Sibuk atau menyibuk?

Daku tak tahu. Mungkin ada yang mendoakan daku untuk teruskan menulis pada waktu ini.

 

Ya, daku akui kini agak kesibukan.

Tetapi, ada satu peristiwa yang membuatkan daku terfikir, berfikir, muhasabah dan mengkoreksi diri. Sehingga hari ini mampu mencoret di sini.

Alhamdulillah.

Hari itu daku balik ke rumah. Atas alasan ingin menziarahi keluarga dan menenangkan kepala yang tension banyak benda nak selia.

Balik hari itu, azam nak buat kerja. Tetapi ada perkara lain yang berlaku sehingga daku rasa malas sangat nak fikir akan kerja yang perlu dibuat.

Balik hari itu, daku khidmat bantu sikit-sikit ayah dan ibu baik pulih canvas di rumah. Kemudian basuh motor dan buat releks atas perkara yang lain.

 

Ketika itu,

Daku rasai kelapangan di jiwa. Rasa tenang dan damai, tak macam dok sibuk di universiti sana.

Tambahan lagi, malaikat yang sentiasa berkunjung kerana ada halaqah quran dan bacaan kitab tal’lim (hadith) di rumah, menambah potensi rumahku

Bagai syurga di muka bumi (baiti jannati).

 

Balik ke sini,

Daku terfikir di atas motor sendirian.

 

Aku yang sibuk atau sengaja menyibukkan diri sendiri?

Jawapan yang rasakan lebih tepat ialah…..

Daku yang berusaha menyibukkan diri sendiri.

Masa lapang yang ada, itu pun sengaja disibukkan.

Maksudnya, Allah memang memberikan daku tugas yang banyak, tetapi daku tetap mampu lakukan perkara yang lain. Dia berikan tugas itu memang daku mempunyai kemampuan nak lakukan, hanya daku yang tak pandai nak uruskan masa dan lain-lain sehingga terbeban.

Jika betul Allah yang berikan tugas yang banyak, maka Dia juga yang akan membantuku untuk buat perkara yang banyak itu. Bukan daku sorang-sorang nak kena buat semua. Dia ada bersama, ketika senang atau tidak.

Yang penting, terus buat sahaja. Buat sekadar kemampuan, yang lain sentiasa berserah kepadaNya.

Ulama’ bagitahu, usaha kita hanya 10% sahaja, 90% lagi Allah yang usaha bersama untuk kita.

(Cuma, mungkin penulisan setiap minggu dua kali di sini terpaksa dilakukan perubahan. Bukan terus tak menulis, tetapi ada ketika menulis dua kali, ada ketika yang lain sekali seminggu. Entah, macam ada sesuatu yang akan berlaku dan memerlukan persiapan. Walaupun tak menulis setiap minggu, bukan bermaksud tak berdoa setiap hari, bukan?)

Sekiranya Allah berkehendak untuk daku melakukan perkara ini,

Maka Dia tidak pernah meninggalkan daku untuk melakukan seorang diri.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: