Tugas sebagai Daie Allah

Dalam usaha menyampaikan kebenaran kepada manusia,

Ia bukanlah perkara yang mudah seperti mana yang disangka-sangka. Terlalu banyak liku dan pengorbanan yang perlu dilakukan, sehingga ada yang tersunggur, terpinggir, dan tidak mahu lagi meneruskan perjalanan.

Hanya orang yang terus tabah, cekal dan mendapat naungan Allah sahaja yang akan meneruskan perjalanan sebagai penyampai kebenaran dengan kesabaran.

Inilah hakikat seorang Daei Allah. Mereka ialah penyeru ummat kepada Allah, mereka ialah utusan Allah, mereka ialah duta Allah, dan mereka juga pekerja kepada Allah.

Mereka manusia biasa, yang hidup sepertimana orang lain meneruskan kehidupan. Ada yang kaya, ada yang miskin. Mereka makan, minum, tidur dan berkeluarga. Mereka mempunyai kehidupan masing-masing dan urusan hidup tersendiri.

Tetapi, ada perbezaan ketara antara mereka dengan manusia yang lain. Iaitu, mereka memegang tugas yang amat besar dan penting, jika tidak dilaksanakan nescaya diri sendiri dan ummat ini menderita.

Itulah tugas sebagai penyeru dan pengajak manusia kembali kepada mengamalkan agama Allah. Mereka perlu sentiasa meneruskan perjuangan berdakwah aka berkerja dengan Allah,biarpun sejuta manusia tidak menyetujui dan menerima pekerjaan mereka.

 

Tugas yang besar!

Para Daei Allah mempunyai tugas dan peranan yang sama. Mereka perlu pegang tanggungjawab dan kemampuan untuk mengajak manusia kepadaNya.

Dalam kesibukan menguruskan urusan peribadi dan keluarga, para pekerja Allah perlu sentiasa berfikir dan berzikir tentang kebesaran Allah. Mereka perlu fikirkan untuk kebaikan dan pengislahan ummat, mereka perlu berfikir untuk menyelamatkan ummat ini daripada tipudaya dunia dan terselamat daripada azab api neraka.

Para Daie Allah menempuh satu persatu ujian yang besar untuk perubahan ummat ini. Satu persatu ujian yang timbul demi mengukuhkan hati mereka agar sentiasa bertawajuh (memberi tumpuan) dan keyakinan bahawa hanya Allah yang akan mengubah segala-galanya.

Maka, liku demi liku yang dilalui tanpa berhenti itu telah mengikat hati mereka kepada Allah. Pandangan, fikiran, ingatan dan keinginan hanya demi Allah. Segala perintahNya cuba dilaksanakan sebaikĀ  mungkin. Segala laranganNya dihindari tanpa menoleh ke arah itu sedikitpun.

Rasa takut dan taat mereka kepada Allah mengatasi keinginan di hati dan jiwa mereka. Bagi mereka, apa yang Allah suka dan redha, itu juga keredhaan dan keinginan mereka.

 

Ujian yang dilalui…

Kadang-kadang besar, kadang-kadang kecil. Kadang- kadang mencabar, kadang-kadang sukar. Kadang-kadang menimbulkan kemarahan, kadang-kadang menduka citakan.

Hakikatnya, walau apa sekalipun yang datang untuk mereka tempuhi, itu semua dalam kehendak dan peraturan Allah. Tidak sedikitpun terdetik untuk mencari dan pergi ke arahnya.

Mereka perlu menempuhi dengan jayanya setiap ujian tersebut. Ya, sesungguhnya apa yang tempuhi itu dinamakan UJIAN, bukannya PENAMAT atau PENGHABISAN. Apabila dikatakan ujian, suatu ketika kelak pasti akan ditemui penamatnya. Ada penghujung pada setiap ujian yang menimpa.

Hanya, perlu sentiasa sabar, istiqamah meneruskan dakwah yang dilakukan dan tawajuh sentiasa pada Allah. Jika tidak ada tiga ciri penting ini, nescaya ujian-ujian ini tidak akan mampu ditempuhi. Lebih malang lagi,

Mereka tersungkur dan tidak mahu meneruskan usaha dakwah Ilahi.

 

Setiap ujian yang dihadapi itu juga sebenarnya ingin mengangkat darjat mereka di sisi Allah. Sehingga mereka mempunyai darjat yang lebih baik, demi hidup di dunia ini atau pun akhirat sana.

 

Kesan dakwah kepada diriku….

Daku sentiasa muhasabah. Berfikir akan perubahan diriku dan ummat ini pada kini dan lalu.

Muhasabah itu menemuiku pada kesyukuran dan terima kasih yang sentiasa kepada Allah s.w.t. Benarlah, tiada Rabb yang lebih mulia, baik dan mengetahui selain daripadaNya. Dialah yang Maha Kuasa, tetapi tidak pernah menzalimi hambaNya.

Allah mengubah makhlukNya yang hina, daif, lumpur dan kotor ini kepada bersih dan wangi. Dia menyucikan keburukanku dengan kebaikan para amalan solehin dan Nabiyyin.

Dakwah telah mengubah manusia yang penuh mazmumah kepada mahmudah. Dakwah mengubah jasad dan hati yang berdosa dan amarah, kepada jasad dan hati maghfirah dan mutmainnah.

Dakwah itu tidak datang sendiri, melainkan Allah yang berkehendak untukku melakukannya. Di kala lemah dan tidak mampu berdiri, Dia memberi kekuatan dan semangat untuk terus melakukan.

Tiada rugi menjadi pekerja Allah. Allah, majikan atau tuan yang paling pemurah, mengasihi dan sentiasa bertanggungjawab akan para pekerjaNya.

 

Diriku sentiasa menyatakan harapan,

Sekalian teman taulan, sahabat handai, atau mengenali diriku ini,

Menyedari akan kepentingan akan tugasku menyambung kerja dakwah para Nabi. Mereka bersama, membantu dan menghulurkan dorongan ketika daku berkeseorangan melakukan tugas ini. Bukannya tidak daku ajak untuk bersama, ajakan itu sentiasa dilakukan, namun pilihan tetap di tanganNya. Moga Allah pilih kalian dan sama-sama kita menempuhi perjuangan yang sama.

Moga bersama kita berusaha demi agamaNya. Moga terbina yakin dan iman yang utuh dan teguh, beramal dengan Laila ha Ilal lah Muhammad ar Rasulullah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: