Coretan minda yang busy

Bismillahirrahmanirrahim

 

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

 

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memberikan kebaikan dan kemampuan untuk menulis pada waktu pagi ini. Kemungkinan keberkatan hari ini, maka Allah memudahkan untuk terus menulis di sini.

Hari ini daku tidak berniat nak menulis bagai artikel. Hanya mungkin sebagai coretan harian atau cerita diri sendiri.

Pada hari ini, pada masa sekarang, memang benar-benar dalam keadaan yang sangat sibuk. Sepanjang waktu ada pelbagai urusan dan tugasan yang perlu disiapkan. Khususnya demi agama Allah s.w.t.

Tiada dalam agendaku demi nak tegakkan urusan duniawi. Hatta akan tiga projek besar yang dinyatakan itu.

Belajar untuk agama, menguruskan team untuk menyampaikan kajian atau berkaitan juga demi agama, dan menulis pun demi agama Allah.

 

Semua demi agama Allah. Hari-hari daku sibuk menguruskan agenda demi Allah dan RasulNya.

 

Permulaan segalanya

Daku sedar, semua agenda ini bukan bermula dengan tiba-tiba. Malah ini semua kehendak dan takdir Allah.

Setelah dia memilihku untuk menjalankan usaha dakwah, dengan susah payah, pengorbanan, pelbagai ujian, sama ada pada masa, diri atau harta,

Akhirnya daku diberi task besar ini. Ya, ini juga bukan pengakhiran kerana pengakhiran satu pengorbanan atau tugasan hanya berlaku apabila seseorang itu tiada lagi di atas muka bumi.

Untuk kali ini, tugas ini yang perlu dilakukan. Next, masih tidak diketahui keadaannya lagi.

 

Jadi, tugas dakwah yang sentiasa diusahakan tidak boleh diambil tak kisah. Malah kena lebih lagi. Sebab, dalam tugas dakwah daku dapat tugas besar ini. Jika tak mula dengan dakwah, tak akan Allah sibukkan daku dengan agama yang dimuliakanNya.

 

Orang kata, benda yang telah biasa dan asas perlu kuat, barulah akan kukuh kedudukan. Jika yang telah biasa atau asas tidak kukuh, nescaya mudah jatuh atau punah bila kedudukan dah berbeza kelak.

Disebabkan itulah, dakwah seperti biasa perlu diteruskan walau apa-apa pun yang datang. Malah perlu rasa penting dan lebih bernilai lagi. Kerana inilah kesukaan Allah dan tugas para Rasul. Ada ulama’ yang memberi panduan bagaimana dan setakat mana perlu diusahakan.

Bukan main-main boleh buat usaha ini. Bukan ikut ‘dan’ sahaja. Ada tertib dan peruntukannya. Agar balance untuk urusan dunia dan akhirat dalam tangan manusia.

 

Kepenatan terasa

Apabila banyak tugas yang semua nak kena selia ini, memang rasa terlalu sibuk, penat dan sebagainya. Nak harap dekat orang lain memang tak jadi kerja. Maka daku lah nak kena bersungguh-sungguh dan selia ini semua.

 

Hanya solat hajat dan doa memohon kekuatan dan bantuan yang daku mampu lakukan. Dialah sahaja tempat harapan dan pertolongan ketika senang atau kesusahan.

Dan Allah lah yang banyak menolongku mengusahakan ketiga-tiga perkara ini. Dialah yang membantu dan memanduku untuk menyelesaikan setiap perkara yang terdapat dalam tiga perkara ini.

 

Semasa keluar jalan Allah, daku terasa yang Allah ingin daku berehat dan beroleh ketenangan. Memang dirasakan begitu. Di situ daku boleh merehatkan minda, dakwah dalam keadaan santai dan mampu tidur dalam keadaan aman.

Masa yang bertambah ketika keluar jalan Allah, bagai rehat yang diperlukan kerana banyak tugas yang Dia takdirkan. Jika tidak keluar, nescaya kerja tak jadi, masalah tak selesai, sakit pula akan datang.

 

Satu kawanku yang alim, dia berpesan (lebih kurang),

Kesusahan yang ditanggung kamu hari ini (kerana agama Allah), sebenarnya jalan untuk dekat kepadaNya. Makin banyak kesusahan yang menimpa, lagi banyak Allah mendekatkan hambaNya kepada kepadaNya.

(Sungguh), kesenangan, kebahagiaan, dan ketenangan (untuk kamu dan saya) hanyalah di akhirat kelak.

 

Insya-Allah. Kata-kata ini cukup untuk memberikan daku kekuatan untuk meneruskan tugas ini. Moga Allah sentiasa membantu dalam pelbagai urusanku di dunia ini.

Demi kebaikan di akhirat nanti.  

 

(Rasa, kalau tak keluar jalan Allah, tak berada di jalan Allah, rasanya boleh ‘shot’ sistem minda nak tanggung beban kerja ini. Memang waktu keluar dan berada di jalanNYa, itulah yang menyebabkan daku rasa refresh kembali.)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: