Perancangan yang berterusan

Hari ini daku berbicara akan perkara ini lagi.

Hal ini kerana bagiku, perkara yang akan cuba daku lakukan ini terlalu besar impaknya kepada diriku sendiri dan kepada orang lain yang bersama-sama denganku. Jadi, hendak atau tidak, perkara ini perlu terus dilakukan sehingga nampak buah hasil atau pencapaian bakal diterima.

Ia saling berkaitan. Bukannya satu perkara yang asing-asing. Maksudnya, tiga perkara dilakukan dalam satu masa. Perkara pertama selesai, sambung perkara kedua. Pertama kedua selesai, bersambung ketiga dan seterusnya.

Ini ilham dan kehendak Allah.

Perkara yang paling besar mempengaruhi daku untuk teruskan perancangan masa depan ini ialah Allah s.w.t.

Ini bukan sekadar idea atau perancanganku. Ini bukan sekadar planning di akal semata-mata.

Ini merupakan kehendak Allah untuk daku usahakan. Hanya, apabila dalam kehendak Allah dan daku kena laksanakan, maka terdapat banyak kesukaran dan ujian demi untuk memperoleh perkara yang diharapkan.

 

Mengapa daku katakan ini kehendak Allah?

Hal ini kerana beberapa perkara. Pertama, misi ini datang secara tiba-tiba dan luar dari kotak pemikiranku. Perancangan itu datang seperti air yang mengalir. Mengalir dan terus merancang sehingga kepada beberapa tugasan yang perlu dilaksanakan, keperluan pada waris dan sahabat seperjuangan untuk menjayakan usaha ini.

Kedua, daku sentiasa berdoa dan solat hajat memohon petunjuk Allah akan perkara yang ingin diusahakan ini. Jika Allah tidak redha atau bukan kehendakNya, mohon dijauhkan dari fikiran dan perancanganku. Jika tidak, permudahkan dan bantulah hambaNya ini.

Ternyata, sehingga kini perancangan demi perancangan masih berterusan di minda dan aksara simpanan laptop ini. Hanya tak dapat dilaksanakan sahaja lagi sehingga kini.

Ketiga, jika dulu daku akan rasa tidak tenang, pening kepala atau tak sedap badan jika buat sesuatu urusan berkaitan duniawi, tetapi tidak pada usaha yang daku lakukan ini. Tiada masalah menimpa dan tiada kekurangan pada tumpuanku pada Allah s.w.t. Malah makin bertambah apabila sentiasa berdoa, solat hajat dan berharap Allah memudahkan urusanku ini.

 

Mengapa perlu diteruskan usaha ini?

Terlalu banyak sebabnya. Dan daku telahpun nyatakan beberapa sebabnya pada artikel sebelum ini.

Pertama, kerana Allah dan Rasulnya. Ummat ini bertambah rosak amalan agama. Oleh itu, rencana dan usaha yang daku rancangkan ini akan mengembalikan kegemilangan amalan ummat terdahulu dan sunnah Nabi s.a.w yang telah dialpakan dari amalan ummat ini.

Kedua, kepada diriku sendiri. Hal ini kerana telah termaktub dan tetap pada pemikiran, hati dan fikirku untuk melaksanakan dakwah sebagai jalan, kerja dan usaha utama yang perlu dilaksanakan. Maka, banyak masaku untuk agama Allah, dan berkurangan masaku pada urusan dunia. Oleh hal demikian, amat sukar untuk daku uruskan keperluanku sekiranya berharap pada masa duniawiku. Pincang.

Dengan ini, Allah sebagai majikan dan tempat berharap akan segala kemudahan, telah memberi jalan kepadaku untuk menguruskan keperluan di dunia ini tanpa lalai dari usaha pada agamaNya. Allah telah menemukan jalan ini, dan Allah berkehendak untukku mengusahakannya.

Tambahan lagi, daku juga boleh teruskan menulis di sini dan menghasilkan karya ikhlash demi Ilahi.

Ketiga, kepada keluarga. Apabila daku berjaya menyempurnakan atau menggerakkan perkara ini, maka banyak masaku boleh dibahagikan kepada keluarga. Lebih-lebih lagi  apabila sesuatu perkara yang luar dari jangkaanku berlaku kepada keluargaku kini. Nak tak nak, usaha ini perlu diteruskan, dan masaku bersama keluarga boleh diaturkan tanpa sebarang sekatan.

Keempat, kepada masyarakat. Ya, masyarakat perlu sedar akan perkara yang ingin daku sampaikan kepada mereka. Berubah atau tidak, bukan daku bertanggung jawab ke atasnya.

Masyarakat perlu sedar akidah yang sempurna, perlu sedar nilai Allah dan RasulNya. Masyarakat perlu sedar kepentingan mengamalkan sunnah Nabi s.a.w. Perlu sedar setiap amaln baik dan buruk dalam catitan.

Maka, banyak orang boleh dapat manfaat apabila usaha ini mampu digerakkan dan diteruskan. Ya Allah, kurniakanlah kemudahan kepadaku untuk meneruskan usaha ini keranaMu.

 

Halangan…

Yang terus menjadi kekangan dan isu kepadaku untuk meneruskan usaha ini ialah halangan.

Terdapat satu halangan yang pasti. Halangan tersebut  ialah orang yang akan bersama untuk daku meneruskan usaha ini.

Usaha ini memerlukan sahabat berlima. Tetapi kini baru tiga orang yang bersedia. Masih dua orang sahabat diperlukan.

Setiap mereka mempunyai peranannya sendiri. Maka, jika tiada salah seorang, sukar usaha ini untuk dijalankan.

Bagaimana untuk bertemu dengan mereka ini? Bagaimana untukku mengatasi masalah dan halangan ini?

 

Doakan supaya berjaya melakukan. Terlalu banyak manfaat sekiranya usaha ini terus bergerak untuk ummat ini yang semakin dalam kemunduran suasana dan amalan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: