Masa itu… memerlukan lagi pengorbanan…

Daku teringat lagi.
Dulu, daku ada selia satu kelas. Kelas bimbingan untuk al-Quran. Sekadar kecil-kecilan. Lagipun, daku tak pandai nak selia dalam kuantiti yang besar dalam jangka masa yang lama, setiap masa. Sebab pening tengok macam-macam perangai manusia.


Kaedah pengajaran dan bimbinganku berbeza. Daku tak ajar pakai silibus. Susah. Nak kena semak buku dan ingat fakta. Jadi, daku mengajar

menggunakan kaedah ilham. Maksudnya, tiada silibus yang berbeza-beza, cuma rasa (zouk) dan pemikiran yang dibawa pada sepanjang kelas berbeza.
Jadi, penguasaan kelasku tidak pada kecerdikan dan kepandaian zahiriah. Tetapi, kepada penghayatan kerohanian dan nilai keagamaan, khusus pada terkandung dalam intisari al-Quran.

Begitulah lebih kurang. Bagiku, kaedah ini sngat sesuai. Yang penting, hati kena betul tumpuan kepada Allah, dan niat kena ikhlash mengajar dan membimbing kerana Allah.
Baru diri sendiri mengajar terasa kesan pengajaran dan berubah, turut kepada anak buah yang mendengar untuk menjadi berubah.
Ini hanya setitik lautan hikmah ikhlash. Antara hikmah paling besar, orang ikhlash tidak berminat dengan harga duniawi dan mencari semata-mata ukhrawi. Pemikiran, hati dan anggota untuk Allah dan RasulNya. Dari setapak pergerakan, Allah sendiri memandunya untuk melaksanakan perubahan.

Maka, orang ikhlash itu tujuannya kerana Allah. Tidak bermaksud untuk dirinya sendiri, tiada untuk kepentingan peribadi.
Malah, keikhlashan pun bukan dia boleh tentukan. Allah sendiri yang menentukan keadaan dan penerimaan, ikhlash atau tidak dia yang melakukan.

Disebabkan perkara ini, sahabat r.anhum yang betul-betul mencintai dan melakukan kerana Allah dan RasulNya, risau dan bimbang sekiranya amalan yang mereka tidak diterima oleh Allah, hatta mereka benar-benar melakukan kerana Allah.

Moga Allah berikan taufik untuk faham dan amalkan.

 

Maka, dalam salah satu kelas tersebut, terdapat satu kelas yang daku selia. Kelas ini agak jauh. Tetapi, kerana rasa pentingnya nak sampaikan dan komitmen yang masih ada dan mampu berikan, maka daku tetap pergi ke sana untuk kelas tersebut.
Minggu demi minggu, bulan demi bulan. Aktiviti dan kekangan masa menjadi batasan untuk daku istiqamah membimbing kelas itu. Rasa berat mula datang, hati makin sukar untuk tetap hadir seperti dulu lagi.
Daku berdoa pada Allah. Apakah rasa ini… apa yang perlu dilakukan…

Akhirnya, daku bermesyuarat dengan pelajar kelas itu untuk capai keputusan. Akhirnya, dari dua kelas menjadi satu. Satu kelas yang tetap masa tidak berubah setiap minggu.
Alhamdulillah, berkat mesyuarat dan keinginan masing-masing belajar bersama-sama, kelas itu kekal satu minggu sekali sehingga ke hari ini. Mereka makin dapat belaajr dengan baik, walaupun masa tidak lagi sama seperti dulu.

Hari ini, daku mengimbau kembali peristiwa yang lalu. Seperti peristiwa dulu perlu dimainkan lagi sekali. Tetapi bukan lagi di kelas al-Quran. Ia berlaku di sini.
Masaku yang berubah itu menuntut untukku berkorban lagi. Daku hanya manusia biasa, yang cuba berusaha melakukan sesuatu kerana Allah s.w.t. Daku berusaha sedaya upaya, agar Allah suka dan inilah kehendakNYa.
Begitu juga apabila daku menulis di sini, kini. Niat dan kehendak (walaupun tidak sempurna) ingin kerana Allah suka, dan menyampaikan agamaNya. Namun, sebagai manusia biasa, masa itu bukan milikku yang boleh dikurang atau ditambah, berjalan laju atau diberhentikan. Daku hanya boleh merancang pada masa yang ada, tetapi Allah tetap menentukan segala-galaNya.

Komitmen atas perkara agama Allah bertambah. Komitmen pada pelajaran dan lain-lain masih ada juga perlu perhatian.
Maka, hendak atau tidak, daku terpaksa mencapai satu keputusan. Keputusan yang diusahakan, agar landasan penulisan tetap diteruskan, cuma wujud perbezaan.

Jika dulu daku boleh usahakan dua kali seminggu, kini hanya boleh sekali. Itu pun pada hujung minggu.

Pada waktu itu, rasa ketenangan untuk menulis tercapai di jiwaku. Sedangkan pada waktu lain, penuh sesak masa dan waktu, sehingga sukar untuk tangan ini nak menaip, dan akal ini nak berfikir.
Tak ada ilham, banyak perkara yang perlu ditumpukan.

Atas perkara ini,
Kepada para pembaca setia di laman ini, harap maaf sekiranya terkasar bahasa, mengguris hati. Tiada niat nak melukakan hati sesiapa. Semuanya berlaku kerana kelemahan penulis ini sendiri.
Semoga bertemu di lain masa, dan masa yang berubah bukan bermaksud berubah gaya pemikiran dan apa-apa. Hanya, Allah nak daku banyak usaha perkara yang lain, mungkin bagiNya banyak manfaat untuk ummat yang makin lama makin menderita.
Wallahua’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: