Berharaplah pada Allah!

 

Dua tiga hari yang lepas, daku pulang ke kampung halaman. Sejak ayah jatuh sakit, pada hujung minggu kebiasaannya daku akan pulang ke kampung.

Mungkin daku tidak banyak membantu apa-apa, tetapi kepulangan untuk bersapa dan beramah mesra dengan ayah, kenyataannya telah banyak memberi semangat untuk ayah dalam kepayahan.

Alhamdulillah, kini ayah makin sihat. Sudah mula boleh bergerak dan cuba berjalan. Cuma, tubuh ayah makin kurus sebab kurang makan.

Moga Allah memberi banyak kebaikan dan kesihatan pada ayahku. Moga Allah menempatkan kedua ibu bapaku di syurga yang tertinggi di sana.

Amin.

******************
Hari ini daku tidak pasti nak tulis tentang apa. Tetapi memandangkan daku tidak menulis semalam (sibuk hal lain-lalai :i ), jadi hari ini daku paksa menulis di sini, keranaNya.

Baik. Mungkin apa yang bermain di fikiran boleh ditulis di sini.
Keinginan dan pemikiran
Alkisah, setiap manusia di atas muka bumi ini pasti ada fikiran dan keinginan masing-masing. Kenyataannya, keinginan dan pemikiran setiap manusia itu tidak sama malah semakin maju atau perbezaan suasana, maka pemikiran dan keinginan juga berkembang dan berbeza.
Namun, hakikatnya, pada kedudukan manusia di sisi Allah, manusia ini pemikiran dan keinginannya adalah sama. Hanya pada perbezaan kelompok tertentu, maka gaya pemikirannya berbeza.

Misalnya, kelompok pemerintah maka fikirnya untuk memerintah, rakyat, dan lain-lain. Kelompok ulama’ ialah pada hukum hakam dan maslahat ummat dalam fiqh kehidupan. Kelompok tarekah tumpuan pada zikir dan Allah pada hati, kelopok ahli dunia pada kemajuan dunia dan perkembangannya (sains, media dan teknologi).

Kelompok yang terbaik ialah meletakkan Allah dan RAsul di hadapan, dalam setiap tindakannya. Tanpa keredhaan Allah atau menuruti sunnah baginda s.a.w, maka mereka tidak akan melakukan ia.

Kelompok ini kebiasaannya pada Nabi dan RAsul, kerana mereka ialah contoh, model dan teladan pada setiap ummah dan zaman.
Begitulah juga pada diriku ini. Ada keinginan sendiri dan pemikiran terhadap sesuatu perkara. Namun, sementelah daku berusaha melakukan kerja, fikir, risau dan usaha sepertimana usaha pada Nabi, maka tumpuan keinginan dan pemikiran kena sentiasa menuju pada pemikiran dan keinginan untuk ALlah dan RAsul.

Kadang-kadang berkeinginan pada kemewahan, tetapi adakah kemewahan itu diperkenan Allah dan disukai Rasulullah. Kadang-kadang ingin bercanda atau berehlah, adakah dalam pandangan redha Allah dan RAsulNya.

Melihat pada hal tersebut, sering kali daku kena sentiasa berusaha untuk memenuhi kehendak ALlah dan RAsul di hadapan. Walaupun pada hal keduniaan, seperti ingin motor, kereta, makanan dan lain-lain.

Kena sentiasa meminta dan mengharap keizinan daripadaNYa. Berusaha sekadar ada, tidak sampai pulun nak cari sini sana.
Tiada sesuautu pun luar dari tanggungan dan keizinan Allah. Maka Allah sentiasa perlu di hadapan, dan jalan Nabi s.a.w sebagai ikutan.

Moga Allah berikanku taufik untuk melakukan.
Yang penting ialah berkat, bukan kuantiti (banyak) mahupun kualiti (first hand)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: