Monthly Archives: Oktober 2014

Perubahan? Taufik Allah!

Masa kini bergerak terlalu pantas. Dalam beberapa minit sahaja berlalu, tetapi kerja dulu masih tidak dapat diselesaikan lagi.

Bagaimana daku dapat mengenal perubahan masa? Adakah daku terlalu sibuk sehingga sentiasa menganggap tinggi nilai dan kepentingan masa?

Continue reading →

Advertisements

Akhirat: beramal meyakini janji Allah

Dari dulu lagi daku memang suka dengan satu jenis kuih ini. Entahlah, bila nampak sahaja kuih ini, terus datang selera nak makan, daripada jenis kuih lain-lain.

Nak kata sedap sangat, tak ada lah sangat. Nak kata hensem coraknya, tak juga. Tapi, memang ‘taste’ datang bila dapat kuih ini, walaupun intinya hanyalah kentang tanpa lain-lain.

Hahaha….. nak tahu kuih apa?

Kuih karipap (orang putih kata- curry puff). Sedap…..

(Tiba-tiba rasa nak makan kuih ini. Tak jemu makan pun kalau ada setiap hari 🙂 )

Continue reading →

Ulangan: Diharap ambil keprihatinan dan perhatian

Ini ialah sesi ulangan. Mengapa?

kerana satu ketegasan untuk prihatin dan membuat sebarang persediaan. Tak terlalu leka dan ralit mengejar kehidupan sementara sehingga lupa bawa bekalan yang kekal untuk akhirat yang selama-lamanya.

Continue reading →

Diharap ambil keprihatinan dan perhatian

Ada beberapa perkara yang….

Membuatkan daku berfikir sendirian. Walaupun ia tidak lagi mengganggu seperti dulu-dulu, tetapi impaknya tetap mempunyai pengaruh dalam pemikiranku.

Jika diikutkan hati, memang tak mahu peduli akan hal ini. Tetapi, mungkin bukan dari keinginan diri sendiri. Seperti kehendak yang lain untuk menyampaikan perkara ini di sini. Iaitu kehendak atau keinginan Ilahi.

Maka, kerana Dia daku tetap menyampaikan perkara ini di sini, supaya setiap orang yang melihat akan perkara ini di laman ini mengambil kesedaran akan perihal ini.

Continue reading →

Insaf dan Taubat

Rasa agak malas ingin menyentuh isu semasa. Maka, mungkin sekadar memenuhi menulis dengan tazkirah atau peringatan bersama.

Peringatan itu amatlah penting. Namun yang menyedari akan kepentingannya hanyalah orang tahu menilai, mempunyai keimanan dan ketaqwaan.

Semoga Allah s.w.t memberikan taufik untuk sentiasa berusaha untuk suka pada peringatan, mendengar peringatan dan menyampaikan peringatan.

Continue reading →

Selamat Hari Raya Haji!

 

Hari ini pun agak sama macam semalam, iaitu cuaca yang mendung.

Namun, alhamdulillah, sebab Allah s.w.t masih kurniakan kerahmatan di atas tanah bumi Malaysia. Kehidupan yang aman dan damai ini tidak patut hanya seronok dan bergembira, sehingga lupa kepada Dia yang memberikan segala-galanya. Jika tidak kerana Dia memberikan dan memelihara, nescaya ketika ini telah berbeza keadaan negara ini, apatah lagi ketika menyambut kedatangan hari kedua kebesaran Islam ini.

Continue reading →

Salah faham dalam agama.

 

Bukanlah daku orang yang bagus untuk menyatakan atau menjelaskan akan perkara ini. Tetapi atas dasar tanggungjawab dan pengalaman yang ada, daku sampaikan mengikut kemampuan yang ada.

Agar daku tidak dipersoalkan dan dihisab di sana nanti, disebabkan tak pernah berusaha menyampaikan akan perkara ini.

Continue reading →