Muhasabah pekerja Allah

Sebaik-baik manusia pun, ada yang tidak ada nafsu, kan?

Semua orang ada nafsu, yang bezanya bagaimana dia berusaha mengawalnya, atau dia pula menjadi hamba kepada nafsunya. Itu sahaja.

Jika mampu mengawal nafsu, maka dia akan menjadi kuat dan cekal. Tetapi orang yang tidak mampu mengawal nafsunya, dia menjadi orang yang lemah dan sentiasa mengharap kepada orang lain.

Kerana itu penting mengawal nafsu ini. Pelbagai manfaat dan kelebihan akan diperoleh. Bukan sahaja untuk kebaikan dan kelangsungan hidup di dunia ini, tetapi turut untuk urusan akhirat nanti.

 

Walaupun begitu, hakikatnya ramai yang tidak mampu mengawal nafsu daripada dapat mengawalnya. Mengapa? Kerana nak kawal nafsu, seseorang itu perlu kenal nilai iman dan amal yang menuju kepada taqwa.

Jika tidak, walaupun berusaha untuk mengawal nafsu ini, tetapi hakikatnya tidak akan ke mana. Tetap perangai seperti dulu hanya beza keadaan kawan, makan atau tata cara hidup. Bab akhlak dan perangai, tetap masih tidak mampu berubah.

Lebih teruk lagi, mungkin ada yang tersalah langkah dan tersesat, hanya kerana cuba berusaha mengawal hawa nafsunya.

 

Jadi, nak kawal nafsu, kena kenal Allah, iaitu yang menciptakan nafsu kepada setiap makhluk, yang dalam kehendakNya. Kena banyak tumpuan, doa dan berusaha ke arah apa-apa yang Allah perintah, dan hindarkan diri daripada apa-apa yang Allah larang.

Ya. Dari segi bunyi, tulis dan cakap macam mudah. Hakikatnya untuk lakukan, amatlah susah dan payah.

Kerana itu Allah nak bagi syurga kepada sesiapa yang sentiasa berusaha bersungguh-sungguh menahan nafsunya semata-mata kerana Allah. Dia akan menunjukkan jalan yang diredhaiNya kepada orang yang berusaha untuk mengawal nafsunya. Lebih tinggi lagi, Allah akan berikan kedudukan dan kemuliaan kepada mereka yang berusaha mengawal nafsunya.

Wallahua’lam.

 

 

Muhasabah kerja Daie.

Sepanjang tugasku yang berusaha menjadi pekerja Allah atau penyeru agama Allah atau penyampai kebenaran agama Allah, daku sentiasa koreksi diri dan muhasabah betapa pentingnya tugas ini untuk daku lakukan.

Lebih penting daripada memasukkan sesuap nasi ke dalam perut ini.

 

Dulu, daku tidak peduli dan ambil tahu tentang tugas dan peranan sebagai penyampai agama Allah. Daku anggap entah apa-apa atas tugas ini dan tak memandang pun akan perkara yang mereka lakukan. Cuma, daku sentiasa pandang baik kepada ibadah mereka dan sifat yang mereka miliki, walaupun daku tidak sekaki dan sebulu dengan mereka.

Tetapi, apabila Allah telah memilihku untuk melakukan kerja ini, baru daku sedar betapa tinggi, mulia, hebat, mantap, agung, dan terbaik akan kerja yang Allah berikan kepadaku ini. Pelbagai ujian, tohmahan, fitnah, halangan dan cobaan berliku-liku perlu dihadapi atas maksud daku untuk terus berusaha melakukan kerja yang terbaik ini. Bukan sahaja halangan tersebut datang daripada luar, malah banyak juga daripada dalam kalangan kami sendiri.

Sehingga daku hati dan jiwaku -walaupun kadang-kadang daku lemah juga nak lakukan tugas sebagai daie Allah-, daku tetap berdoa dan berharap Allah sentiasa memilih dan wakilkan daku sebagai pekerjaNya.

(YA ALLAH, MAKBULKAN PERMINTAANKU INI, DAN BAGILAH ORANG TERDEKATKU FAHAM DAN SEDAR UNTUK PERANAN ATAS TUGAS DAIEMU. AMIN)

 

 Kelebihan seorang Daie

Sebegitupun, walaupun Daie ini sebenarnya peranan dan tugas seorang lelaki, para wanita pun boleh menjadi pembantu dan berperanan untuk tugas Daie. Malah, tidak syak dan musykil untuk menjelaskan di sini, bahawa wanita turut boleh dan dapat peranan sebagai seorang Daie, seterusnya dipilih akan kerja ini.

Mengapa dikatakan begini?

Hal ini kerana, dalam al-Quran dan kalam Nabi s.a.w, banyak diberi kata dorong untuk lelaki dan wanita untuk saling membantu melakukan amal kebajikan. Perkataan kerja ini (menyeru makruf, mencegah mungkar) juga digolongkan pada ummah, yang merangkumi antara lelaki dan wanita, bukan pengkhususan kepada lelaki sahaja, tidak wanita. Selain itu, tiada kata noktah Nabi s.a.w menjelaskan penyeru agama Allah hanya khusus kepada lelaki, wanita tak payah pandai-pandai nak buat. Malah, Nabi s.a.w sentiasa beri nasihat dan semangat wanita untuk berusaha ke arah mengikut kepada batasan dan kemampuan mereka.

Ya, perlu jelas di sini, iaitu ada batasan dan had. Bukan semborono buat kerja dakwah tak ikut keadaan, masa dan suasana.

 

Tentang kelebihan menjadi Daie Allah

Huh… banyak sangat! Daku ingat sampai tak terkata banyaknya!

Mengapa? Lah… daku daku dah terangkan bahawa kerja ini ialah kerja yang besar, agung dan mulia. Sudah tentu banyak pula ganjaran dan balasan akan diperoleh melalui kerja ini. Tambahan lagi, ujian dan cobaan ini untuk melakukan tugas dan kerja ini pula banyak. Dengan banyaknya ujian dan cabaran, sudah tentu banyak sebenarnya apa yang pemilik, boss dan tuan kepada kerja ini nak bagai kepada para pekerjaNYa.

 

Untuk akhirat saja ke?

Tidak…. ini satu jawapan yang tak kena tempat. Bukankah Allah berkehendak untuk kita berusaha dan tinggal di dunia sebelum menuju akhirat? Jadi, adakah Allah begitu zalim untuk menentukan ganjaran kepada para pekerjaNya hanya di akhirat bukan di dunia? Apakah ganjarna dunia hanya kepada orang tak berkerja denganNYa?

Sudah tentu tidak! Allah s.w.t itu Maha Adil. Dia berikan ganjaran dan kelebihan kepada para pekerjaNya ini, bagi dunia dan akhirat.

Dunia mereka mendapat ganjaran, di akhirat… ya sudah tentu lebih lagi! (Ada tak kerja lain yang bagi dua bonus dalam satu masa, SELAMA-LAMANYA? Ada tak?)

 

Daku tak mahu persoalkan bab ganjaran akhirat. Kerana… ah daku tak mahu cerita di sini kerana ia terlalu tinggi. Nanti  daku jadi ‘high’ atau orang lain jadi pening.

Jadi, bab ganjaran dunia, yang paling best Allah sendiri ambil tanggungjawab atas setiap urusan dan keperluan hidupnya di dunia sampai mati. Allah akan penuhi keperluan dunianya (yang pasti tidak akan melalaikannya daripada mengingati Allah), Allah menjamin rezekinya (makan, minum, tempat tinggal, kenderaan), Allah beri kemudahan untuk keperluan yang dia perlukan di luar batasan rezeki yang telah ditetapkan (beli komputer, laptop, perhiasan itu ini, tanpa perlu banyak fikir tentang persoalan duit, tempat dan ragam manusia lain ketika nak beli).

Semua bab ini jadi mudah. Allah bagi kemudahan seperti mana majikan bagi kemudahan dan keseronokan kepada para pekerjanya. Allah bagi keuntungan dan kelebihan sepertimana seorang majikan beri keuntungan dan kelebihan kepada para pekerjanya.

 

 

-menarik… banyak cerita. Nanti nak kena teliti satu persatu.

 

Kerahmatan dan peliharaan Allah itu lebih baik dan utama daripada semua keadaan.

Tinggalkan komen