Program pertama: Alhamdulillah tercapai!

Assalamualaikum w.b.t

Semoga sihat wal afiat. Sejahtera di hari yang mulia dan sejahtera juga pada masa hayat yang masih ada ini.

 

Semalam, daku ingat nak menulis di sini. Tetapi masa agak sukar. Sebab ada program yang dijalankan.

Alhamdulillah, dengan hidayah, taufik dan keizinan daripadaNya, akhirnya berjaya satu majlis talk tentang topik kajianku disampaikan. Pelbagai perkara dikongsikan bersama, khususnya berkenaan sunnah dan makanan dari perspektif sunnah.

Majlis dalam dua jam,. Tetapi menunggu orang datang masuk, selenggara dan lain-lain, majlis berlangsung selama 1 jam setengah sahaja. Namun, masa yuang ada itu cukup baik dan bermanfaat sebab semua isi dan keinginan di hati yang ingin disampaikan berjaya dilakukan.

Talk tersebut lebih berbentuk perkongsian. Berkongsi pandangan, pertanyaan akan keadaan kita hari ini dalam menilai sunnah dan makanan.

Mungkin ada kelebihan dan kekurangan dalam penyampaianku. Moga kelebihan itu berjaya menusuk hati para peserta dan berusaha bagi ereka mengamalkan pengendalian makanan secara sunnah. Kekurangan itu dimaafkan dan berusaha lebih baik pada lain masa yang akan datang.

Alhamdulillah.

Segala puji bagi Allah yang memberikan daku kemampuan untuk melakukan. Huh…. kalau nak dilihat pada kemampuan yang daku ada, memang tidak sampai tahap sebegini. Tetapi, Allah berkehendak, maka Dia memberikan daku kemampuan untuk melakukan sampai ke tahap ini.

Cuma, itulah. Niat betul-betul kena jaga, sama ada sebelum melakukan sesuatu urusan, ketika melakukan sesuatu urusan, dan selepas melakukan sesuatu urusan. Bukan sebab nak populariti, nak harga diri, keuntungan, sanjungan dan lain-lain lagi. Tetapi, semua ini dilakukan semata-mata untuk menegakkan kembali tiang dakwah agama Islam yang telah ‘mati’, dan menegakkan nilai sunnah dalam kehidupan ini.

Inilah keinginan di hatiku. Keinginan awal-awal sehingga pelbagai ujian yang berlaku dalam proses ini. Menghasilkan group, percetakan buku, produk yang ingin ditonjolkan dan persiapan-persiapan yang lain, merupakan sebahagian ujian yang silih berganti untuk melihat apakah kesungguhanku dan betulkah niatku untuk menyampaikan kerana Allah dan RasulNya ini.

 

Di akhir penyampaian, daku berikan kepada semua peserta buku percuma untuk dijadikan panduan. Buku ini dicetak dalm last minit. Memang nak buat awal, tetapi macam-macam berlaku dan terpaksa di tempah last minit.

Daku sangat titik beratkan percetakan dan penerbitan buku ini. Sebab, buku inilah asset terbesar kami untuk melihat ummat ini berusaha mengamalkan dan memahami erti hidup secara sunnah Nabi s.a.w.

Ya, memang terdapat kos dan sebagainya. Dan memang kami amat-amat memerlukan sokongan dana untuk menampung penerbitan semua. Kami cuba berusaha yang terbaik, yang lain  Allah s.w.t yang urus dan menentukan ia.

 

Rasanya, itu sahaja untuk kali ini. Nak tulis lebih-lebih, merapu pula nanti.

Semoga sihat semua dan dalam penjagaan Allah. Senang, susah, sedih, gembira, suka, duka,

Ialah ragam kehidupan, yang silih berganti hari demi hari.

 

Yang penting,

Ibadah fardhu dan sunnat tidak dilupakan. Kerana ia bukan ragam, tetapi pekerjaan tetap yang tinggi nilainya di akhirat nanti.

 

Ilal Liqa’.

 

(Daku menguruskan perkara ini bersama teman-teman  dalam bentuk syarikat. Ini ialah kad nama yang berkaitan perkara ini:

kamil-belakangkamil-depan

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: