Menjaga hati.

 

Niat dan matlamat untuk terus menulis ini kena sentiasa periksa, sama ada benar atau tidak. Ketika menulis, mujahadah untuk tekan nafsu atau emosi bukannya mudah. Tambahan lagi, dengan menulis tak perlu ambil kisah perasaan orang lain. Ya lah, menulis kepada dan berdepan dengan komputer atau skrin, bukan dengan orang lain.

Oleh itu, menulis boleh jadi banyak kerosakan dan fitnah sebenarnya. Jika tidak dikawal, pelbagai asbab perpecahan boleh berlaku bila-bila masa.

Moga Allah pelihara  penulis ini daripada melakukan sebarang kesilapan, jauh daripada pedomannya. Hanya menulis pada perkara yang bermanfaat, memberi kebaikan pada diri sendiri atau pada orang lain yang melihat.

 

++++++++++++++

Hati ialah raja pada segala anggota. Kekuasaan pada penguasaan hati adalah puncak kepada segala perbuatan dan tindakan.

Oleh hal demikian, usaha menjaga hati ialah usaha yang sangat penting dan mustahak. Hati kena kuat dan kekar, apabila datangnya pelbagai ujian dan halangan.

 

Halangan kuasa hati (baik)

Halangan pertama hati ialah nafsu, halangan kedua hati ialah syaitan.

Maka, usaha mengatasi halangan hati ialah nafsu dulu. Jika nafsu dapat diatasi dan ditawan, maka syaitan tidak sukar untuk dihadang dan dihalang.

 

Namun, usaha untuk berperang dan menawan nafsu bukannya semudah menulis di sini. Terlalu sukar, payah, dan sulit, boleh jadi kadang-kadang menang dan mungkin banyak kali tersungkur.

Walaupun dia seorang yang soleh.

 

Peperangan ini tidak pernah berakhir. Ia berterusan sehingga tiada lagi diri pemilik hati dari muka bumi. Setelah kepergiannya (mati), baru disedari nilai dan pentignnya usaha menjaga hati di muka bumi. Orang yang berjaya ialah orang yang berjaya menawan nafsu dan kuasa hatinya sentiasa mengingati Allah. Orang yang gagal ialah orang yang tersungkur di bawah penguasaan nafsu, dan hati mengikut sahaja kehendaknya.

Syaitan pula hanyalah penghasut atau penggerak yang lemah daripada luar. Dia sentiasa memantau keadaan hati. Apabila hati lalai daripada mengingati Allah (sumber kekuatan sebenar hati) maka syaitan mula melancarkan serangan. Ketika lalai dan leka, mudah baginya mendorong musuh dan halangan utama, iaitu nafsu. Jika hati  tiada bentengnya, maka pasti hanyut. Benteng tersebut ialah akal. Akal berguna untuk berfikir rasional, baik dan buruk, berada di jalan atau sebaliknya.

 

Benteng hati: akal.

Maka, benteng yang banyak membantu penguasaan hati ialah akal. Akal yang bijak dan sentiasa melihat, berfikir dan berzikir kepada Allah maka dia akan menjadi benteng yang kuat. Tetapi, akal yang tidak pernah melihat, berfikir dan berzikir kepada Allah, maka benteng hati menjadi lemah dan semakin lemah.

Hakikat kekuatan akal untuk peringkat tertinggi ini Allah telah wujud dan berikan kepada kaum lelaki. Wanita, jarang ada kekuatan akal untuk peringkat ini. Mereka kaum yang Allah tidak ciptakan kekuatan akal, tetapi diberikan kekuatan yang lain. Iaitu kekuatan nafsu (emosi/perasaan/keinginan dll.).

Kerana itu lelaki mempunyai banyak cabang fikiran dan pemikiran yang di luar jangkaan. Wanita pula mempunyai kotak pemikiran yang sama dan jarang berlaku di luar jangkaan.

Tetapi, jika lelaki tidak pandai guna akalnya, maka dia berada di bawah kotak nafsu. Dia menjadi ‘bodoh tak sedar’, apabila akal berfikir ikut nafsu. Paling teruk, apabila mereka (lelaki) tidak canggung,terus menurut dan mengikut penguat nafsu –wanita- tanpa langsung fikir kebaikan atau kemudaratan pada dirinya sendiri apabila melakukan sesuatu perkara disaran oleh wanita.

Kerana itu lelaki kena pandai guna akalnya. Akal kena fikir dan sentiasa pegang pada agama. Jika tidak, dilihat pandai dari luar, tetapi sebenarnya ‘bodoh tapi tak sedar’ dari dalam dan tindakannya.

 

Usaha menjaga hati

Oleh itu, sebagai seorang lelaki, usaha menjaga hati dengan sentiasa mengingati dan memikirkan tentang Allah dan agamaNya ialah suatu kemestian dan berterusan. Dengan melaksanakan usaha ini, maka mereka bukan sahaja berada di jalan yang betul, malah mereka menjadi kekuatan kepada wanita untuk membantu agamaNya yang mulia.

Tetapi, apabila wanita yang memiliki kekuatan pada nafsu mula melihat dan berfikir pada Allah, maka hati mereka sebenarnya lebih kuat daripada lelaki. Hal ini kerana kekuatan nafsu lebih dekat dengan hati, dan akal yang tak banyak fikir, cepat untuk Allah berada di hati. Apabila kurang fikir pada selain Allah, maka Allah sahaja matlamat mereka, tiada yang lain. Perbuatan mereka hanya kerana Allah dan RasulNya, lebih kuat daripada lelaki.

Kesannya, apabila lelaki lemah (sebab tak ada mood/ kurang perasaan ingat Allah- tak ada nafsu –emosi/keinginan) untuk usaha ini, wanitalah menjadi tenaga mereka. Mereka pendorong kepada lelaki, cuma mereka tak sedar sahaja.

Hakikatnya,  lelaki dan wanita saling berganding bahu membantu agama Allah s.w.t, mengingati tentangNya dan berusaha terbaik kepada agamaNYa. Inilah hikmah Allah ciptakan sepasang –lelaki dan wanita- di muka bumi ini.

 

Lebih baik dari hubungan ini, lahirlah anak yuang soleh dan solehah. Anak yang taat dan takut kepada Allah. Walaupun anak-anak ini diciptakan oleh Allah dan Allah berkehendak untuk mereka hidup di dunia, sebenarnya mereka tetap bermula untuk lahir dari hubungan seorang lelaki dan seorang wanita.

Benih yang bersih bercambah menjadi pohon yang baik dan berbuah manis, lahir dari tanah yang baik, air yang bersih dan baja (penjagaan) yang terbaik. Tetapi benih yang bersih akan menjadi pohon yang buruk, berbuah busuk kerana tanah yang kotor, air yang kotor dan tidak pernah dijaga dengan cara terbaik.

 

Jangan disalahkan terus si anak, jika diri sendiri tak pernah menjadi soleh dan mendidik orang lain untuk menjadi soleh. Jangan dituding jari kepada orang lain, jika diri sendiri tak pernah berubah dan menjadi terbaik kepada Allah, hakikat empunya diri.

 

Sekian,

Hidup demi akhirat yang abadi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: