Tak boleh! Kena buat juga!

 

Semua orang hari ini dalam keadaan kemudaratan dan penderitaan. Bukan hanya di negara tertentu atau kawasan tertentu.

Hakikat ini ramai yang tidak tahu dan ambil tahu. Sedangkan perkara ini yang sentiasa berlaku.Manusia nampak penderitaan itu hanya terdapat dalam kesusahan, keperitan, peperangan atau musibah. Hakikatnya kemudaratan juga turut berlaku pada keadaan yang berbeza.

Senang juga ada mudarat. Kaya juga ada mudarat. Sihat juga ada mudarat. Mewah juga ada mudarat. Hidup pun ada mudarat.

Mengapa dalam kemudahan dan kesenangan itu ada mudarat? Kerana kehidupan sebenar bukannya di dunia ini. Tetapi di akhirat sana.

Jadi, tempat sekalian manusia dan jin akan berterusan di akhirat. Sekiranya di sana tiada amalan kebajikan, keimanan pada Allah, dan memabawa pelbagai bekalan, nescaya hidup di sana lagi payah dan susah. Bukannya untuk sehari dua atau setahun dua,

Selama-lamanya! Tak akan berakhir sampai bila-bila jika tiada kehendakNYa!

 

Sekarang, kita lihat. Mana orang yang lebih menderita? Dalam senang atau susah? Berapa ramai yang ingat Alah dan mengamalkan agamaNya, ketika senang atau susah? Berapa ramai yang sedar diri sebagai makhluk Allah, dalam senang atau susah? Berapa ramai yang ingat nak kena jaga ibadah, dalam senang atau susah?

Ya.Ramai yang akan ingat semua ini ketika susah. Bukannya ramai yang nak buat ketika senang. Biarpun realiti sedang menderita di dunia ini, tetapi di akhirat sana tiada masalah, seperti mana orang yang senang dan tak ingat Dia di dunia ini.

Fikirkanlah panjang melepasi rangka masa sehingga ke alam sana. Jika tidak, ramai orang tak pernah rasa bersyukur dan tahu membantu sesama manusia.

 

*************

Pengimbasan telah berlaku. Realiti hidupku bukan terletak pada tanganku.

Ya. Allah yang mengawal dan berkehendak padaku. Daku tiada kemampuan. Hanya boleh merancang dan cuba melakukan.

Hakikatnya, Allah yang memberi keizinan. Jika tidak, tiada apa yang akan berlaku seperti dalam perancangan.

 

Ada banyak perkara yang perlu daku lakukan. Sama ada urusan diri sendiri, keluarga, masyarakat, masa kini dan masa depan. Semua perkara tersebut perlu daku ambil komitmen dan rasa tanggungjawab untuk melakukan. Jika tidak, pasti ada sesuatu yang tidak kena akan berlaku kepadaku.

 

Setelah hampir lebih dua bulan daku tinggalkan sekejap untuk fikirkan kepada ehwal lain selain pelajaran, terdetik hati ini untuk kembali berusaha dan fokus pada pelajaran. Kembali disemak setiap helaian buku, tesis dan rujukan, bagi meraih minda berfikir ke arah perkara tersebut.

Tetapi, keadaan yang berlaku sebaliknya. Tumpuan itu tidak dapat 100% diberikan pada pelajaranku. Pasti ada yang mengganggu dan merosakkan agendaku. Walaupun ada usaha ke arah tersebut, tetapi kesannya masih di awangan.

Ada sesuatu dalam kehendak Allah kepadaku di sebalik memberi tumpuan kepada pelajaran. Ada sesuatu yang Dia ingin daku lakukan. Dan, Dia memang berkehendak daku untuk melaksanakan.

 

Muhasabah. Apa yang terjadi dan apa yang perlu dilakukan kini.

Hati ini kuat merasakan Allah ingin daku jayakan juga projek penyampaian itu kepada ummat (masyarakat). Tak boleh ditangguh dan diperkecilkan perkara ini.

Ada target masa yang diberikan. Bukan buat ‘ikut dan’. Jika daku masih main-main dan buat ambil tahu lebih kurang,

Perkara lain yang daku rancang tak akan dapat dilakukan. Hatta pada pelajaranku ini, tak boleh selesai jika tak sempurnakan dan gerakkan bersungguh-sungguh projek ini. Lebih teruk, usahaku ingin keluar jalan Allah akan terbantut. Apa kesannya kalau daku tak keluar pada masa yang ditetapkan? Huh… tak boleh cakap. Macam-macam musibah akan berlaku dan daku banyak pengalaman akan perkara musibah ini (nampak ura-ura seperti nak berlaku perkara tersebut jika masih ambil sikap tak bersungguh-sungguh terhadap perkara ini).

Oleh itu, memang betul-betul nak kena buat perkara. Perkara ini tetap nak kena diteruskan! Kalau tidak, habislah…..

Habislah!!! L L

 

Allah berkehendak untuk projek ini berjalan. Hanya ini kehendakNya. Dia ingin setiap buah perkataan, input dan perkara yang bermanfaat ini sampai kepada ummat. Sampaikan dengan kaedah yang terbaik dan amalan yang terbaik. Bukannya kehendak Dia pada kesan dan impak apabila telah disampaikan.  Bab kesan atau apa yang berlaku selepas itu, bukan atas tanggungjawabku lagi.

 

Sungguh. Projek yang daku ingin lakukan ini cukup besar manfaatnya kepada diriku sendiri, keluarga dan ummat sekaliannya. Banyak orang dan pihak boleh ambil manfaat daripada usaha yang daku lakukan.

 

Baiklah… jika begitu kehendakNya, insya-Allah minggu depan daku akan jayakan juga misi ini. Misi ini akan disampaikan kepada pihak-pihak yang berkaitan.

Walaupun tidak ada orang yang bersemangat untuk bersamaku menjayakan projek ini, daku tetap akan usahakan. Allah telah cukup bagiku. Allah tempat daku memohon dan mengharap segala sesuatu.

­­

 

­­

wahh…. ada yang baru. Alhamdulillah.. Moga menjadi anak yang solehah , penyeri keluarga dan ummah.

Semoga cepat sihat dan sembuh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: