Perubahan? Taufik Allah!

Masa kini bergerak terlalu pantas. Dalam beberapa minit sahaja berlalu, tetapi kerja dulu masih tidak dapat diselesaikan lagi.

Bagaimana daku dapat mengenal perubahan masa? Adakah daku terlalu sibuk sehingga sentiasa menganggap tinggi nilai dan kepentingan masa?

Bagiku, walau bagaimana sibuk sekalipun, masa yang daku ada, waktu dulu tidak pernah daku persoalkan. Dirasakan mampu dan sesuai dengan kerja yang diberikan.

Malah tak pernah pun daku mengeluh akan keadaan masa yang daku ada, dulu lah.

Tetapi, kini lain. Memang dirasakan benar masa itu bergerak pantas. Satu lagi faktor yang membuatkan daku amat merasai kehilangan masa ini ialah kerana limitnya masa yang ada untuk melakukan sesuatu perkara. Dari waktu pagi sehingga ke asar sahaja untuk menguruskan urusan duniawi, dari asar ke malam demi urusan ukhrawi.

Oleh hal demikian, bila berada dalam keadaan yang limit, maka apa yang kini ada terlalu berharga dan diutamakan. Ibarat orang jawab periksa tapi masa dah nak habis. Setiap detik yang ada terasa terlalu berharga. Bila tak periksa, masa yang masih ada tak terasa pun ada harga.

***************

Dalam mengenang setiap perubahan yang berlaku dalam diri dan kehidupanku, sentiasa merasai bagaimana sentiasa dan banyak perubahan itu berlaku. Bukan dalam satu masa, tetapi makan masa, step demi step.

Tetapi, ternyata mengubah keadaan, sikap, penampilan, zahiriah dan rohaniah itu bukan perkara yang mudah. Malah, sukar dan payah. Pelbagai ujian yang diterima, pelbagai mujahadah yang terpaksa dan merelakan diri untuk dilalui.

Ya. Apabila mengenang setiap yang berlaku tersebut, ternyata bukan daku yang merancang dan menentukan segalanya. Semuanya dalam taufik dan kehendak Allah. Dia menentukan kerana kehendakNya, dan sangkaan para hambaNya terhadapNya.

Tugasku, perlu sentiasa bersangka baik dengan Allah yang Maha Merancang dan Menentukan. Kemudian, mujahadah dengan sentiasa bersabar dan istiqamah melalui jangkaan peristiwa dalam sesuatu ruang masa, yang memang tidak pernah dijangka.

Dakwah sebagai pintu utama

Setiap yang ada rumah, pasti ada pintu untuk memasukinya. Setiap yang ada pintu pasti perlu kunci untuk membukanya.

Begitu juga dalam ‘rumah’ perubahan. Tentu ada ‘pintu’ dan ‘kunci’ tersebut.

Pintu kepada perubahan diri ini ialah TUGAS dan KERJA DAKWAH yang dilaksanakan (walaupun daku memang tidak layak langsung buat kerja ini). Dengan keberkatan kerja ini, banyak perubahan yang Allah aturkan pada diri ini. Dari peristiwa, ujian, liku dan dugaan, sehingga hikmah di sebalik pengorbanan, semuanya membuatkan hamba ini bersyukur kerana Allah s.w.t memilihku untuk KERJA ini. Hanya, daku yang diberikan tugas ini perlu terus sentiasa istiqamah dan bersabar melakukan kerja ini.

Ternyata, pencapaian, kemudahan, kejayaan, teman seperjuangan, rezeki dan lain-lain datang ialah daripada keberkatan kerja dan tugas DAKWAH yang dilaksanakan. Bantuan Allah sentiasa bersama, dan Dia sentiasa mengaturkan yang terbaik utnuk hambaNya ini pada urusan duniawi, serta kemajuan fikir dan rohani pada perkara ukhrawi.

(Sabar bukan satu dua masa, tiga empat hari…. Tetapi berbulan-bulan…. Baru nampak hikmah di sebalik kesabaran)

Adakah semua orang sama?

Berikutan dari perubahan ini, daku sendiri tertanya-tanya, adakah semua orang itu sama tangga perubahannya? Maksudnya, adakah dia buat kerja dakwah maka dirinya akan berubah?

Bagiku, tidak. Yang mengubah manusia bukan kerana kerja dakwah sepertiku. Tetapi kerana Allah yang inginkan perubahan, maka pengantaranya ialah melalui kerja ini.

Namun, tetap benar kata-kata ulama’. Ramai orang yang berubah dengan sebab kerja ini. Apabila seseorang istiqamah dan bersabar atas kerja dan tugas ini, maka dia akan berubah dan mampu mencipta perubahan pada diri orang lain.

Tetapi, jalan itu kena betul. Pertama, niat dan maksud buat kerja kerana Allah. Kedua, menjadikan sirah dan Sunnah NAbi s.a.w sebagai ikutan. Terakhir, tertib ulama’ bagi kena ikut dan berusaha untuk melakukan.

Jika tidak, dakwah itu hanya sekadar nama, tidak memberikan kesan yang ketara.

Oleh hal demikian, untuk seseorang membina perubahan, tangga yang paling baik tetap kerja DAKWAH. Tetapi, tetap ada orang berubah tanpa buat kerja dakwah (Cuma tidak menjadi yang terbaik). Kenapa?

Sebab agama (ISLAM) itu yang mengubah kehidupan. Apabila seseorang kembali kepada ajaran ISLAM, maka kehidupannya terdahulu pasti akan berlaku perubahan.

Dan, ISLAM itu datang kerana DAKWAH yang dilaksanakan. Kerana itulah orang buat DAKWAH dialah yang terbaik melakukan perubahan.

Wallahua’lam.

Apa-apa sekalipun,

Semuanya datang  daripada taufik Allah. Oleh itu, mintalah daripada Allah untuk berubah menjadi lebih baik dengan BANYAKKAN BERDOA kepadaNya. Seterusnya BERSABAR atas keadaan yang menimpa. Jika lemah, berharap sentiasa kepadaNya. Serta ISTIQAMAH sentiasa melakukan amal yang disukai olehNya.

*Jadi apakah kunci pada pintu?

Kuncinya ialah ALLAH. ALLAH LAH YANG BERKEHENDAK UNTUK MENGUBAH, DAN DIALAH ‘KUNCI’ PADA SETIAP ‘PINTU’ RUMAH PERUBAHAN.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: