Belajar dan menulis.

 

 

Benar, menjaga hubungan dengan Allah ini penuh dengan hikmah yang sukar dijangka.

Pada mulanya, memang suatu yang berat dan besar. Rasa memang tiada kemampuan dan kekuatan.

Tetapi, apabila bersabar atas setiap ujian yang menimpa, maka baru sedar mengapa Allah mentakdirkan dan berkehendak akan perkara ini semua.

Itulah tersirat dalam kesukaran ada kemudahan. Dalam kesukaran ada kemudahan.

Allah s.w.t bukanlah sengaja menguji. Tetapi ada maksud lain untuk kebaikan dirinya sendiri dan hubungannya dengan Ilahi.

Allah s.w.t Maha Mengetahui, sedangkan Engkau tidak mengetahui.

 

Dalam kesukaran ada kemudahan.

Biasa orang kata, apabila sesuatu kesukaran menimpa, setelah lama bersabar dan berusaha mengatasinya, maka akan nampak sinar cahaya bantuan di sebalik musibah tersebut.

Bagi orang yang tawajuh (tumpuan) kepada Allah, maka akan bersyukur atas pemberianNya. Bagi orang tawajuh selain daripada Allah, maka makin jauh dari landasanNya.

 

Ini ialah kebiasaan yang terjadi. Dalam artikel ini, mengulas akan perkara tersirat dari ayat ini.

Dalam kesukaran ini bermaksud Allah memberi kesukaran berlaku pada waktu kini kepada seseorang. Perkara yang dilalui terlalu sukar untuk ditempuhi. Namun dia tetap bersabar dan terus berusaha. Akhirnya, kesukaran yang dialaminya itu membantunya ketika pada yang lain ada kesukaran lain menimpa.

Rupanya, kesukaran dulu yang dialami untuk memberi kemudahan ketika menghadapi kesukaran yang kemudiannya perlu dilalui.

Maksudnya, ujian demi ujian yang dilalui olehnya peringkat demi peringkat. Peringkat pertama yang berjaya diatasi demi kemudahan ujian para peringkat kedua. Ujian peringkat kedua yang berjaya diatasi demi peringkat ketiga, dan seterusnya.

Inilah tersirat maksud dalam kesukaran (sekarang), ada kemudahan (pada kesukaran seterusnya). Jadi, setiap kesukaran demi kesukaran tidaklah rasa berkumpul di atas kepala, dan perkara ini sentiasa dirasakan mampu dan mudah untuk dia melakukannya.

 

Perlu teruskan belajar dan menulis.

Namun, di sebalik dua hikmah yang Allah tetapkan ini,

Ada ketetapan yang perlu diteruskan, sama ada berada dalam ujian atau tidak.

Perkara ini kena buat sehinggalah Allah berkehendak sebaliknya. Bagi diri ini -dengan keizinan Allah-mungkin sampai menghembuskan nafas terakhir di alam ini.

Ada dua perkara yang tetap perlu dilakuan dan terus dilakukan. PERTAMA IALAH PERLU TERUS BELAJAR. KEDUA PERLU TERUSKAN MENULIS.

Dalam belajar kena menulis. Dalam menulis itu belajar.

 

Niat, matlamat dan tujuan

Di sebalik belajar dan menulis, niat dan matlamat HANYASANYA KERANA ALLAH. Tujuan belajar dan menulis KERANA DAKWAH (MENGAJAK MANUSIA KEPADA ALLAH).

Oleh itu, tidak kira apa-apa jenis tulisan dan suasana pembelajaran, pasti niat dan matlamat kerana Allah. Tujuannya mencapai dakwah, iaitu menyeru dan menyampaikan kepada ummah akan perkara yang dipelajari tersebut.

 

Oleh itu, kehendak Allah kini terhadapku,

Perlu terus belajar dan menulis. Dalam dua perkara ini, banyak maksud dan perkara tersirat yang dalam rahsiaNya, dan hanya Dia yang Maha Mengetahui.

 

Betapa indah mengenal dan belajar dalam bimbinganMu, ya Allah. Moga bertemu kelak dalam kegembiraan dan keredhaanMu, wahai Ilahi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: