Antara Sunnah dan Bid’ah.  

Assalamualaikum w.b.t.

Salam sejahtera, semoga berada dalam kerahmatan dan kasih sayang Allah s.w.t.

Bersyukur kepada Allah s.w.t yang masih memberikan daku kelapangan dan kemampuan untuk terus menulis di sini. Bertambah syukur apabila Allah s.w.t memberikan taufik untuk daku melakukan sedikit sebanyak usaha dan kekuatan untuk menggerakkan agama Allah di atas muka bumi ini.

Mungkin pada pandangan manusia, mereka hanyalah bergerak di atas satu nama yang khusus, dan di atas pergerakan yang tertentu. Bagiku, nama atau pergerakan bukanlah motif atau tujuan, tetapi bagaimana perbuatan yang daku lakukan itu sentiasa memberikan manfaat kepada diri sendiri dan orang lain, untuk dunia ini dan akhirat nanti.

Hujahku, adakah al-Quran dan hadith itu untuk suatu pergerakan? Untuk satu kaum? Satu bangsa? Sudah tentu tidak. Malah, sekalian umat Islam daripada dahulu dan sekarang mengakui bahawa al-Quran untuk semua jenis manusia tanpa meletakkan perbezaan pada kaum, keturunan, bangsa, warna kulit, jantina dan lain-lain lagi.

Oleh itu, adakah daku bergerak kini demi kerana wujudnya suatu pergerakan? Motif? Tidak. Bukan itu matlamatku. Matlamatku…

Apa yang Allah redha untukku lakukan (menurut kehendakNya), maka itulah yang daku lakukan. Apa yang Nabi s.a.w katakan untuk umat ini usahakan, inilah juga keinginanku untuk terus berusaha melakukan.

Biiznillah. Insya-Allah.

(Hakikat Hidup… bukan hanya tujuan demi perihal keduniaan, kemahsyuran, kedudukan atau kenalan. Tetapi hakikat hidup ialah terus hidup demi sebagai hamba Allah, yang telah menciptakan dan kelak akan kembali kepadaNya.)

————————-

Daku tidak mahu terlalu panjang menulis akan perkara ini. Cukup mungkin sekadar renungan, memikirkan dan sama-sama ambil pengajaran, terhadap perkara yang ingin disampaikan.

Perihal antara sunnah dan bid’ah.

Baik, di sini dimulakan dengan sunnah.

 

Apakah sunnah?

Secara ringkas dan mudah, sunnah ialah apa-apa yang Nabi s.a.w lakukan dengan perbuatan, atau percakapan, atau pengakuan (tidak melarang atau melakukan).

Sunnah boleh dikatakan (segi bahasa) sebagai tata cara kehidupan, jalan hidup, laluan hidup.

Menurut ulama dalam jurusan da’wah, sunnah terbahagi kepada tiga bahagian utama. Pertama, sunnah gambaran luaran Nabi s.a.w. Contohnya apakah yang Nabi s.a.w makan, minum, tidur, bersafar, pakai dan lain-lain lagi dari segi luaran. Kedua ialah sunnah sirah. Apakah peristiwa yang berlaku sepanjang kehidupan Nabi s.a.w. Manakala sunnah ketiga ialah sunnah fikir Nabi s.a.w. Apakah yang Nabi s.a.w sentiasa fikirkan dan berkeinginan.

Sunnah sarirah: fikir dan risau

Sunnah pertama dan kedua ramai yang mengetahui dan mengenali. Tetapi sunnah ketiga ramai orang yang tidak mengetahui dan berusaha untuk melakukan.

Fikir dan risau Nabi s.a.w untuk ummah. Al-Quran dan asbab penurunan al-Quran antaranya meletakkan kedudukan sunnah ini. Apakah ia?

Pertama ialah fikir akan kebesaran dan keagungan Allah. Maksudnya dalam fikir dan risau Nabi s.a.w ialah tentang Allah dan tanda kebesaranNya sentiasa.

Kedua ialah fikir akan keadaan hari kemudian dan akhirat. Maksudnya, Nabi s.a.w sentiasa mementingkan kehidupan dan urusan pada hari akhirat, dan sentiasa mendorong sahabat-sahabat baginda untuk tidak memandang dan berkeinginan maju dalam kehidupan duniawi, seperti kerajaan dan tamadun besar ketika itu, iaitu Rom dan Parsi.

Ketiga ialah fikir Nabi s.a.w akan ummah. Bagaimana ummah ini pegang kalimah syahadah, seterusnya beramal dan menyampaikan kepada orang lain untuk sama-sama berusaha mengamalkan.

Bid’ah: keduniaan

Perkara kedua ingin dibincangkan ialah bid’ah. Apakah itu bid’ah?

Mudah dan ringkas, bid’ah dari segi bahasa ialah perkara baru yang diada-adakan dalam agama.

Baik. Jika dirungkai dari segi bahasa ini, maka pelbagai perbezaan pandangan dalam kalangan ulama’. Daku tak layak dan mahu bercerita semua perkara tersebut. Cukup sekadar di sini nak bagitahu, siapa buat baik dan tiada pertikaian besar sehingga mutlak menjadi makruh dan haram, maka boleh dilakukan ia dan beroleh pahala.

Bagiku, buat apa nak pertikai benda yang buat orang semangat beramal dengan Islam, sedangkan mereka solat di masjid, baca al-Quran, puasa dan menunaikan kefarduan yang lain. Hanya mereka suka tambah amal lagi untuk lebih baik, maka mereka suka baca Yaasin pada malam Jumaat, baca tahlil, talkin atau lain-lain lagi.

Tetapi, jika solat tak jaga, puasa tak buat, zakat tak buat, tetapi Yaasin malam Jumaat inilah yang selalu buat, pandanganku mereka inilah ahli bid’ah, kerana asas agama ditinggalkan dan perkara tiada dalil kukuh dalam agama pula sentiasa dilakukan.

Yang lebih besar lagi istilah bid’ah di sini, yang kekal boleh dikatakan salah dan membawa manusia ke jalan kesesatan ialah,

Menolak mengamalkan amalan yang Nabi s.a.w dan para sahabat sentiasa melakukan, tetapi apa-apa yang Nabi s.a.w dan sahabat r.anhum tak buat itulah yang jadi pegangan dan lakukan.

Kehidupan Nabi s.a.w dan sahabat r.anhum menuju kepada keredhaan Allah dan akhirat. Kehidupan bid’ah ialah hidup demi keredhaan makhluk dan menuju keduniaan.

Sehingga masukkan perkara dan tujuan keduniaan ke dalam bidang keagamaan.

Tak faham?

Baik. Di sini contoh mudah yang boleh fikir dan perhatikan.

Memakai pakaian ialah tuntutan dalam agama Islam. Wajib menutup aurat bagi lelaki dan perempuan. Sunnah pakaian ialah apa-apa yang di dalam masjid dan ketika beribadah itulah juga pakaian ketika berada di luar masjid dan tidak bersolah. Misalnya ketika solah ada jubah, memakai wangian, bersih, tiada corak tertentu, tidak menghairahkan, dan lain-lain lagi. Semua ini pakai juga di luar solah dan masjid pula. Bid’ah ialah pakaian yang di luar masjid dibawa masuk ke dalam masjid dan ketika solah. Contohnya pakai pakaian singlet di luar, itulah dalam solah, pakai seluar tiga suku di luar, itulah dalam solah, pakaian ketat kat luar itu juga dalam solah.

Misal kedua, dalam agama jelas kedudukan lelaki dan wanita. Lelaki perlu menundukkan pandangan, tidak memandang tepat dan lama, bergaul, sembang santai dan lain-lain dengan wanita. Malah wanita juga dituntut atas perkara yang sama.

Tetapi, dunia globalisasi meraikan wanita dalam pelbagai keadaan dan kedudukan. Meraikan tidak mengapa. Malah ini sunnah Rasulullah mengangkat kedudukan wanita yang ditindas dalam jahiliyyah dan agama yang lain. Tetapi, bid’ah bermula apabila pergaulan bebas antara lelaki dan wanita, boleh bersembang santai, bersenda gurau dan lain-lain, seperti wanita itu mahramnya atau bagai isterinya.

Kesan antara sunnah dan bid’ah.

Sebenarnya, untuk menghuraikan lebih jelas akan perbezaan antara sunnah dan bid’ah ini memerlukan masa dan penulisan yang lebih panjang lagi. Tetapi, masa tidak mengizinkan untuk melakukan.

Apa-apa sekalipun, untuk jelas perbezaan kedua-dua perkara ini ialah kesan bagi orang yang melakukan ia.

Bagi orang yang sentiasa berusaha ke arah sunnah, makin terdorong dia kepada ibadah yang terbaik di sisi Allah, mentaati perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah, serta sentiasa berusaha mengamalkan apa-apa yang Nabi pernah lakukan. Tetapi, bagi bid’ah, kesannya ialah makin tak ingat Allah, perintah Allah jelas tak peduli dan nak buat, larangan Allah itulah yang tak kisah bila-bila nak buat. Nabi s.a.w cakap dikasihi (ada tampal poster atau sticker itu ini) tetapi apa-apa yang Nabi buat, masih buat lagi.

Kesan kedua ialah orang ikut sunnah makin dekat kepada aliran agama dan makin meneladani kehidupan orang terdahulu. Sebaliknya orang ikut bid’ah makin ikut perubahan kehidupan dunia, aliran pemikiran masa kini, tujuan keduniaan sentiasa di hati dan pemikiran.

Sehingga hal agama pun demi keuntungan duniawi. Kepentingan agama diwujudkan demi mendapat manfaat dan kelebihan dunia (harta, pangkat, kedudukan, wang ringgit dan lain-lain lagi).

Kerana itulah, banyak penekanan hadith menjelaskan kejayaan mutlak kepada orang yang ikut sunnah, di dunia dan akhirat. Tetapi, bagi orang ikut bid’ah akan sesat dan ahli neraka.

Wallahu’alam. Harap maaf jika tidak faham atau kurang faham. Doa banyak-banyak kepada Allah kerana Dialah yang memberikan daku sedikit kefahaman, dan Dia yang akan memberikan kepada orang lain kefahaman.

(ingat nak tulis pendek, tetapi jadi panjang pula).

-…. terima kasih. 🙂 🙂

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: