Ramadhan bulan keberkatan.

 

 

Alhamdulillah… hari ini hari kedua bulan Ramadhan.

Bulan yang mulia, bulan ummat Nabi s.a.w. Banyak keberkatan dan rahmat di bulan ini, moga Allah kekalkan ibadah dan penghayatan agama dalam bulan ini pada hari dan bulan yang lain.

 

Hari ini daku tidak mampu untuk menulis di sini dengan baik. Hal ini kerana sementelah selesai keluar di jalan Allah pada awal Ramadhan, banyak tugas perlu diselesaikan. Pagi-pagi hari ini pun masih lagi tugas yang on call tiba-tiba.

Jadi, untuk kesempatan yang masih ada, daku cuba untuk terus menulis di sini. Agar niat menulis ikhlas keranaNya, kena terus lakukan walaupun tidak sebaik atau sehebat mana.

 

Ramadhan bulan mulia

Pada bulan ini, semua ummat Islam akan berpuasa. Puasa ini wajib dan semua orang bersedia akannya. Suasana pada hari ini berubah daripada suasana sebelumnya. Banyak bazar, masjid dan rumah ibadah dikunjungi, tidak seperti sebelumnya.

Dengan kerahmatan Allah, bulan ini Allah mengutus para malaikat untuk menangkap dan mengikat para syaitan ke dalam dasar lautan. Maka, kurang satu musuh manusia manusia untuk menjadi hamba yang taat kepada Allah Azza wa Jalla.

Bulan Ramadhan ini, pada 10 hari pertama ialah rahmat. 10 hari kedua ialah keampunan. Dan 10 hari ketiga ialah dilepaskan daripada api neraka. Bulan ini ada satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan yang lain, iaitu malam lailatul qadar. Carilah pada hari ganjil di 10 malam terakhir dan Nabi s.a.w mengajar doa untuk dipohonkan pada malam tersebut.

Bulan ini juga bulan al-Quran. Maka, banyak masjid dan surau menganjurkan majlis tadarus al-Quran. Ramai juga yang datang untuk menghadiri dan ramai juga yang tidak. Cukup dengan sekadar solat tarawikh 8 rakaat bersama imam.

Bulan ini menganjurkan bersedekah, dan banyakkan infak kepada orang susah. Maka, banyak rumah anak yatim dan orang miskin dibantu pada ketika ini. Bagai dapat hadiah dan imbuhan besar sebelum hari raya menanti.

 

Sebaliknya…

Ada juga yang tidak menghayati kebesaran dan keagungan pada bulan ini. Mereka tidak berubah walaupun suasana bulan ini berubah dan banyak orang cuba memperbanyakkan ibadah pada bulan ini.

Mengapa mereka tidak boleh berubah? Hal ini kerana beberapa perkara.

1)      Tak ada iman. Mereka ini berpuasa sahaja, tetapi benda lain sama sahaja. Solah tidak jaga, aurat tidak tutup sempurna malah benda lalai dan dosa sebelum ini pun dibuat seperti biasa.

Mereka ini tergolong dengan orang yang rugi. Mereka berpuasa tetapi tidak dapat apa-apa melainkan sekadar lapar dan dahaga.

2)      Jahil akan nilai dan kepentingan Ramadhan. Mereka ini boleh dikategorikan dengan point di atas. Cuma, mereka tahu tambah sikit amalan iaitu tarawikh selepas puasa.

3)      Tidak pernah berpuasa sunat atau lakukan ibadah yang lain pada bulan sebelumnya. Sekiranya pada bulan yang lain pun tak solah, macamana bulan ini tiba-tiba ada kekuatan untuk solah? Sekiranya bulan lain tak tutup aurat dan terdedah, macam mana tiba-tiba datang satu bulan, berubah terus tutup aurat dengan sempurna? Kalau bulan lain tak pernah pergi ke masjid, macamana tiba-tiba datang satu bulan terus istiqamah ke masjid.

4)      Fikir bisnes dan makan, daripada ibadah dan keberkatan bulan ramadhan.

Mungkin banyak lagi sebabnya. Tapi cukup sekadar ini untuk koreksi diri sendiri.

Moga bulan ini ada banyak keberkatan diperoleh, jauh dari maksiat dan dosa, dan menjadi madrasah terbaik bina taqwa.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: