Sifat Daie

Hari ini hari yang baik. Hari yang bagus untuk diingati.

Walaupun kini banyak peranan dan tanggungjawab yang dipikul di bahu ini, pada ketika hari atau perkara yang penting luar dari peranan harian, tetap adalah perlu untuk daku menghargai dan mengenangkan ia. Sebagai manusia biasa, ada masanya untuk bercanda, ada masanya untuk serius menyampaikan.

Bagi diriku sendiri, alhamdulillah Allah s.w.t melahirkan atau mengeluarkanku dari perut ibuku di dunia ini, genap pada hari ini. Hari yang bermula noktah hidup di dunia ini, sebelum menyambung lagi hidup di akhirat nanti.

(Hari lahir di dunia telah diketahui, tetapi hari lahir di akhirat tak tahu lagi).

—————————

Kerja Daie ialah kerja yang amat besar. Lingkungan peranan dan tangungjawab terhadap kerja ini amat banyak dan berat untuk dilakukan dalam satu masa yang sama, jika tidak diatur sebaik-baiknya.

Sekiranya terlepas pada suatu waktu, adalah terlalu sukar untuk diberikan akan perkara yang terlepas tersebut pada waktu lain. Misalnya terlepas zikir di pagi hari. Maka, sangat sukar untuk cover balik di waktu yang lain. Hal ini kerana di waktu lain pula ada benda lain yabng ken a dilakukan.

Begitulah rentetan kehidupan pada pekerja Allah. Berdasarkan kenyataan di atas, dapat dipastikan ada suatu titik penting yang sangat bernilai bagi para Daei Allah. Apakah ia?

Benda yang paling bernilai dan  penting tersebut ialah MASA. Ya, MASA terlalu bermakna bagi para pekerja Allah. Setiap detik dan ketika perlu dihitung. Tidak boleh dibiarkan pergi tanpa melakukan sebarang urusan.

Setiap saat dan ketika ada peranan dan tanggungjawab. Bukan sekadar untuk orang lain. Peranan dan tanggungjawab tersebut dibahagikan secara adil dan saksama. Ada perubahan pada pembahagian masa tersebut, tetapi perubahan yang berlaku tersebut adalah perintah dan kehendak Allah s.w.t.

Kini, pembahagian masa tersebut secara ringkasnya begini:

Untitled

Begitulah lebih kurang rutin hari yang terpaksa diuruskan. Memang agak pack. Sebab itulah agak sibuk bila mengambil kerja ini.

Namun, setiap peranan itu, alhamdulillah dapat dilakukan dengan mudah dan semoga dapat beroleh manfaat. Sebab itulah daku pentingkan masa yang ada keberkatan. Bukan kuantiti masa atau kualiti masa. Dengan masa yang ada keberkatan, walaupun nampak minima daripada orang lain, kehidupannya tidak goyah dan sentiasa terurus dengan baik. Malah, menjadi lebih baik daripada orang lain.

Nak dapatkan keberkatan, kenalah berusaha untuk berkerja ke arah ini. Baru sedar nilai masa dan keberkatan yang dimaksudkan. Insya-Allah.

(Kadang-kadang ada juga ujian nak curi masa yang telah Allah bahagikan. Tetapi kena betul tawajuh pada ketika itu. Allah pasti buka jalan apabila datang ujian tersebut. Wallahua’lam.)

 

Sifat Daie.

Begitulah paling kurang akan kelebihan yang Allah tetapkan kepada para DaeiNya. Allah tidak pernah kurangkan fasiliti dan urusan hidupnya di dunia ini, walaupun mereka terpaksa bahagikan dua masa mereka pada setiap hari (satu bahagian untuk urusan diri dan sesama insan, satu bahagian untuk urusan Allah dan agamaNya). Allah sentiasa memberi banyak kemudahan dan kelebihan, kerana mereka ialah contoh dan model kepada orang lain, iaitu ummat akhir zaman ini.

Maka, para pekerja Allah perlu sentiasa bersabar dan bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Kesabaran mereka menghadapi pelbagai ujian, cabaran dan kepentingan agama meninggikan darjat mereka di sisi Allah, seterusnya melahirkan akhlak dan sifat yang mulia.

Sifat daei amat luar biasa. Sifat mereka berbeza dengan manusia biasa. Sifat mereka merangkumi semua keadaan dan pekerjaan manusia.

Mereka mampu menjadi seorang doktor yang merawat pesakit. Mereka mampu menjadi seorang pekerja bawahan yang tekun berkerja untuk majikannya. Mereka mampu menjadi seorang majikan yang bertanggungjawab dan berwibawa. Mereka mampu menjadi komando yang bersedia pada setiap urusan-urusan agama. Mereka mampu menjadi perajurit yang digeruni dengan keberanian dan kesetiaan mereka untuk terus berjuang. Mereka ahli dan sentiasa mengamalkan ajaran-ajaran yang telah sempurna dalam Islam. Mereka mampu menjadi pendidik dan guru kepada orang yang diajar dan dibimbing. Mereka mampu membantu orang yang miskin dan dalam kesusahan.

Mereka boleh jadi macam-macam jenis sifat orang dalam perkerjaan. Tetapi, mereka tak suka jadi spesifik pada manusia dan kerja. Mereka tetap teguh berkata, “Saya ialah pekerja Allah  atau daie Allah s.w.t.”

 

Jelas, Daie atau pekerja Allah ini memang dilahirkan sebagai contoh dan teladan ummat. Jadi, apabila ummat ini mula mempersoalkan apakah perkerjaan mereka di dunia? Mereka ada pelbagai kerja boleh dilakukan atau sedang dilakukan, tetapi bukan itu maksud mereka nak kata kerja mereka. Maksud mereka nak kata, “Saya berkerja dengan Allah. Dan Allah yang berikan duit, wang, ganjaran, kehidupan dan lain-lain selama ini.”

 

Ulama berkata, pada daie Allah seperti tanah yang menyuburkan tanaman, hujan yang memberi air untuk kehidupan, matahari yang menjadi sumber cahaya kepada kehidupan dan lain-lain lagi. Mereka ibarat sebatang pohon yang sentiasa memberi buah dan manfaat kepada yang lain. Mereka dibuang ke dalam lautan menjadi sebuah pulau. Dibuang ke pulau, menjadi pohon. Dibuang ke pohon, menjadi buah. Dibuang ke buah, menjadi enak dan sedap untuk dinikmati.

Wallahua’lam.

 

-iman? Indah namanya

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: