Impak ikhlash

Dalam kalangan pelajar belajar al-Quran yang dibimbing olehku, ada satu orang pelajar yang bagiku, dia mempunyai keinginan dan kebolehan yang tinggi dalam agama. Cuma, suasana tidak menyokong untuk terus maju sehingga menyebabkan kebolehannya yang begitu banyak menajdi terbantut untuk terus melakukan.

Dia sentiasa menunjukkan peningkatan dari segi amalan. Terlalu banyak perubahan sepanjang daku mengajarnya. Malah, telah bertahun-tahun daku mengajarnya. Sejak dari dia  berumur 6 tahun lagi.

Dulu,

Memang banyak kekangan untukku terus mengajarnya. Mula-mula dia belajar bersama seorang kakaknya. Ketika itu, mereka berdua belajar bersama-sama. Seorang baca denganku, seorang lagi baca pada mukasuratnya sendiri-sendiri.

Namun, praktikal tidak seperti teori. Apatah lagi apabila berada di rumah sendiri.

Macam-macam kerenah ketika itu yang terpaksa daku hadapi. Kadang-kadang main-main ketika belajar, pergi sana sini dan lain-lain lagi.

Geram juga apabila mereka buat kelakuan begitu. Tetapi daku bersabar menempuh cabaran ini. Kerana daku sendiri pun baru bertatih-tatih. Sedang berusaha. Baru berjinak-jinak dengan tugasan ini.

Masa terus berlalu. Sehingga satu masa, daku terpaksa berehat dari mengajar kerana ingin berada di jalan Allah selama 4 bulan lamanya.

Ketika berada di jalan Allah, tarbiyah al-Quran dan kepentingan agama untuk kehidupan dunia dan akhirat menjadi rutin harianku. Dari dulu tak faham kepentingan agama (walaupun belajar sekolah agama), selepas keluar itu kepentingan dan penghayatan agama menjadi buah fikiranku. Dulu tak peduli nak jaga amalan, setelah selesai keluar, amalan agama menjadi perhatianku. Jika dulu daku tak fikir agama ada nilai pada diri sendiri dan orang lain, setelah keluar selalu daku fikir betapa tinggi nilai agama untuk diri sendiri dan orang lain.

Perkara ini menjadi perhatian dan kotak pemikiranku setelah selesai daripada keluar di jalan Allah ketika itu. Hal ini membuatkanku sentiasa menilai keadaanku sebelum ini (yang jahil, kotor, ego dan ntah betapa banyak perangai buruk lagi) dan betapa tinggi kemurahan Allah kerana memilihku untuk berada di jalan ini.

Perubahan pada al-Quran

Begitulah juga perubahan yang berlaku pada pemikiranku berkenaan dengan al-Quran.

Dulu, masa mula nak start mengajar rumah ke rumah, niatku seperti mencari sedikit keperluan.  Ya, tiada beza dengan orang lain. Jika orang lain perlukan wang dan harta untuk pengantara kehidupan, begitulah juga daku ketika itu.

Tetapi, benarlah. Allah itu Maha Perancang dan Dia Maha Mengetahui serta Dia Maha Menentukan segala-galanya.

Dia telah mengubah keadaan, keinginan dan kotak pemikiranku akan wujudnya hubungan pada al-Quran dan wang. Dia mengubah pemikiran yang berhajat kepada wang dengan menjadikan mengajar al-Quran sebagai mediumnya.

Setelah selesai berada di jalan Allah, daku kembali berusaha untuk mengajar al-Quran. Disebabkan dulu daku pernah ada beberapa pengalaman, maka kali ini daku mengiklankan sekali lagi untuk terus menyampaikan al-Quran ini.

Dalam kehendak Allah, ibu kepada pelajar yang daku pernah mengajar dulu menghubungi daku. Dia kata (lebih kurang), “Boleh mengajar anak saya lagi?”

Jawapannya, Ya… Daku setuju kerana telah kenal akan mereka. Cuma kali ini telah berbeza. Dulu kakaknya belajar sekali, tetapi kali ini dia sahaja belajar denganku,

Sehinggalah ke hari ini.

Tetapi, kali ini daku terasa perbezaan ketika dalam pengajaranku. Sesuatu yang membuatkan daku terasa berat untuk terus mengajar seperti dulu.

Iaitu, perkara wang dengan al-Quran.

Ada sesuatu yang tidak kena pada hatiku. Daku terasa berat nak menerima wang dan meletakkan sebarang pembayaran akan pengajaranku tersebut.

Tetapi, Ibu pelajar itu seorang yang komited untuk terus membayar. Sering kali ketika itu dia bertanya berapa bayaran nak kena bagi kali ini?

Daku tak tahu nak jawab aap. Terasa berat nak bagi kata khusus pada perkara ini.

Akhirnya, disebabkan hatiku tak tenteram, daku berdoa kepada Allah.

“Ya Allah, apakah yang daku nak buat dengan pengajaran al-Quran kali ini? Berapakah bayaran yang perlu diberikan? Berapa jumlahnya? Daku tak tahu ya Allah….”

Setelah panjang permohonanku kepada Allah, akhirnya terbit satu jumlah dan satu perkataan.

IKHLAS.

Perkataan ikhlash itu bermain-main dalam fikiranku sehinggalah daku mengajar di kelas tersebut.

Hampir sebulan lamanya, dan dua tiga kali ibu itu masih bertanya, berapa jumlah nak bayar?

Setelah tempoh lama masih tak tahu nak bagi jumlah berapa dan bagaimana nak kenakan bayaran, akhirnya daku kata pada ibu pelajar itu (lebih kurang. Dah lupa),

“Puan, saya mengajar ikhlas sahaja anak puan. Sebab ulama’ memberi penekanan yang keras terhadap perkara ini. Jika nak beri saya ambil sebagai hadiah sahaja.”

“Jika masih nak bayar juga, saya ambil atas jumlah pergi balik, minyak motor macam itu sahaja. RM10-RM15 sekali kelas pun tak mengapa.”

Ya. Itulah yang daku katakan. Dan, sepanjang tempoh pengajaran, ibu tersebut bayar dengan jumlah begitu, pada setiap bulan.

Kini: pelajar dan bayaran.

Setelah bertahun-tahun berlalu,

Daku dan pelajar ini masih lagi bersama. Kami masih belajar dan mengajar, daripada tak tahu nak cakap apa, sehingga macam-macam cerita dikongsi bersama.

Dan, sejak peristiwa itu, daku sentiasa muhasabah dengan kelasku dengannya.

Terlalu banyak perbezaan, terlalu banyak perubahan.

Dulu, dia belajar iqra bersamaku. Dia belajar daripada iqra’ 4. Kini, alhamdulillah telah hampir khatam bacaannya. (Namun sebenarnya, telah khatam. Tetapi, Allah s.w.t tidak izinkan dan daku masih meneruskan sebelum dia betul-betul khatam.)

Kini, dia tahu bacaan tajwid dan tartil dalam al-Quran. Bukan sahaja tahu, malah dia ingat setiap hukum tajwid yang diajarkan. Macamana dia mampu ingat? Sebab sepanjang kelas daku akan test keupayaan tajwidnya. Nak tak nak, lama kelamaan pasti dia akan ingat.

Malah, kini dia telah mampu berusaha untuk menghafal beberapa surah lazim dalam al-Quran.

Yang paling tinggi, bagiku, apabila dia mampu menyampaikan al-Quran kepada temannya. Daku dorongnya untuk melakukan, dan Alhamdulillah dia lakukan bersama kawan-kawannya.

Selain itu, tarbiyah yang daku sampaikan ialah intipati bacaan al-Quran. Daku sangat-sangat menekankan perihal tauhid, kerana pokok al-Quran penuh dengan penekanan tauhid.

Keyakinan kepada Allah, keyakinan kepada akhirat, keyakinan kepada tugas kenabian. Daku sampaikan perkara ini berdasarkan bacaan-bacaan yang dia lakukan pada hari tersebut. Jadi, peringatan tersebut berubah mengikut bacaannya pada hari tersebut.

Daku ajarkan beberapa doa amalan. Doa tidur, ruqyah, makan, ibadah dan lain-lain. Kadang-kadang diulangi bersama kadang-kadang tidak kerana kesuntukan masa.

Masa daku mengajar dengannya terlalu banyak dilakukan bersama. Daku terasa bagai ada keberkatan daripada Allah s.w.t ke atas kelas kami.

Sebahagian masa kami beringat bersama tentang keyakinan dan kekuasaan Allah, umat, peristiwa semasa, akhir zaman dan keadaan umat. Sebahagian masa lagi untuk bacaan (dalam dua muka surat), sebahagian lagi untuk hafalan, dan sebahagian lagi untuk tugasan.

Kadang-kadang berzikir bersama. Kadang-kadang berselawat bersama.

Semuanya daku lakukan bersama dengannya dalam tempoh satu jam. Ya, satu jam sahaja untuk pelbagai aspek ini.

Bab pembayaran, jika dulu ibu tersebut bertanya juga berapa kelas untuk dia kira-kira untuk bayar yuran, kini tidak lagi. Dia tidak bertanya lagi, tetapi sentiasa berusaha untuk terus memberi.

Setiap bulan dia akan berikannya sebagai hadiah kepadaku. Daku menerima dengan hati terbuka, dan berterima kasih akan pemberian yang diberikan.

Impak ikhlash

Sebegitupun pencapaian dan macam-macam keadaan yang berlaku,

Daku hanya boleh katakan, ini semua kehendak dan taufik yang Allah berikan kepadaku untuk daku lakukan. Sebab daku pun mula daripada tak tahu apa-apa nak menyampaikan al-Quran ini, tetapi dalam kehendak Allah, bukan sahaja daku ada kekuatan untuk terus mengajar, malah daku sendiri terasa banyak belajar daripada al-Quran yang disampaikan.  

Yang paling penting, kunci perubahan pelajar tersebut, ibunya yang sentiasa komited memberi, dan daku yang terkesan dengan al-Quran tersebut ialah

IKHLASH.

Ikhlash ini terlalu tinggi impaknya. Terlalu luar biasa. Hanya manusia yang berusaha, bersabar dengan usaha yang dilakukan dan memohon kepada Allah akan perkara ini,

Sahaja tahu impak ikhlash ini dalam kehidupannya. Jika tidak,

Mereka hanya tahu berkata dan berkarya, tetapi kesan terhadap al-Quran sukar ini diperoleh.

Wallahua’lam. Moga Allah sentiasa memberikan kefahaman dan taufik untuk terus melakukan.

-kunci pelajar tersebut mencapai terlalu banyak perubahan ialah keinginan yang dipupuk dalam hatinya. Dia sentiasa berkeinginan untuk terus melakukan. Kedua ialah ketaatannya pada apa-apa yang daku sarankan. Dan ketiga ialah kesabaran menahan pelbagai cabarna akan task yang daku berikan untuknya sepanjang kelas yang diadakan. Wallahua’lam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: