Hidup ini…

Hidup ini….

Sekiranya mengharapkan kepada makhluk, terutamanya kepada manusia,

Pasti dan pasti banyak perkara yang dirasakan bagai tidak kena.

Perkara kecil dianggap besar, perkara besar pula lagilah diperbesarkan.

Tetapi, sekiranya mengharapkan kepada Allah, iaitu pencipta makhluk terutama manusia,

Pasti dan pasti banyak perkara dirasakan ada hikmah dan pengajaran yang Allah nak berikan.

Sebab,

Allah tidak pernah meletakkan sebarang hajat kepada makhlukNya. Allah tidak pernah berasa tergugat dengan kedudukan atau kemampuan para makhlukNya.

Allah boleh beri apa-apa yang Dia suka, walaupun makhluk itu tidak suka. Tiada sesiapa boleh menghalang kehendakNya. Allah juga boleh ambil apa-apa yang Dia suka, walaupun seluruh perancangan dan strategi hamba tersebut berusaha untuk menghalangnya.

Allah juga penguasa dan penentu segalaNya. Dalam ‘tangan’ Dia, semua benda bergantung dalam penguasaanNya.

Walaupun makhluk itu tidak bersetuju dengan ketentuan Allah, tiada makhluk boleh mengubah kehendakNya. Walaupun makhluk itu bersetuju dengan ketentuan Allah, tiada sesiapa yang boleh berkata “tidak” pada perubahan yang Dia suka untuk melakukannya.

Kerana itu,

Memang mengharapkan kepada manusia ini, banyak lah dirasakan itu tidak kena, ini tidak kena. Sampai masalah yang bukan isu besar, sanggup diperbesar-besarkan.

Tambah-tambah apabila manusia itu telah timbul perasaan senang atau suka pada sesuatu keadaan. Apabila perasaan dan keinginan seluruhnya telah diberikan, manusia itu mula sentiasa mengharap dan menjadikan apa-apa yang diingininya itu sebagai tujuan dan tumpuan hatinya sentiasa.

Ketika ini,

Jika apa-apa yang diingininya itu tidak menurut hajat di hatinya, maka banyaklah tusukan syaitan menujam. Banyaklah rancangan buruk yang bermain di fikiran, banyaklah persoalan yang tidak senang ditimbulkan, banyak pula perkara yang sebaliknya mula bermain-main di kepala.

Ketika ini,

Mulalah berlaku perkara pelik. Benda yang manusia sayang dan inginkan itu tiba-tiba menjadi musuh dan perkara yang tidak menyenangkan.

Sehingga perkara kecil menjadi isu besar dan boleh tercetus peperangan dunia ke-tiga.

(Mengapa perkara ini terjadi? Sebab seluruh perhatian dan tujuan ditumpukan kepada perkara tersebut. Maka, apabila berlaku sebaliknya, nescaya terus patah harap dan putus asa. Padahal, jika guna akal, bukan berpengaruh sangat pada isu yang bersangkutan sehingga mendatangkan betapa besarnya perpecahan.)

Tetapi, barang siapa mengharapkan pada Allah,

Setiap perkara yang berlaku dianggap sebagai ujian dan hikmah. Nak kata nikmat, masih terlalu jauh kerana tempat yang hakikat pada nikmat ialah di syurga nanti.

Jadi, apabila seseorang meletakkan tujuan dan keinginannya pada Allah,

Nescaya dia akan merasakan benda yang diharapkan itu ialah pemberian dan kehendak Allah. Maka, apabila dia memperoleh hasil yang diharapkan, dia akan sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada Allah. Tetapi apabila dia tidak beroleh apa-apa yang diharapkan, dia bersabar dengan perkara yang Allah tidak tentukan baginya.

Dia tidak pernah rasa rugi. Sebab, baginya Allah telah berikan lebih banyak nikmat, rahmat, kebaikan dan lain-lain lagi daripada perkara yang di hajatkan di hati.

Allah berikan segalanya itu walau pun hambaNya tidak meminta kepadaNya. Dia berikan kerana Allah itu Maha Pemurah dan Pengasihani, Dia lebih mengasihani daripada seorang ibu kepada anak-anaknya.

Oleh itu,

Orang yang sentiasa mengharapkan kepada Allah tidak pernah terasa rugi kepada apa-apa yang dihajatkan di hatinya masih tidak diperoleh daripadaNya. Baginya,

Syurga yang Allah janjikan lebih baik daripada segala-galanya. Nikmat yang kekal berterusan dan berganda-ganda lebih baik daripada nikmat sementara dunia ini, yang diharapkan olehnya.

Tetapi, bagi orang yang mengharapkan kepada manusia,

Ya, sekarang terasa seronok dia beroleh segala-galanya. Tetapi kemudian, lusa, bulan demi bulan, tahun demi tahun,

Belum tentu lagi. Sebab…

Mana ada nikmat dunia ini kekal? Yang ada akan berubah, yang elok suatu ketika akan rosak. Yang baik sekarang, boleh rosak bila-bila masa jika tak pandai nak pelihara.

Oleh itu, nilai sendiri-sendiri.

Allah tidak pernah rugi jika manusia tidak melihat kepada kewujudanNya, dan meletakkan kesabaran pada ketentuanNya. Tetapi manusia pasti rugi apabila melanggar kehendak dan laranganNya, dan tercela lagi apabila Allah tak merahmati dan berkati apa-apa yang dihajatkan oleh diri sang manusia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: