Insaf dan Taubat

Rasa agak malas ingin menyentuh isu semasa. Maka, mungkin sekadar memenuhi menulis dengan tazkirah atau peringatan bersama.

Peringatan itu amatlah penting. Namun yang menyedari akan kepentingannya hanyalah orang tahu menilai, mempunyai keimanan dan ketaqwaan.

Semoga Allah s.w.t memberikan taufik untuk sentiasa berusaha untuk suka pada peringatan, mendengar peringatan dan menyampaikan peringatan.

Insaf dan Taubat

Menyelusuri kehidupan ini, pasti tiada sesiapa terlepas daripada dosa dan kesilapan. Kesilapan itu bagai lumrah dalam kehidupan, yang kadang-kadang berada di atas dan mudah, kadang-kadang berada di bawah dan susah.

Apabila dalam kehendak Allah, diri yang dalam keadaan lemah iman dan kawalan, maka kesalahan itu pasti tidak dapat dielakkan. Hanya yang berbeza ialah sama ada besar atau kecil. Jika tersalah kecil, maka kecil juga jalan penyelesaian. Jika besar,makin banyak usaha perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah yang telah dilakukan.

Ini tertib mudah menjelaskan keadaan manusia menghampiri pintu insaf dan taubat. Insaf (lebih kurang) bermaksud menyedari kesilapan yang dilakukan, dan lahir rasa bersalah, manakala taubat bermaksud usaha untuk menyelesaikan masalah yang telah dilakukan.

Taubat tidak boleh terus wujud dan dilakukan tanpa wujud keinsafan. Jika taubat dilakukan tanpa insaf, maka pasti perbuatan yang salah itu berulang dan henti. Apa guna taubat tetapi benda yang salah terus dilakukan?

Jika kita sebagai manusia, ada seorang yang melakukan kesalahan kepada kita. Pertama kali bagitahu dan mohon maaf, kita boleh terima. Kali kedua, boleh lagi. Kali ketiga dah berat untuk menerima. Keempat, kelima dan seterusnya pasti tidak boleh terima. Jika dia pekerja dah lama kena pecat, jika dia ahli kampung dan lama kena halau.

Macam itu juga nak taubat dengan yang Maha Menciptakan. Cuma bezanya, Allah itu Maha Penerima taubat, selagi hambaNya belum mati pintu taubat pasti dibuka untuknya.

Tetapi, bukan bermaksud senang-senang boleh melakukan kesalahan! Maksud pintu taubat dibuka sebanyak mana pun kesalahan dilakukan ialah kerana diri manusia itu memang lemah dan tak terdaya, tak mampu nak terus melakukan yang sempurna tanpa dosa dan kelemahan.

Maka, taubat pada Allah ialah lahir dari kesedaran kelemahan dan kekurangan yang ada pada dirinya jua. Jadi, kesedaran itu berbalik kepada perkara insaf. Insaf wujud pada dirinya sehingga mengumpul tenaga untuk bertaubat kepadaNya.

Kaedah bertaubat.

Jelas di sini, tidak dapat tidak, satu orang yang ingin bertaubat perlu ada sifat insaf dulu. Jika tidak, tiada nilai dan kesan taubatnya. Taubat bagai perkara biasa dan adat perbuatannya setiap hari.

Sebegitupun, untuk Allah s.w.t, walau ibadat itu menjadi seperti adat, tetap perlu dilakukan. Dengan Allah tidak boleh kompromi, yang kena buat tetap kena buat, yang tak boleh buat tetap tak boleh buat.

Untuk itu, taubat di sini terletak pada tiga keadaan. Satu keadaan taubat berhubung perkara sesama manusia, taubat berhubung perkara dengan Allah s.w.t, dan ketiga taubat berhubung perkara dengan Allah dan manusia.

Misal bagi keadaan pertama ialah marah kepada teman tanpa usul periksa. Tetapi apabila diperiksa yang salah ialah dia, bukan teman itu. Maka untuk betulkan kesalahan atau taubatnya ialah:

  1. Akui kelemahan diri sendiri
  2. Minta maaf pada teman yang dimarahi.
  3. Berazam untuk tidak melakukan lagi.

Misal bagi keadaan kedua ialah melakukan maksiat atau dosa ketika bersendirian seperti tinggal solat subuh, tak mahu berpuasa dan lain-lain. Bagi kes ini, untuk bertaubat perlu:

  1. Akui kelemahan diri sendiri
  2. Solat sunat taubat, istighfar dan berdoa memohon Allah memberi keampunan,.
  3. Berusaha bersungguh-sungguh untuk tinggalkan perbuatan buruk itu dan ingin jadi lebih baik.

Perkara ketiga ini ada hukum hakam dan penekanannya dalam agama, berhubung dengan agama, tetapi berkaitan dengan orang lain. Misal bagi perkara ini ialah mengutuk orang depan atau belakang (mengumpat), mencuri barang teman, khianat dan berdusta atas perkara agama. Maka, usaha betulkan kesalahan atau taubat ialah:

  1. Akui kelemahan dan kesilapan diri.
  2. Solat taubat, istighfar, berdoa memhon ampun pada Allah.
  3. Berazam kepada Allah tidak akan melakukan lagi, tinggalkan perbuatan keji itu dan berusaha menjadi lebih baik.
  4. Memohon keampunan pada orang yang dilakukan kezaliman atau kesalahan tersebut.

Inilah antara keadaan yang berlaku dan kaedah bertaubat yang perlu dilakukan. Semoga mudah difahami.

Hari ini hari Jumaat, jadi banyakkan berselawat kerana banyak kelebihannya pada hari Jumaat ini.

Semalam berlaku gerhana. Jangan anggap ini perkara biasa macam orang lain. Kerana, tahun ini sudah banyak kali berlaku perubahan pada alam semesta.

Perlu rasa takut akan kehendak Allah tiba-tiba ini. Tak tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari.

Mungkin orang lain anggap perkara biasa. Sebab mereka tengok bulan yang zahir, tetapi tak pernah fikirkan bagaimana bulan, bumi dan matahari itu beredar. Hakikatnya, kenapa gerhana ini macam kerap berlaku kerana putaran bulan, matahari dan bumi telah berbeza daripada dulu. Mungkin makin cepat sehingga peredaran ini menjadi makin kerap selari bertemu.

Bukan itu sahaja, sebab bumi,bulan dan matahari ini ada graviti sendiri-sendiri. Apabila bertemuan selari, hal ini mungkin memaksudkan tarikan graviti tertentu sesama objek ini, dan tidak mustahil pencapahan graviti akan berlaku sehingga merosakkan keadaan alam semula jadi khususnya di atas muka bumi.

Wallahua’lam.

Istighfar…. kena segera perbaiki amal sebelum tak cukup masa nak buat amal banyak-banyak lagi.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: