Diharap ambil keprihatinan dan perhatian

Ada beberapa perkara yang….

Membuatkan daku berfikir sendirian. Walaupun ia tidak lagi mengganggu seperti dulu-dulu, tetapi impaknya tetap mempunyai pengaruh dalam pemikiranku.

Jika diikutkan hati, memang tak mahu peduli akan hal ini. Tetapi, mungkin bukan dari keinginan diri sendiri. Seperti kehendak yang lain untuk menyampaikan perkara ini di sini. Iaitu kehendak atau keinginan Ilahi.

Maka, kerana Dia daku tetap menyampaikan perkara ini di sini, supaya setiap orang yang melihat akan perkara ini di laman ini mengambil kesedaran akan perihal ini.

Sudah lama agaknya di mataku tidak ‘ralit’ melihat akhbar dan media massa. Terasa agak lama tak bincang lama-lama ehwal semasa kini (focus: hiburan dan lain-lain yang melalaikan) dan perkara yang berlaku lewat kini.

Sekadar ambil tahu sahaja, tak terlalu peduli.

Oleh hal demikian, secara logik tiada dalam pemikiranku akan perubahan semasa itu diketahui. Terasing dari menerima sebarang berita dan informasi, pasti dan pasti tidak akan ada dalam andaianku berlaku beberapa perkara yang tidak disangka-sangka boleh terjadi. Itu secara logik. Maksudnya, jika tidak berusaha mana boleh dapat hasil. Jika berusaha, baru dapat hasil.

Melalui sunnatullah ini, hikmahnya dapat dirasai. Memang membuktikan bahawa setiap makhluk Allah khususnya manusia itu lemah dan tidak terdaya. Mereka tak mampu buat apa-apa. Nak sesuatu perkara, kena berusaha barulah dapat hasil yang diharapkan terima. Jika tidak buat, masakan dapat menerima.

Konsep kepercayaan pada tuhan

Tetapi, hidup ini bukan sekadar berusaha berdasarkan kudrat yang ada. Hidup ini memerlukan yang lebih daripada itu. Memerlukan yang lebih kuat, hebat, agung, adil, sempurna dan lain-lain. Tujuannya untuk membantu terhadap perkara-perkara yang tidak mampu.

Maka, sebab itulah manusia mula letakkan keyakinan kepada tuhan. Ada yang bertuhankan itu, ini dan macam-macam jenis tuhan. Tujuannya, untuk meletakkan kemajuan dalam pengharapan. Apabila tidak berjaya,dia akan percaya ada sesuatu yang lebih besar daripada kemampuannya, yang akan membantunya pada kemudian hari nanti.

Ini adalah teori mengapa manusia itu perlukan tuhan. Tuhan yang mereka ciptakan.

Tetapi apabila hidup makin maju dan canggih, banyak kemudahan, teknologi, komunikasi dan lain-lain yang sentiasa bersedia membantunya senang dan susah, maka konsep bertuhan itu mula lupus daripada menjadi keyakinan dan pegangan. Dari keyakinan dan pegangan, mula merudum hanya sekadar kepercayaan.  Kepercayaan yang dipegang oleh nenek moyang terdahulu. Disebabkan mereka beragama dan percaya itu, maka anak cucu pun ikut apa-apa yang dituruti oleh orang terdahulu. Hakikatnya, satu apa pun yang dikatakan tentang TUHAN itu tak tahu kepentingan dan nilai pada diri dan kehidupan. Sudah sesat kerana salah pegangan dan bertambah sesat kerana terus pegang benda yang tak berguna dan tiada faedah untuk terus dipegang dan digunakan.

Islam? Tak terlepas lagi!

Sebegitupun keadaannya. Namun, tidak terlepas kepada masyarakat Islam yang bertuhankan Tuhan yang hak dan bukan sekadar kepercayaan. Tuhan yang Maha Menciptakan, tidak memerlukan sebarang perkara daripada makhluk yang diciptakan. Dia yang telah sempurna, hebat, besar, agung, kuat, perkasa, bijaksana, mengetahui dan lain-lain, sehingga tak perlu makhluk nak agung dan besarkan dia.

Umat Islam tidak terlepas daripada kesesatan batiniyyah dalam keyakinan pada Allah. Ya, secara zahir mereka solat, ibadah, puasa dan lainl-lain, tetapi di hati dan minda, sikitpun tiada kesan dan nilai ibadah yang dilakukan. Ibadah sekadar adat dan syarat, kerana dia seorang Islam.tetapi batin yakin perkara yang lain, yang lebih hebat, kuat, membantu, menolong, besar dan memberikan segalanya selain daripada Allah.

Buktinya, apabila senang tiada sikitpun melibatkan atau berhubung dengan Allah. Bila susah, cari manusia, wang, harta, isteri, majikan, orang tengah dan lain-lain cara berhubung kerana yakin benda-benda ini yang akan sentiasa membantunya sepanjang masa.

Jadi, di mana Allah, atau TUHAN pada minda dan hati umat Islam?

Perkara yang perlu diperhatikan

Begitulah keadaan yang berlaku. Konklusi dari pemikiran yang bercambah ini, ingin ditekankan di sini bahawa tidak semua perkara itu datang dengan usaha sendiri (sunnatullah). Malah, banyak lagi perkara yang datang kepada kita tanpa disedari (mas’iyatullah).

Perkara ini hanya akan disedari apabila manusia itu melihat kewujudan dan peranan TUHAN dalam kehidupannya. Bagi yang bukan Islam, mereka yang berfikir ke tahap ini akan menyedari TUHAN HANYA ESA, DAN BERKUASA MUTLAK KE ATAS SEGALANYA. Bagi yang Islam, bertambah yakin dirinya pada Allah, keimanan pada Allah yang tidak nampak di mata kasar, tetapi dalam dikesan melalui mata hati, dan menambah amal kebajikan kerana Dia suka dan sentiasa memerhati.

Atas sebab ini, nukilan ini dicatat pada hari ini. Untuk memberi peringatan, agak jangan terkesan pada jiwa dan minda teknologi dan segala kemudahan ialah raja dan berkuasa untuk segalanya.

Biar itu sekadar alat yang digunakan, tidak mudarat jika tiada, dan bermanfaat jika ada bersama dengannya.

 

Kiamat.

Dalam beberapa keadaan sejak dari tahun lepas, pelbagai isu menerjah kepada diriku mengaitkan perkara yang sama. Mula-mula dirasakan sekadar teori dan pemikiran sendiri, tetapi apabila melibatkan masyarakat sekeliling dan dunia semasa, maka bukan cerita pemikiran manusia seorang ini rupanya.

Daku tidak mahu ulas banyak akan hal kiamat ini. Nanti beribu-ribu orang yang melihat laman ini pening dan pusing kepala. Menangis dan berduka cita. Terputus angan-angan dan cita-cita nak buat kerja dan lain-lain perkara.

Cuma, nak ditekan dan ditegaskan di sini, ambil perhatian dan persediaan sekarang. Tak banyak masa dan berangan-angan sampai ke bulan. Cukup sekadar merancang rezeki dan perkara untuk genap setahun, sebulan dan esok hari.

Insya-Allah. Moga Allah melindungi dan berikan taufik membuat persediaan.

-Harap sangat kepada para pembaca jangan terlalu tertekan, sehingga tak pandai sudah nak menguruskan masa dan kehidupan. Ambil perhatian, prihatin, tanggungjawab dan persediaan. Itu sahaja harapanku.

-Untuk peringatan bersama. Supaya banyak persediaan perlu dilakukan dan tidak terlalu leka dengan kehidupan sementara.

Apa-apapun, bagi setiap kebaikan, teruskan. Jangan terkesan dan putus asa. Setiap perkara yang baik banyak balasan di dunia dan akhirat akan diterima.

Bagi orang beriman benar pada perkara yang ghaib, dia akan sentiasa meneruskan usaha sebaik mungkin. Baginya, itu semua telah ditakdirkan. Yang penting, bagaimana dia perlu berusaha menambah amal dan ibadah sebelum masa yang lain mendahuluinya.

-Banyak perkembangan. Moga terus menyampaikan bakti sesama insan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: