Perancangan…. perlukan hasil, tuan!

Telah berlalu beberapa hari pada bulan Syawal ini. Telah pergi Ramadhan yang dirindui.

Wajah dunia berubah lagi. Wajah masyarakat juga berubah kini.

Kesibukan urusan duniawi silih berganti. Hanya orang yang tidak lalai dan leka, masih beroleh manfaat daripada Ramadhan yang telah pergi.

Alhamdulillah, tahun ini agak meriah di kampungku beraya. Ramai orang yang berkunjung ke rumah dan ramai juga orang yang daku ziarahi mereka.

Namun, daku tak boleh lama berada di suatu kawasan. Ada waktu dan ketika. Jika tidak, banyak kerja tak jadi dan rasa lain macam akan menyelubungi diri.

Setelah beberapa hari beraya di kampung, daku pulang kembali ke universiti untuk laksanakan pelbagai tanggungjawab di sini. Walau sunyi sebab ramai pelajar bercuti, alhamdulillah daku dapat teruskan menulis dan buat kerja di sini.

—————————————–

 

Sungguhpun keadaan hari ini makin pancaroba,

Usaha dan perancanganku perlu terus bergerak dan mencapai misi. Tidak boleh tertangguh atau hanya permainan teori lagi.

Detik demi detik, jam demi jam, hari demi hari terus berlalu. Pergerakan ini tidak pernah menunggu bersedia atau tidak pada diri seseorang itu. Hhmmm…. sekiranya daku dapat putar kembali masa yang lalu, pasti akanku lakukan secepat mungkin. Tak akan bertangguh lagi, dan tidak akan merugikan lagi masa yang diberi peluang kali kedua ini.

Tetapi, mustahil hal ini akan terjadi. Disebabkan mustahil, hari-hari daku mengira masaku yang masih ada untuk digunakan. Tidak banyak ruang untukku mencari titik rehat dan minum kopi. Sentiasa perlu berusaha dan berkerja. ada orang yang perlu bertemu dan berurusan.

Kelapangan itu, hanya diisi dengan tidur. Huuhh…..  ketika ini memang terasa tidur itu nikmat yang paling menyeronokkan. Tetapi, bila bangun hidup perlu diteruskan. Jadi, tidur hanya melepaskan lelah dan penat, bukan untuk berehat dan pergi bermain di padang permainan.

 

Misi dan perancangan.

Alhamdulillah, ketika ini draf awal buku telah berjaya disiapkan.

Dalam buku ini, daku mengulas tentang aspek makanan dan sunnah. Tujuannya, agar manusia sedar makanan mempunyai banyak kepentingannya dalam kehidupan. Bukan sekadar untuk penuhi nafsu perut atau kerana lapar atau kerana menjaga kesihatan. Lebih daripada itu. Selain itu, aspek ini dikarang untuk menarik perhatian masyarakat betapa besar peranan dan fungsi sunnah dalam kehidupan, khusus pada aspek makanan. Apabila menuruti sunnah dalam pengendalian makanan, nescaya banyak kelebihan diperoleh. Tidak kira pada diri sendiri, jasmani, rohani, atau hubungan dengan Allah s.w.t.

Buku ini ditulis secara simple. Dinyatakan fakta sains dan ulasan, serta cuba diterbitkan dalam saiz yang lebih kecil. Insya-Allah, akan diselitkan beberapa gambar sebagai penghias dan tarikan pada topik yang dibicarakan.

 

Seterusnya, misi akan penyampaian pada masyarakat.

Sehingga kini, misi tersebut terus bergerak, tetapi terlalu perlahan. Terdapat beberapa kekangan, terutamanya kepada diriku sendiri. Tidak beri sepenuh tumpuan pada perancangan yang dijalankan.

Ada aspek ada rakan di sekelilingku. Namun, semuanya tetap bergantung pada daya tumpuan dan pergerakanku. Banyak tumpuan dan bergerak, insyaAllah hasilnya akan menjadi lebih baik.

Bajetku yang terkini,

Dalam bulan Ogos ini, mesti kena ada program telah dijalankan. Perlu buat pendaftaran, kad pengenalan diri, bertemu pihak yang terlibat dan lain-lain lagi. Meeting perlu ada hasil dan feedback dari peserta perlu dicari gali.

Daku sangat berharap usaha ini dapat berjalan secara berterusan. Paling kurang, ada orang yang akan ambil ikhtibar dan sedar, walaupun hanya seorang yang melakukan.

 

Jika tidak jalankan misi…

Sebenarnya, apabila daku tidak menjalankan misi ini sempurna dan berterusan,

Ada benda lain yang mempengaruhi hidupku dan buatkan ia jadi bercelaru.

 

Sebelum projek ini difikir dan dirancangkan, daku ada beberapa agenda pada lewat tahun ini.

Tetapi, sejak daku running projek ini, agenda yang dirancangkan sebelum ini, dirasakan agak terganggu. Bagai tak nampak jalan untuk diusahakan dan mencapai kejayaan.

 

Usaha buku dan penyampaian itu bagai telah disusun oleh Ilahi. Apabila berjaya dan teratur usaha ini, baru boleh libat dan lakukan usaha yang lain.

Jika tidak, jangan harap boleh buat dengan baik usaha yang dirancangkan dulu.

 

Jadi, nak tak nak, daku tetap kena buat sampai berjaya. Alhamdulillah, kini telah mencapai empat orang rakan. Cuma, kefahaman atas projek ini masih tidak berjaya disampaikan. Insya-Allah, apabila telah running kepada masyarakat nanti, satu persatu kefahaman pada peranan dan manfaat projek ini akan difahami oleh rakan dan sahabat yang lain.

 

Takziah.. banyak peristiwa telah berlaku. Banyak perkara mengundang duka dan cerita.

Janganlah terlalu difikirkan dan mengundang mata untuk memerhatikan. Biarlah hati yang sentiasa mendoakan, kerana doa itu tiada hijab untuk dibataskan.

Teruskan usaha di atas muka bumi ini, kerana di sini sahaja tempat beramal dan bercucuk tanam, untuk kebaikan di sana nanti.

Untuk bertemu dan mendapat terbaik di sana, semuanya bermula di sini. Tiada penghujung hidup mukmin, kerana dunia ini memang bukan tempat tinggalnya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: