Aurat: undang-undang atau diri sendiri itu penyelesai masalah?

Hari-hari masa dan jarum saat yang bergerak terlalu penting bagiku. Kini ada sahaja program yang nak kena diselia dan buat. Hujung minggu lepas pula agak sibuk dan ada aktiviti luar dari belajar. Pergi ke Kuala Lumpur atas urusan agama Allah.
Hari demi hari memang terasa begitu penting masa yang masih ada. Terlalu banyak perkara yang nak kena diselia, diambil tanggungjawab, dan diperhatikan. Sehingga nak lelap mata pun nak kena tengok time ini sesuai atau tidak sesuai.

Apabila Allah mengambil tanggung jawabku menyebarkan agamaNya, maka peranan dan tugasku makin bertambah. Sebegitupun, Allah s.w.t tahu daku mampu lakukan. Jika tidak, sesuatu perkara yang daku usahakan akan terhalang dan selepas itu tidak dapat lagi diteruskan.
Tiga perkara besar yang dijalankan itu, ternyata Allah sendiri yang menggerakkan. Daku hanya usahakan. Niatku, supaya dapat pahala berterusan, dan ganjaran yang tidak putus-putus di akhirat kelak.

(Selalu rasa rugi. Yalah, hidup di akhirat itu lama dan sampai bila-bila, tetapi tak boleh bekerja lagi, hanya boleh menimba hasil dari perkerjaan di sini. Sekiranya di sini terlalu sikit bekerja untuk agama, maka di sana pasti dan pasti akan rugi. Tetapi kalau di sini kerja betul-betul, bagi masa dan ada pula orang meneruskan walaupun sudah meninggal dunia, barulah hasil terus bertambah dan tak putus-putus ganjaran di sana.)

*************************
Terasa makin ke belakang orang dunia apabila makin kejar dunia. Dah tak macam betul mereka fikir kini. Makin sesat dengan pemikiran dipandu nafsu sendiri. Tak nampak dan kenal mana satu jalan yang terbaik dan benar. Apa yang syaitan kata terus ikut. Apa yang nafsu suka, terus turut.
Tak peduli nanti kesan buruk kembali pada diri sendiri. Banyak kes jenayah hari ini berlaku sebab otak logik tak berfungsi dan wahyu tak pernah baca dan teliti.
(Jika orang Islam tak peduli, lagi lah nak harap orang bukan Islam @ kafir nak peduli akan hal ini.)

Suatu ketika, daku terlihat dua tiga orang bukan Islam melalui masjid. Seperti biasa, mereka pakai apa-apa yang mereka suka. Bukan tahu maksud adab dan syariat, sepertimana ditekankan dalam Islam.
Nak terlondeh atau nak pakai paras mana, tiada apa-apa bagi mereka. Bila ajaran agama sudah sudah sesat dan tidak benar, adakah kebenaran lagi pada setiap perbuatan.
Perbuatan mereka saban hari hanya dipandu oleh keinginan nafsu dan kata-kata syaitan. Bagai tiada pedoman, hidup berlandaskan fesyen dan trend semasa (fesyen/ trend =syaitan punya usaha dan kerja. Mana ada trend makin lama makin labuh ikut agama. Makin hari orang ikut fesyen, ikut orang Barat, yang  semuanya makin singkat.)
Jika keadaan ini tidak dibendung, sikit masa lagi, percayalah. Tak akan ada orang peduli dan pelik bila ada orang tak pakai baju atau tinggal sebenang sahaja berjalan ke sana-sini. Memang kes jenayah tinggi sebab perbuatan macam ini. Tetapi, tiada penyelesaian berjaya ditemui.
Undang-undang diperketat. Polis ramai buat rondaan. Orang makin hidup ketakutan. Macam itu keadaan sekalipun, tiada orang sedar masalah jenayah meningkat itu semuanya sebab pakaian. Mudah sahaja, eja betul-betul: P.A.K.A.I.A.N. PAKAIANLAH PENYEBAB INI JENAYAH SEMUA. Di rumah pakai macam itu, di luar pun pakai macam itu.
Mana tak serigala berusaha atau kucing menerkam ikan-ikannya. Polis dan undang-undang tak akan dapat selesai masalah, sebab masalah bukan datang daripada mereka. Kesalahan itu pada diri sendiri, yang tak pandai pakai baju walau dah belajar tinggi-tinggi.

Apabila hati dah kotor, dosa pahala tak akan dipeduli lagi. Takut pada manusia merajai, takut pada Allah tak pernah ada lagi. Nafsu kata semua suka dan buat, syaitan kata ikut saja tanpa bantah.

Nak harap kat ustaz menegur, apalah yang mampu mereka buat. Mereka hanya ada flatform masjid dan surau nak menyeru pada ummat. Menyeru depan mikrofon tak sama menyeru setiap seorang dari hati ke hati, face to face.

 

Tindakan perlu dilakukan!
Melihat keadaan yang makin mudarat ini (tapi tak seorang pun ada kekuatan nak buat. Mungkin ada yang kritik, tetapi hanya berani dalam laman internet dan facebook, bukan depan manusia yang melakukan kesalahan itu), daku perlu lakukan sesuatu. Sebelum orang bukan Islam mula tak pakai seluar dan baju, baik daku sinarkan cahaya agama, buat mereka rasa malu.
Agama itu tidak datang dalam ketegasan dan undang-undang. Agama tidak datang dalam hukuman. Agama itu tidak datang dalam paksaan.
Agama itu datang dalam kasih sayang dan perpaduan. Agama itu dalam banyak melakukan ibadah dan amal kebaikan. Agama itu memudahkan setiap urusan.
Sinar agama sahaja mampu mencegah perbuatan dosa dan maksiat. Bukan akta itu ini, dan undang-undang manusia sendiri.

Di sini ada banyak persatuan agama. Mengapa tidak digunakan mereka? Jika mereka cinta Allah dan RasulNya, mengapa hanya berani depan mikrofon dan menampal poster dan banner, bukan dengan sendiri bersuara, dari hati ke hati, dengan secara hikmah dan bijaksana moga mereka sendiri berubah dan orang lain sedar mereka perlu berubah?
Daku akan cuba gunakan mereka. ya, usaha ini memerlukan sokongan mereka. Tidak berguna berpersatuan sekadar program dan aktiviti. Iman dan Islam perlu berkesan dan wujud pada penampilan dan hati. Apakah erti suatu aktiviti keagamaan tetapi tidak meningkat Iman dalam diri?
Menyampaikan agama bukannya perlu pada persatuan. Nabi tidak pernah wujudkan persatuan, sehingga menjadi kekangan untuk menyampaikan agama perlukan persatuan atau pertubuhan tertentu.
Agama disampaikan oleh dan kepada setiap manusia. Bergelumang dalam ummat yang tiada pedoman, membawa ke jalan yang benar.

Sebelum dari setahun demi setahun, manusia mula ikut telunjuk syaitan suruh supaya jangan peduli dengan pakaian, baik perlu dilakukan sesuatu. Jika tidak, makin banyak maksiat dalam kawasan ini, makin banyak musibah akan menanti dan makin lemah orang mengusahakan agama Allah di sini.
-Tidak pernah lupa penyebab keluar Adam dan Hawa sebab tiada pakaian mereka di syurga. Tidak akan dilupa orang yang tak pakai baju seperti mana tuntutan agama, tidak akan bau syurga, apatah lagi berupaya masuk syurga.
Lagi tak dilupa, ramai orang tak berbaju akan masuk neraka. Ramai yang diseksa dengan keadaan tak berbaju mereka…

 

Kegelapan dosa hanya berjaya dihapuskan dengan sinaran agama
Sepertimana sinaran yang dibawa sang Nabi Allah, ketika ummat gelap
Dalam dosa-dosa mereka.

Jahiliyyah telah kembali. Tiada penyelesaian terbaik pada kejahilan ini,
Melainkan siapa yang buat dakwah dan ikut cara Nabi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: