Tumpuan yang kecundang

Hari ini dunia makin mengelirukan. Ketepikan dulu aspek peperangan, masuk ke dalam aspek kehidupan ummat Islam.
Sungguh janggal dan pelik sekali. Orang Islam kini jauh daripada amalan dan kehidupan terbaik yang dibina orang para salafus solehin.


Ramai yang berbangga dengan ilmu dan pengalaman yang ada. Namun, amalan dan tingkah laku tidak membayangkan sepertimana ilmu yang dimiliki mereka. Ramai juga yang suka menghulurkan sumbangan dan bantuan, tetapi apabila datang orang perseorangan memohon bantuan, pula diketepikan.
Mengapa boleh bertindak baik dengan objek tidak hidup, tetapi dengan manusia tidak berbuat baik pula? Bukankah dengan manusia lebih afdal dijalinkan hubungan, bukan hanya masuk tabung atau bank tanpa diketahui tangan mana yang melakukan penerimaan.
Inilah keadaan ummat hari ini. Ingin melakukan kebaikan, tetapi atas daya nafsu dan pemikiran sendiri, tak pernah cuba memahami dan meneladani tuntutan Allah dan hadith nabi.
Mengapa berasa cukup dengan sikit amalan untuk akhirat yang selama-lamanya, tetapi sentiasa rasa tamak dan tidak cukup untuk perihal dunia yang sempit dan akan beakhir bila-bila masa?
************************
Kepincangan keadaan
Hhmmm…. setelah agak lama berbicara di sini berkenaan pelbagai perancangan yang ‘terpaksa dan memaksa’ daku lakukan, hakikatnya telah memesongkan tumpuan pada satu perkara.
Apa perkara tersebut? Itulah berkenaan pelajaran yang sedang daku lalui ini.

Kesibukan memberi masa, tenaga, daya fikir dan tumpuan kepada aspek perancangan telah mengganggu dan memesongkan tumpuanku pada pelajaran. Kesannya, daku sukar mencapai mood yang terbaik untuk berfikir dan memberi tumpuan pada pelajaran.
Walaupun telah selesai pada draft pertama, hakikatnya masih belum berakhir episod study di sini. Masih ada cabaran dan liku-liku yang sedang menanti. Jika tersalah langkah, buruk padahnya nanti.
Daku sedar akan masalah yang bakal menimpa jika tidak membuat persediaan yang rapi. Daku cuba berusaha merangkul semangat dan tekad, tetapi masih tidak tercapai kini.
Buka buku membuat rujukan lanjut, hilang akal mencari maksud dan pedoman. Sedangkan ketika itu masa ada dan tiada apa-apa yang mustahak untuk dilakukan. Tetapi tangan dan minda ini gagal menyalurkan maklumat yang tepat untuk merencana rekod hasil rujukan mata pelajaran.
Akhirnya, buku tertutup atau mata dipejamkan. Habis masa dengan perkara yang tidak selayaknya dilakukan.

Inilah keadaan yang berlaku. Hilang semangat dan inspirasi untuk melakukan rujukan lanjut pada pelajaranku yang masih berlangsung ini.

Apa yang nak dibuat?
Daku sedar akan masalah yang kini dihadapi. Tetapi jalan penyelesaiannya masih gagal untuk perolehnya pada waktu kini.
Mungkin daku perlu teman untuk berkongsi maklumat pelajaranku. Setidak-tidaknya, dia akan berikan dorongan dan kata peransang untuk sentiasa terus berusaha pada pelajaranku di sini.
Jika tidak orang yang tengok-tengokkan keadaanku, pasti daku terus hanyut hilang tumpuan dan konsentrasi. Daku manusia biasa, akal berfikir ada limitednya. Bukan semua boleh usaha dalam satu masa tanpa memerlukan sokongan atau dorongan sesiapa.

Doakanlah!
Daku harapkan,
Doakan supaya beroleh semangat dan inspirasi pada pelajaranku. Bimbang sebab ini medan dan sebab daku berada di sini. Jika tidak, pasti berada di medan atau tempat yang lain.
Doakan sentiasa. Kerana doa itu sentiasa didengari dan dirasai, terkandung seribu satu kekuatan yang luar biasa, bukan manusia yang mampu melakukannya.
Memohon pada Allah bagai tekan butang TV. Butang itu sampai satelit pemancar, menuju pada TV. Tanpa satelit, TV tidak akan berfungsi, dan butang itu kosong tanpa peranan apa-apa.

 

Tersentuh… kerdilnya diri ini tak mampu memberi…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: