Akhirat: beramal meyakini janji Allah

Dari dulu lagi daku memang suka dengan satu jenis kuih ini. Entahlah, bila nampak sahaja kuih ini, terus datang selera nak makan, daripada jenis kuih lain-lain.

Nak kata sedap sangat, tak ada lah sangat. Nak kata hensem coraknya, tak juga. Tapi, memang ‘taste’ datang bila dapat kuih ini, walaupun intinya hanyalah kentang tanpa lain-lain.

Hahaha….. nak tahu kuih apa?

Kuih karipap (orang putih kata- curry puff). Sedap…..

(Tiba-tiba rasa nak makan kuih ini. Tak jemu makan pun kalau ada setiap hari🙂 )

Air? Entah. Cuma kurang manis lagi bagus. Teh O pun boleh. Tak selalu minum minuman perisa buatan (orange, durian, manggis dan lain-lain.). Tak minat minum air yang dicampur susu pekat kondisioner. Susu ini bukannya asli pun. Ia buatan kimia dan industri. Ala-ala gula. Tiada beza pun. Pendek kata, minum susu ini bawa banyak penyakit. Asbab lah…

Tapi, daku tetap suka minum susu. Sunnah Nabi. Nabi suka minum susu dan susu banyak khasiat. Kalau teh O campur susu natural lebih baik. Orang di benua Hindi selalu minum teh dicampur dengan susu lembu (lembu sana banyak…). Diorang panggil air teh susu ini ‘chai’.

Susu ini banyak khasiat dan lebih sihat. Susu orang Malaysia buat banyak mudarat dan lebih tambah penyakit.

(Apa susu terbaik? Bagiku… bukan susu kambing. Tetapi susu ibu. Bukan sekadar khasiat dan rasa, tetapi kasih sayang ialah lebih daripada segala-galanya…)

Dunia akhirat

Dari segi gaya penulisanku, ada satu perkara yang sentiasa difikir dan diutamakan.

Dalam pemikiran dan hatiku, tidak seperti orang kebanyakan. Maksudnya, jika orang biasa fikirkan perihal A, daku suka cerita perihal B. Orang tak suka cerita perihal B, daku pun tidak suka cerita perihal A.

Oleh hal demikian, jika orang suka cerita hal-hal kehidupan kini dan keduniaan, daku lebih suka cerita hal-hal kehidupan yang terdahulu dan kehidupan terbaik, iaitu kehidupan Nabi s.a.w dan sahabat-sahabat r.anhum. Satu lagi, daku lebih suka fikir dan menyampaikan demi perkara-perkara akhirat. Kerana akhirat itu kehidupan yang pasti akan ditempuhi, cuma masanya tidak sampai lagi.

Sedangkan dunia itu kehidupan yang sementara, nikmat yang sementara, dan tak boleh pegang selama-lamanya. Perihal akhirat pula berbeza. Akhirat ialah kehidupan yang selama-lamanya (tidak akan berakhir lagi), nikmat yang sentiasa bertambah dan selama-lamanya, dan boleh dicapai, dipegang dan berubah lebih baik sentiasa daripada sebelumnya.

Hal ini kerana, daku sangat mementingkan hasil dan target. Maka, apabila dalam pemikiran dan keinginanku ialah hasil dan target, tentu terasa sangat rugi dan sia-sia jika hanya berharap pada perkara keduniaan dan tiada misi untuk perkara akhirat. Hasil duniawi hanya untuk sementara dan pasti pergi bila tiba masa. Sangat rugi kalau seorang peniaga yang misinya hanya sementara, targetnya pun sementara. Mereka tentu fikir untuk terus kekal target selama-lamanya dan hasil bertambah daripada sebelumnya.

Jadi, untuk mencapai hasil dan target tersebut, maka satu tempat sahaja yang boleh dicapai. Iaitu, akhirat. Kehidupan yang terbaik dan dunia kedua. Bukan mainan kata-kataku. Tetapi, ini satu JANJI YANG PASTI (bukan slogan BN). JANJI YANG MUTLAK DARIPADA ALLAH DAN RASUL. JANJI INI TAK PERNAH BERUBAH WALAUPUN DUNIA BERUBAH DAN RASULNYA TELAH PERGI DARIPADA DUNIA INI.

Adakah janji yang lebih baik daripada janji ini? Janji pencipta sekian makhluk dan alam ini. Janji yang Dia sentiasa ingin berikan kepada hambaNya yang Mukmin dan Muttaqin.

Kotak pemikiran yang berbeza.

Jadi, apabila gaya berfikir berbeza, maka hajat atau keinginan penyampaian di sini juga menjadi berbeza. Tidak akan sama.

Jika orang lain melihat isu akhirat sekadar tahu dan masuk ke telinga sahaja, daku fikir akhirat masuk ke hati dan demi untuk mencapai tempat terbaik di sana. Jika orang lain rasa risau dan takut untuk berdepan hari-hari akhirat, daku rasa seronok nak tambah banyak amal dan kebajikan untuk dapat tempat dan kemeriahan di hari-hari akhirat. Jika orang lain tak berminat fikir dan cerita akhirat, daku sangat minat dan sentiasa fikir untuk menggapai tempat paling baik di akhirat.

Apabila kotak pemikiran itu tlah nyata berbeza, maka apabila disampaikan sesuatu isu berkaitan akhirat di sini pun berbeza matlamatnya. Bagiku, niat dan keinginan menyampaikan sesuatu isu yang menuju ke akhirat, sebenarnya penuh dengan pelbagai harapan dan keinginan. Bukan satu kekecewaan dan putus asa.

Keinginan untuk menggapai lembah-lembah terindah, tanah-tanah terbaik, air sungai yang jernih mengalir, tiada lagi masalah dan hiruk pikuk, tiada lagi kepada nak runsing dan pening, tak perlu tertekan isu minyak dan wang ringgit, tenang dan tenteram, menikmati pelbagai nikmat dan keseronokan, makan tambah banyak-banyak perlu risau isu kesihatan, nikmat macam-macam benda yang tak pernah sama dan berkurangan, dan lain-lain lagi sehingga melihat ‘wajah Allah’, Rabbul Jalil.

Semua nikmat di akhirat, bergantung pada amalan dan perbuatan ketika masih hidup di dunia ini. Tak ada tempat lagi untuk tambah pelbagai nikmat di sana nanti apabila telah habis masa di dunia ini.

Maka, adakah sama keinginan seseorang hidup dunianya untuk akhirat, dengan seorang yang hidup di dunia demi dunia sahaja? Tentu tidak sama. Orang akhirat melihat dunia tempat mengumpul hasil bila telah tiba di sana. Tetapi orang dunia melihat dunia ini bagai ini sahajalah kehidupan, dan inilah sahaja syurga. Tiada hidup lagi selepas meninggalkan dunia ini, dan cerita akhirat hanya menimbulkan keputus asaan mereka daripada berusaha apa-apa di dunia ini.

Semua datang daripada taufik Allah!

Sebegitupun, nak faham antara kedua-dua nilai dan perkara ini,

Tidak memadai dengan hanya melalui penulisanku di sini. Hal ini kerana, daku menulis setelah berusaha dan melalui pelbagai pengalaman yang mendatangkan pelbagai rasa, pengorbanan dan menekan perasaan serta keinginan. Barulah daku boleh menulis di sini. Sehinggakan, apabila menulis tentang dunia akhirat, ia akan membawa daku menilai akhirat lebih baik daripada segala-galanya dan perlu sentiasa di ingatan dan diusahakan.

Tetapi, yang paling utama ialah petunjuk dan taufik daripada Allah. Allah telah membuka pintu di hatiku dan mentakdirkan sesuatu yang luar di jangkaanku, untuk membuang kecintaanku pada perkara duniawi. Cukup untuk usahakan demi keperluan, tidak sehingga berlebihan, dan tidak sehingga melarat dan berkurangan.

Oleh itu, bagi mereka yang ingin berusaha memahami nilai akhirat, dan apakah tujuan (hakikat tujuan) hidup dunia demi akhirat, daku cadangkan beberapa perkara yang boleh diusahakan.

Berikut perkara tersebut:

  1. Jaga waktu solah. Bagi lelaki jaga waktu solah di tempat yang dizanakan dan solatlah berjemaah di masjid dan surau pada solah fardu. Wanita pula jaga waktu solah bila telah diazankan,dan berjemaah dengan ahli keluarga yang masih ada di rumah (orang sakit, anak kecil dan lain-lain).
  2. Jaga doa dan perbanyakkan berdoa. Minta Allah bagi hidayah (petunjuk) dan taufik (kemampuan) beramal demi akhirat mengikut kemampuan (jangan minta sesuatu lebih daripada kemampuan. Nanti merana dan mudarat pula yang mendatang).
  3. Jaga zikir harian. Paling kurang, berzikirlah Subhanallah 100 kali, Alhamdulillah 100 kali, dan Allahu akbar 100 kali. Buat setiap pagi (lepas subuh) dan petang (lepas asar atau maghrib. Ikut kelapangan).
  4. Banyakkan bersedekah. Paling baik, sedekah luar daripada kebiasaan. Maksudnya, jika hari-hari sedekah RM 10, kali ini sedekah sebanyak RM 20 atau RM 30. Cara ini akan buang cinta pada harta dan dunia. Memang payah nak mula, tetapi bila dah biasa buat setiap hari, insyaAllah Allah bagi buang cinta harta pada hati, dan duit yang disedekahkan itu tidak terasa rugi apabila memberi. Malah bersedekah itu meredhakan kemurkaan Allah, dan bank terbaik untuk simpan harta di akhirat nanti. (setap satu akan digandakan 10 sehingga 700, ada ke melabur ke bank sebanyak ini?)
  5. Sentiasa buat kebajikan dengan makhluk lain. Kutip sampah itu kebajikan, tolong bagi makan kucing itu kebajikan, tolong orang tua itu kebajikan, tolong orang yang susah itu kebajikan dan tolong anak yatim itu kebajikan. Banyak lagi kalau nak cerita semua di sini.
  6. Antara yang terpenting, sentiasa cakap perihal akhirat demi kebaikan dan cita-cita menuju ke sana (bukan menimbulkan ketakutan dan tiada perasaan nak menikmati di sana) kepada orang lain. Tak boleh cakap pada sahabat terdekat, beritahu kepada anak-anak atau anak murid. Bila sentiasa bercakap perkara ini, serta merta akan datangkan kecintaan pada perkara yang diperkatakan.

Ok. Itu sahaja dahulu. Insya-Allah, bila amalkan ini, kecintaan pada akhirat akan bertambah dan cinta pada dunia akan berkurangan. Apabila berlaku perubahan ini, barulah sama-sama merasai apa niatku menulis sesuatu di sani, yang jelas berbeza dari rasa orang lain apabila menatap laman ini.

Insya-Allah. Moga Allah berikan petunjuk dan taufik untuk melakukan.

-Hari itu bag galas koyak. Bawa keluar jalan Allah. Ingat boleh jahit pakai mesin jahit. Tetapi rasa tak boleh kot, jadi bawa pergi ke kedai jahit kasut mungkin boleh.

Suka letak semua jenis barang dalam satu bag yang sama. Senang. Mudah kerja. Selalu tertinggal bila barang kat tempat yang berbeza atau letak dalam dua-tiga beg yang lain.

Semoga sihat dan ceria di sana.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: