Siapa kata duit bagi manfaat?  

k

Seketika sebelum ini, daku mengkaji dan menulis tentang biografi ulama’ silam. Dalam penelitian tersebut, daku menemui beberapa ciri uama’ terdahulu yang menjadikan mereka kekal dikenali sehingga kini.

Ada beberapa ciri yang paling nyata dimiliki oleh mereka. Pertama mereka tegas menyatakan pandangan yang diyakini benar untuk disampaikan. Kedua, kekuatan ilmu yang dimiliki. Ketiga,  mereka sentiasa berusaha menyampaikan ilmu yang dipelajari, dan keempat mereka giat aktif dalam bidang penulisan.

Inilah kunci keilmuan mereka kekal dijadikan rujukan ummat kini. Mereka terus menulis dan menyampaikan, demi kebenaran Allah dan RasulNya, tidak demi pulangan, keuntungan dan komersial, sepertimana ramai orang kini.

Melihat pada keadaan dan kecemerlangan yang dimiliki oleh mereka itu, daku mengaplikasi akan perkara ini kehidupanku ini. Daku terus belajar dan menulis ilmu Allah yang dipelajari, seterusnya berusaha menyampaikan dengan para sahabat kepada masyarakat hari ini.

 

——————————–

Dulu, ada suatu ketika, daku terlibat dalam satu kemalangan. Dalam kemalangan tersebut daku tidak menghadapi sebarang luka atau cedera. Hanya motor ada sikit calar dan kekurangan.

Ketika itu, bukan kesalahanku. Daku dilanggar oleh kereta yang memandu tiba-tiba membelok. Nasib baik tak laju, hanya jatuh sebegitu sahaja.Orang yang melihat akan keadaan tersebut ramai yang menolong.

Cuma, ada yang menarik yang berlaku ketika itu. Iaitu mereka mendesakku untuk minta ganti rugi daripada orang yang langgar tersebut.

Ketika itu, daku tertanya-tanya. Apa masalahnya? Luka tiada, motor pun calar-calar atau rosak biasa. Memang salah orang yang melanggar, tetapi apa kaitan duit sebagai imbalan di sebalik kejadian.

Apakah duit banyak manfaat kepadaku? Apakah duit yang berikan kembali motor dan kesihatanku?

Apa-apapun, daku minta juga. Ada lah dia bagi sikit, tetapi semua duit itu tidak diguna, daku berikan kepada orang lain yang lebih memerlukan.

 

Duit? Apakah fungsinya?

Persoalan itu bermain di benak fikiranku ketika itu. Banyak sangatkah peranan duit ini sampai semua orang mendesakku pinta daripada orang yang langgar itu.Mungkin sebab dengan adanya duit, boleh  bayar ubat dan sebagainya. Dan mungkin ada peranan yang lain. Fikirku.

Namun, hakikatnya daku pada ketika itu tak perlukan itu semua. Hal ini kerana selama ini daku sendiri tak perlukan duit sehingga terdesak akannya. Oleh itu, tiada perkataan ‘mata wang’ pada mindaku apabila berlaku kejadian tidak semena-mena.

Duit dalam minda dan hatiku sedikit pun tak bagi manfaat. Mungkin ada ketikanya daku memerlukan, tetapi tidaklah sampai terdesak perlu meminta-minta pada orang lain untuk hulurkan. Apa yang ada padaku sentiasa mencukupi. Tak perlu meminta-minta pada orang lain.

Tiada manfaat diperoleh daripada duit, dan tiada mudarat disebabkan tiada duit. Yang bagi mudarat ialah Allah, yang bagi manfaat ialah Allah. Duit hanya sekeping kertas yang dicatat nilai, tetapi yang bagi nilai, kesihatan dan kebaikan ialah Allah s.w.t.

Yakin itu telah tertanam di minda dan hatiku. Pelbagai pengalaman dan kejadian yang berlaku dalam hidupku akhirnya membuang keyakinan pada makhluk yang diciptakan manusia.

Yang daku teringat ketika itu, macamana lah orang yang lihat kejadian tersebut dan langgar tersebut nak kembali kepada Allah dan dapat hidayat untuk menjadi hamba Allah.

 

Duit vs amal soleh

Hari ini, kes yang sama berlaku lagi. Bukannya tidak berusaha untuk mengatasi masalah atau memenuhi keperluan berdasarkan prosedur yang ada, tetapi berlaku beberapa kesilapan pada doktor dan kelupaan pesakit, sehingga menjadikan kes berlarutan sehingga kini.

Pada ketika itu, masalah utama sebalik permohonan yang diharapkan ialah boleh memperoleh wang di sebalik cuti sakit yang dipohonkan. Tetapi, rupanya cuti tersebut tidak diberikan, dan kealpaan tersebut berlaku sehingga kini.

Hampir sebulan tiada cuti sakit dipohon. Maka, boleh dikatakan cuti tanpa gaji.

 

Tuntutan cuba dilakukan. Tetapi, nampak macam tidak terlalu banyak punca untuk berjaya. Apa-apapun, telah dicuba juga untuk mengatasi masalah yang berlaku.

 

Pasti ramai kata doktor itu yang bersalah, dan bukannya pesakit. Hal ini kerana doktor lupa nak tanya, dan pesakit tak tahu apa-apa tentang cuti tersebut.

Pada mulanya, jururawat memang ada bertanya dan memang dikatakan ada diberikan cuti tersebut. Tetapi rupanya tidak diberikan. Sehingga kini memang tidak diperoleh akan cuti tersebut.Nak mohon balik perkara yang lepas… boleh cuba, tetapi tidak pasti boleh berjaya.

 

Melihat keadaan yang berlaku,

Daku fikirkan hikmah atau perkara baik yang luar dari perbuatan atau perancangan manusia. Takdir Allah. Mungkin ada hikmah. Bukankah di sebalik kesusahan itu ada kesenangan?

Mungkin ketika ini ada masalah menimpa, tetapi Allah bagi mudah pada urusan yang lain yang tidak dijangka. Malah, Allah yang berhak dan berkuasa atas segala urusan. Dia Maha Adil atas segala yang ditetapkan berlaku pada hambaNya.

Mungkin di satu saluran ada sekatan, tetapi dibuka pada punca rezeki yang lain. Rezeki tidak pernah tertakluk pada mata wang, tetapi rezeki tertakluk pada ketetapannya dan amal perbuatan seseorang.

Apa-apapun, telah dicuba dan terus mencuba semampu yang ada. Ada hak di atas pesakit, dan ada tanggungjawab atas orang yang menjadi tabib. Permudahkan pada orang yang susah, Allah akan bagi mudah pada orang yang menolong ketika dia susah.

Oleh itu, tak perlu tertekan dan stress sangat fikir masalah duniawi. Allah masih beri banyak nikmat yang lain, dan perlu sentiasa bersyukur dan menghargai.

Hanya perlu terus berusaha. Itu sahaja.

 

Semoga Allah membantu dan beri banyak kemudahan.

 

 

Prinsip peribadi,

Tak perlu terdesak dengan makhluk dan manusia,

Sekiranya selama ini Allah berikan nikmat pada diri, tetapi tidak pernah nak hargai dan meminta (berdoa) kembali kepadaNya.

 

Nikmat terbaik bukan terletak pada mata wang, tetapi keimanan pada Allah dan keselamatan daripada sebarang musibah (sihat, selamat dan lain-lain)

 

(Hhmm… memang susah nak ubah keyakinan ini, jika selama ini benda inilah yang dicari….)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: