Daie: hari ini, esok dan selamanya

 

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, ada sedikit kesempatan pada hari ini untuk terus menulis. Walaupun tak banyak, sekurang-kurangnya ada sifat istiqamah nak terus melakukan.

Sifat istiqamah ituagama lah yang sebaik-baiknya dalam setiap amalan agama. Amalan bukannnya perlu bertimbun dan bergunung-gunung, tetapi perlukan istiqamah sama ada sedikit atau banyak sesuatu amalan yang dilakukan.

Sebenarnya, hari ini tak tahu nak cerita tentang apa. Tazkirah ringkas, peringatan, pendirian dan lain-lain dah banyak diberitakan di sini. Harapnya itu semua menjadi perhatian dan pedoman kehidupan.

Apa-apa sekalipun, daku tidak mampu untuk menyampaikan semua itu atau terus menulis melainkan daripada kehendak Allah s.w.t. Dia lah ‘backbone’ daku untuk menulis dan menyampaikan, dan Dia lah yang mengubah sikapku yang tak mampu dan mahu, sehingga menjadi mampu dan mahu.

Terima kasih wahai Allah.

Kehidupan Daie.

Mungkin ramai tidak sedar akan perkara ini. Iaitu kehidupan yang sebenarn seorang Daie.

Hakikat kehidupan seorang Daie ialah dia perlu terlalu banyak perkara untuk dilakukan, demi menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi. Hal ini kerana merekalah utusan Allah untuk menyeru manusia kepadaNya. Manusia pula bukannya seorang, boleh sampai beribu atau berjuta yang perlu diseru untuk menyampaikan.

Daie lebih tinggi martabatnya daripada Wali Allah. Lebih tinggi kedudukannya daripada ahli ibadah. Lebih tinggi statusnya daripada ahli ilmu dan hikmah.

Mengapa kedudukan begitu tinggi? Kerana denga sebab wujudnya Daie, maka wujudlah Wali Allah, ahli ibadah, ahli ilmu serta ahli hikmah.

Pekerjaan dan tugas Daie ialah menyeru dan mengajak manusia mentauhidkan Allah, mengikut jalan yang dikehendakiNya. Maka, fikir risau dan pergerakan Daie melahirkan umat yang nampak peranan Allah dan agama dalam kehidupan. Tanpa fikir dan pergerakan Daie, maka agama tidak akan dapat disebarkan dan agama akan mati daripada amalan.

Mungkin di Malaysia ini banyak saluran dan saliran berkonsepkan agama. Alhamdulillah. Kita semua sepatutnya bersyukur dengan rahmat dan kurniaan ini, kerana tak ramai yang tahu,

Di negara-negara lain, mereka tiada nikmat dan kurniaan ini. Sehingga makan khinzir, bela khinzir, jual daging khinzir dan arak menajdi perkara biasa dilakukan. Apabila ditanya, mengapa dibuat demikian, mereka hanya kata, “Kami tidak tahu pun tak boleh buat semua ini?”

Pelik bunyinya, bukan? Tetapi memang wujud pun, perkara ini diketahui apabila ada beberapa jemaah dihantar di negara-negara lain untuk mengajak orang Islam (yang utama perlu ditemui) kepada mengamalkan ajaran Islam. Sampai ada yang masjid pun dibuka waktu solat Jumaat sahaja, nikah sebelum nikah menjadi biasa, makan pelbagai jenis makanan eksotik dan lain-lain lagi.

Oleh itu, tugas Daie memang banyak dan sukar. Daie sentiasa perlu terus menyeru kembali manusia ke jalan yang benar, sama ada mereka orang Islam atau tidak. Mereka perlu terus menyampaikan dan berdoa kepada Allah, agar umat ini faham bahawa setiap makhluk itu Allah yang menciptakan. Ada perintah dan larangan Allah yang perlu dipatuhi atau dihindari.

Daie tidak sekadar berkata-kata, walaupun kata-kata itu menjadi keutamaan pergerakan mereka. Mereka perlu lebih banyak buat apa yang telah diperkatakan, dan hindarkan daripada kesukaan untuk orang hanya mendengar perkataan mereka tanpa melakukan apa-apa yang mereka katakan.

Hal ini kerana Daie bukan pemidato yang hebat (malah, menjadi pemidato-ajak orang dengar dan syok dengan apa-apa yang mereka cakap, tetapi tiada kesan dan nilai kepada perbuatan- ada amaran keras kecelaannya daripada Rasulullah s.a.w.). Daie ialah para pekerja Allah, yang berkorban masa dan tenaga untuk menyampaikan, demi umat bersama-sama mengamalkan dengan apa-apa yang telah diseru dan disampaikan.

Program pagi esok.

Oleh hal demikian, atas kehendak dan perintah Allah s.w.t,

Esok pagi (insya-Allah pukul 8.00 pagi) ada program untuk hal ini. Menyeru manusia kepada Allah s.w.t, dengan pendekatan sunnah Nabi s.a.w, khusus kepada bidang kajianku, iaitu makanan.

Doakan kami semua yang cuba berusaha dapat melakukan misi ini dengan sebaik mungkin. Dipermudahkan segala urusan, satu hati, kerja dan pemikiran.

Juga, mereka yang hadir untuk mendengar itu kelak dapat berusaha melakukan apa-apa yang kami sampaikan.

Amin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: