Monthly Archives: Julai 2014

Berita akhir zaman ke-6: isu semasa

Tak sanggup dan tak guna daku mengulas akan perkara ini dengan lebih dalam.

Mengapa? Kerana:

  1. Semua orang dah tahu
  2. Tiada apa yang berubah dari dulu sehingga kini
  3. Satu bahagian sentiasa menderita, satu bahagian hanya demontrasi (demonstration= buat pertunjukan) kerana mereka.
  4. Mengulas pada pihak yang dilaknat, dikeji, dikutuk, dihina dan dibinasakan oleh Allah dan Rasul dalam al-Quran, hanya buang masa dan sakit kepala.

Continue reading →

Advertisements

Kesabaran Allah dan hambaNya.

 

 

Allah s.w.t telah menciptakan setiap juzuk makhluk dan kehidupan. Tiada suatu yang terlepas daripada pemerhatianNya, daripada pengetahuanNya, dan daripada tanggungjawabNya. Setiap perkara yang berlaku semua dalam keizinan Allah. Allah berkehendak untuk perkara tersebut berlaku, dan Allah yang inginkan perkara tersebut berlaku.

 

Dengan ini kekuasaan Allah mengatasi kemampuan dan kekuasaan manusia. Dia boleh melakukan apa-apa sahaja dalam kehendakNya. Dia boleh menjadikan apa-apa sahaja yang Dia suka.

Sebegitupun, Allah tidak sepertimana manusia. Keadilan ialah sifatNya, kezaliman bukan zatNya. Dia terus memberi dan menerima daripada manusia yang ingkar dan kufur kepadaNya. Dia sentiasa mengurniakan peluang dan kenikmatan kepada golongan ini.

Continue reading →

Ujian apakah ini?

Sekarang ini bulan Ramadhan. Bulan kerahmatan dan keberkatan kepada sekalian ummat Islam.

Tetapi,

Hati ini tak mencapai kemuncak ketenangan. Sering kali minda dan hati ini berputar pada suatu perkara yang sama, pada peribadi yang sama.

Continue reading →

Kesibukan membawa gangguan

Sejak kebelakangan ini,

Kegiatanku menjadi bertambah sibuk. Masa makin padat dan menuntut untuk diaturkan sebaik-baiknya. Sehinggakan tidur yang lama dirasakan bagai buat perkara sia-sia dan membuang masa.

Pelbagai aktiviti dijalankan, sama ada untuk Allah dan Rasul, diri sendiri, keluarga, dan masyarakat tempatan.

Kini, semua perkara itu daku seorang yang lakukan itu semua. Tak mampu lagi nak libatkan orang lain bukan tidak mengajak, tetapi tiada yang berkeinginan.

 

Ya, kini memang terlalu sukar mengajak manusia melakukan perkara yang lebih berfaedah. Sehingga daku sendiri kadang-kadang rasa putus asa dengan mereka dan malas nak bagitahu banyak kali perkara yang sama kepada orang yang sama.

Tetapi, nak buat macamana. Itu sememangnya tugas dan kerjaku. Semata-mata kerana Allah daku usahakan perkara ini. Kerana Allah yang memberi dan memilih kerja yang bernilai dan besar ini, demi kepentingan diri dan ummat sekalian alam.

Daku pikul tugas yang berat ini demi Allah. Walaupun berat dan payah untuk melakukan kerja ini, daku tetap lakukan kerana terlalu banyak kebaikan dan sesuatu yang lebih baik telah daku terima daripadaNya hari ini.

 

Sibuk demi agamaNya.

Maka, hari demi hari daku makin sibuk dengan urusan agama Allah.

Urusan peribadiku untuk Allah, keluarga kerana Allah, masyarakat tempatan kerana Allah, dan urusan khusus pada Allah ikhlash keranaNya.

Apa-apa sahaja yang dipanggil urusan, daku sentiasa mengaitkan untukNya. Oleh itu, memang setiap saat dan ketika daku sibuk menguruskan keperluan dan urusan menurut kehendak dan keredhaanNya.

Sekiranya hanya melibatkan diri sendiri, maka itu mudah. Tetapi tidak bagiku. Bukan sahaja melibatkan diri sendiri, tetapi juga melibatkan orang lain, sahabat dan keluarga.

Kini, semua pihak dalam perhatian dan tanggungjawabku. Jika disusun masa satu persatu, memang tak masuk akal daku dapat lakukan ia dalam satu masa. Kenapa? Sebab bila daku terlepas akan satu urusan, ternyata daku tak boleh gantikan ia.

Jika solat tak buat boleh ganti, tetapi urusanku yang terlepas memang tak boleh ganti.

Masaku menjadi mampat dan kejap. Ada tujuan dan perkara yang dilakukan terhadap masa yang wujud setiap hari.

 

Dunia kini

Keadaan yang berlaku di tanah Palestin menjadi tatapan dan perhatian. Isu dan perbuatan sang perosak dunia dan bangsa memang telah dijangka pada waktu dan ketika akan berlaku di sana. Semuanya telah diatur oleh sebaik-baik Pengatur, Dia telah merancang sebelum mereka merancang.

Daku telah tahu akan berlaku perkara ini pada bulan Ramadhan tahun ini. Bukan melalui andaian atau telekan, tetapi telah diberitahu oleh seseorang yang tidak dikenali ketika daku berada di jalanNya.

Maka, setelah jangkaan tepat berlaku kini,

Apa pula persediaan yang perlu dilakukan? Menderma? Menghantar bantuan? Atau bagaimana?

 

Jika nak buat itu semua, ia hanyalah perkara biasa. Tetapi, bagiku yang macam-macam Allah beri dan nyatakan, daku perlu lakukan sesuatu yang luar dari kebiasaan.

Tetapi, masih tak pasti apa yang patut dilakukan. Yang pasti perkara tersebut berkait dengan tiga program yang perlu digerakkan tersebut. Ia memang sesuai dan baik untuk masa yang masih aman di dalam negara yang juga aman.

Sumbangan zahiriah semua orang boleh buat dan hulurkan. Oleh itu, biarkan daku berusaha memberi sumbangan batiniah yang rata-rata orang tak faham dan tak mahu lakukan.

Moga Allah permudahkan. Amin.

Siapa kata duit bagi manfaat?  

k

Seketika sebelum ini, daku mengkaji dan menulis tentang biografi ulama’ silam. Dalam penelitian tersebut, daku menemui beberapa ciri uama’ terdahulu yang menjadikan mereka kekal dikenali sehingga kini.

Ada beberapa ciri yang paling nyata dimiliki oleh mereka. Pertama mereka tegas menyatakan pandangan yang diyakini benar untuk disampaikan. Kedua, kekuatan ilmu yang dimiliki. Ketiga,  mereka sentiasa berusaha menyampaikan ilmu yang dipelajari, dan keempat mereka giat aktif dalam bidang penulisan.

Inilah kunci keilmuan mereka kekal dijadikan rujukan ummat kini. Mereka terus menulis dan menyampaikan, demi kebenaran Allah dan RasulNya, tidak demi pulangan, keuntungan dan komersial, sepertimana ramai orang kini.

Continue reading →

Perancangan yang berterusan

Hari ini daku berbicara akan perkara ini lagi.

Hal ini kerana bagiku, perkara yang akan cuba daku lakukan ini terlalu besar impaknya kepada diriku sendiri dan kepada orang lain yang bersama-sama denganku. Jadi, hendak atau tidak, perkara ini perlu terus dilakukan sehingga nampak buah hasil atau pencapaian bakal diterima.

Ia saling berkaitan. Bukannya satu perkara yang asing-asing. Maksudnya, tiga perkara dilakukan dalam satu masa. Perkara pertama selesai, sambung perkara kedua. Pertama kedua selesai, bersambung ketiga dan seterusnya.

Continue reading →