadi. Ketiga, perbuatan dan perancangan hambaNya menurut kehendak Allah s.w.t. Jika mengingkari kehendak tersebut, maka tiada apa-apa yang akan terjadi.

Kini, keadaan kedua telah berlaku. Dan daku perlu bersedia dengan persiapan baru atas kehendak Allah kepadaku.

Berdepan beban dan tanggungjawabku kini yang makin bertambah, kini masa untuk permainan dan senda gurau bagai sinar. Percakapan bagai hanya perkara bermanfaat, tangan, kaki dan lain-lain hanya demi perkara bermanfaat.

Jika tidak, banyak perkara yang tidak akan dapat dilakukan. Banyak benda tergendala dan banyak benda juga dikesali kerana tidak dapat diuruskan.

 

Berkerja dengan Allah

Sejak daku berkerja dengan Allah (dakwah), sedikit demi sedikit beban di bahuku makin bertambah. Orang lain fikir bila dah kahwin barulah tambah beban dan tanggungjawab, tetapi bagiku, Allah dah takdir dan aturkan kan sebelum kahwin lagi dah banyak beban dan tanggungjawab.

Daku kira, jika diatur pada setiap manusia pada beban yang ditanggung ini, memang sah tidak akan dapat lakukan secara kesempurnaan.

Maka, memang benar berada di medan dakwah dan berkerja dengan Allah sebenarnya suatu ujian besar dalam kehidupan. Jika mampu terus mengharungi dan istiqamah, seseorang yang ingin atau berkerja denganNya akan terus maju dan perubahan pada dirinya akan berlaku. Jika tidak mampu melepasi ujian atau istiqamah, nescaya dia akan mundur dan berhenti dari melakukan usaha yang besar ini.

Tambahan lagi, Allah ini sukakan manusia melakukan sesuatu ibadah istiqamah walaupun sedikit. Jadi, nak tak nak, perkara dulu yang sentiasa dilakukan perlu istiqamah walaupun bertambah beban nak diusahakan kini.

Sehinggalah Allah berkehendak dan mengubah keadaan.

 

Misi kini

Memandangkan telah berlaku perubahan pada masaku kini, maka bertambah korban jiwa ini perlu dilakukan demi kerana Allah. Tak mengapalah, sekiranya ini menjadi noktah keredhaanNya, maka daku bersedia menerima dan menggalas tanggungjawab yang menimpa.

Oleh itu, masa untuk usaha atas tiga perkara yang dirancang dulu berada saat genting dan serius. Sama ada terus maju atau mundur, tiada pintu ketiga berkata untuk tangguh.

Pertama, teruskan usaha belajar kerana Allah. Masa belajar perlu cekap dan efisien. Jangan tidur dan buat kerja lain yang membuang masa tersebut. Jika tak, salah diri sendiri sebab tak belajar pada masa yang cukup-cukup sahaja untuk diusahakan.

Kedua, kelas pengajian dan dakwah. Walaupun tak nampak cabang baik lagi bagi kelas dakwah, tetapi akan terus diusahakan secara bertatih demi kerana Allah. Perkara di luar jangkaan, daku bertawakal kerana Allah.

Ketiga, penulisan. Ini perlu dilakukan demi usaha atas keperluan. Jika tidak, susah nanti demi keperluan duniawi orang lain. Kini sedang diusahakan atas buku dan majalah. Kedua-duanya menulis kerana Allah, demi menghidupkan sunnah, dan ingin menyampaikan ilmu yang telah dikaji selama ini.

 

Moga Allah tambahkan kekuatan untuk daku mengharungi. Ya Allah, kepada Engkaulah daku menyerah diri.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: