Hikmah itu sukar diduga

Dalam usaha mengenal Allah, agamaNya, dan usaha ke atas agamaNya,

Maka perlu sedar dan bijak dalam memahami makna dan maksud tersirat dalam setiap pemberian dan takdir yang Allah tentukan ke atas setiap manusia.

Khusus kepada penulis ini.

Kesedaran ke atas peranan dan tindakan Allah inilah yang akan melahirkan buah hikmah. Buah hikmah membuktikan kesabaran dalam tindakan dan kebijaksanaan dalam menggunakan akal fikiran, seterusnya menjadikan Allah sebagai pemilik dan punca segala matlamat dan tujuan.

 

Hikmah sukar dijangka

Menyelusuri kehidupan ini, perlu membuka hati dan minda untuk mencari erti akan kata hikmah. Hikmah pada setiap doa dan harapan pada Allah. Hikmah pada kejadian dan pertemuan yang tidak semena-mena.

Semua pasti ada tanda dan keinginan dariNya. Hanya, tidak dikenali di mana dan apakah ia.

Tetapi, setelah lama mencari dan menjalani, seseorang yang tetap berpegang pada kekuasaan dan kebesaran Allah akan menemui mengapa Allah melakukan semua ini.

 

Hikmah ini sukar untuk diramal keadaannya. Mengharapkan tindakan A ialah hikmah, tiada tiada pun sebarang hasil. Mungkin pada tindakan B, sama juga. Jadi, apakah hikmah pada kejadian yang berlaku?

Maka, usaha mencari hikmah memerlukan kesabaran. Kemudian memerlukan istiqamah mengharap kepadaNya dalam setiap urusan. Setelah suatu tempoh, pasti akan menemui hikmah mengapa Allah melakukan sesuatu perkara sebegini.

 

Misalnya, seseorang sentiasa berdoa dan mengharap pada Allah untuk dikurniakan anak lelaki. Setelah suatu tempoh lama berdoa dan merancang, sesuatu yang luar dari jangkaan pula berlaku. Anak perempuan pula yang dilahirkan.

Ketika itu, akal dan nafsu mula bergelojak. Jika nafsu yang menguasai, maka amarah terjadi dan tiada hikmah ditemui. Jika akal menguasai, maka nafsu yang kacau akan mampu dikawal dan cuba mencari mengapa Allah menetapkan keadaan begini.

Apakah Allah tidak mendengar akan doaku? Apakah aku berdosa sehingga Allah tidak memakbulkan doaku? Apakah salahku?

 

Persoalan demi persoalan yang timbul tidak mampu merungkai jawapan. Maka, jika ada iman dalam hati, hikmah daripada Allah akan dicari.

Dalam mencari hikmah, anak perempuan yang lahir dibesarkan. Dididik cara terbaik dalam Islam, diberi secukupnya didikan dan kasih sayang, seterusnya sehingga dia membesar.

Anaknya ada lima orang. Dalam kelima-lima anak tersebut, ada lelaki dan perempuan (setelah lahir anak perempuan –anak lelaki yang diharapkan).

 

Akhirnya, beliau (si bapa) menjadi tua. Usia ini semakin lama semakin menjadikan tubuh dan setiap anggota tidak bermaya.

Ketika ini, yang sentiasa berada di belakang menyokong dan membantu ialah anak perempuan tadi. Di mana dan ketika mana, sentiasa dia bersedia membantu.

Tidak pernah merungut, tidak pernah mengeluh. Disempurnakan urusan si bapa yang uzur dengan ketaatan dan kasih sayang.

 

Pada ketika itu, barulah disedari hikmah Allah memberinya anak perempuan, bukan anak lelaki. Jika anak lelaki, nescaya perkara sebaliknya yang berlaku kini.

 

Hikmah bukti kasih sayang dan pemberian terbaik daripada Allah.

Benar, hikmah bukti kasih sayang dan pemberian terbaik daripada Allah. Kita adalah makhlukNya, dan kita tak pernah tahu apakah yang terbaik untuk kita. Tetapi Allah pencipta kita dan Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

 

Oleh itu, bersabarlah dalam setiap perkara yang berlaku di sekeliling kita. Dalam kesabaran itu, tanamlah iman di dalam dada. Yakinlah Allah memberikan sesuatu yang terbaik kepada kita, cuma tidak diketahui bagaimana.

Lakukanlah dengan tanggungjawab. Suatu ketika nanti, kerana sabar, fikir yang bijak, dan istiqamah dalam amalan, pasti akan dikenali mengapa Allah melakukan perkara sedemikian.

 

Hidupku…

Baru ketika semalam, daku menyedari hikmah Allah s.w.t menemukan daku dengan seorang hamba AllahNya yang lain. Telah lama daku tidak bersua dengannya kerana sibuk dengan pelbagai urusan. Selain itu, perancangan dan aktiviti dengannya dulu agak membebankan, dan sukar nak melakukan.

 

Kini, bila Allah bagi fikir akan tiga perkara ini. Daku ditemukannya kembali. Mendengar dan berbincang dengannya, kini banyak membuahkan hasil.

Insya-Allah, dengan pertemuan dengannya, banyak kebaikan akan diperoleh terutama pada kelas dan program yang akan dijalankan. Moga Allah mengurniakan segala kemudahan dan kejayaan.

Tambahan lagi, daku memang memerlukan kekuatan untuk melakukan perkara ini, kerana seperti didesak untuk segera melakukan. Tidak boleh merancang atau bertangguh lagi. Sudah lima bulan berlalu tetapi tiada hasil dari perancangan ini.

Kena berusaha bersungguh-sungguh. Doa dan usaha. Betul-betul pada mengharap pada Allah untuk beri kemudahan dan kemajuan akan usaha yang ingin dilakukan kini.

 

Moga Allah permudahkan. Amin.

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: