Kesibukan membawa gangguan

Sejak kebelakangan ini,

Kegiatanku menjadi bertambah sibuk. Masa makin padat dan menuntut untuk diaturkan sebaik-baiknya. Sehinggakan tidur yang lama dirasakan bagai buat perkara sia-sia dan membuang masa.

Pelbagai aktiviti dijalankan, sama ada untuk Allah dan Rasul, diri sendiri, keluarga, dan masyarakat tempatan.

Kini, semua perkara itu daku seorang yang lakukan itu semua. Tak mampu lagi nak libatkan orang lain bukan tidak mengajak, tetapi tiada yang berkeinginan.

 

Ya, kini memang terlalu sukar mengajak manusia melakukan perkara yang lebih berfaedah. Sehingga daku sendiri kadang-kadang rasa putus asa dengan mereka dan malas nak bagitahu banyak kali perkara yang sama kepada orang yang sama.

Tetapi, nak buat macamana. Itu sememangnya tugas dan kerjaku. Semata-mata kerana Allah daku usahakan perkara ini. Kerana Allah yang memberi dan memilih kerja yang bernilai dan besar ini, demi kepentingan diri dan ummat sekalian alam.

Daku pikul tugas yang berat ini demi Allah. Walaupun berat dan payah untuk melakukan kerja ini, daku tetap lakukan kerana terlalu banyak kebaikan dan sesuatu yang lebih baik telah daku terima daripadaNya hari ini.

 

Sibuk demi agamaNya.

Maka, hari demi hari daku makin sibuk dengan urusan agama Allah.

Urusan peribadiku untuk Allah, keluarga kerana Allah, masyarakat tempatan kerana Allah, dan urusan khusus pada Allah ikhlash keranaNya.

Apa-apa sahaja yang dipanggil urusan, daku sentiasa mengaitkan untukNya. Oleh itu, memang setiap saat dan ketika daku sibuk menguruskan keperluan dan urusan menurut kehendak dan keredhaanNya.

Sekiranya hanya melibatkan diri sendiri, maka itu mudah. Tetapi tidak bagiku. Bukan sahaja melibatkan diri sendiri, tetapi juga melibatkan orang lain, sahabat dan keluarga.

Kini, semua pihak dalam perhatian dan tanggungjawabku. Jika disusun masa satu persatu, memang tak masuk akal daku dapat lakukan ia dalam satu masa. Kenapa? Sebab bila daku terlepas akan satu urusan, ternyata daku tak boleh gantikan ia.

Jika solat tak buat boleh ganti, tetapi urusanku yang terlepas memang tak boleh ganti.

Masaku menjadi mampat dan kejap. Ada tujuan dan perkara yang dilakukan terhadap masa yang wujud setiap hari.

 

Dunia kini

Keadaan yang berlaku di tanah Palestin menjadi tatapan dan perhatian. Isu dan perbuatan sang perosak dunia dan bangsa memang telah dijangka pada waktu dan ketika akan berlaku di sana. Semuanya telah diatur oleh sebaik-baik Pengatur, Dia telah merancang sebelum mereka merancang.

Daku telah tahu akan berlaku perkara ini pada bulan Ramadhan tahun ini. Bukan melalui andaian atau telekan, tetapi telah diberitahu oleh seseorang yang tidak dikenali ketika daku berada di jalanNya.

Maka, setelah jangkaan tepat berlaku kini,

Apa pula persediaan yang perlu dilakukan? Menderma? Menghantar bantuan? Atau bagaimana?

 

Jika nak buat itu semua, ia hanyalah perkara biasa. Tetapi, bagiku yang macam-macam Allah beri dan nyatakan, daku perlu lakukan sesuatu yang luar dari kebiasaan.

Tetapi, masih tak pasti apa yang patut dilakukan. Yang pasti perkara tersebut berkait dengan tiga program yang perlu digerakkan tersebut. Ia memang sesuai dan baik untuk masa yang masih aman di dalam negara yang juga aman.

Sumbangan zahiriah semua orang boleh buat dan hulurkan. Oleh itu, biarkan daku berusaha memberi sumbangan batiniah yang rata-rata orang tak faham dan tak mahu lakukan.

Moga Allah permudahkan. Amin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: