Kerahmatan dan maslahat umat.

Memang sukar apabila seseorang nak bertemu dan berbicara dengan seorang penyeru agama Allah atau dengan istilah Daie ini. Hal ini memang perlu sedar bagai kebiasaan dalam rutin kehidupan akan berlaku. Memang telah menjadi ketetapan, di dunia ini untuk bertemu dengan para Daie dalam waktu yang lama dan ingin mengekalkan hubungan dengan Daie mengikut kehendak sendiri atau ketetapan insani memang sukar untuk dikecapi.

Mengapa hal ini berlaku? Hal ini berlaku kerana beberapa perkara.

  1. Masa seorang Daie ialah milik Allah s.w.t. Apabila dinyatakan masa mereka menjadi milik Allah, maka setiap perubahan masa itu akan terus berlaku mengikut kehendakNYa dan keupayaan para DaieNya. Ada yang masa singkat, ada yang 1/3 daripada masa mereka, ada yang ½ daripada masa mereka dan ada yang sepenuh masa mereka. Bergantung kepada kehendak Allah, keupayaan para Daie dan tanggungjawab yang dipikulkan kepada mereka.
  2. Tumpuan pada hati dan fikiran para Daie ada autoriti. Pertama tumpuan mereka kepada Allah s.w.t. Kedua ialah kepada Rasulullah s.a.w. Ketiga barulah keadaan diri mereka dan orang yang bersama dengan mereka.
  3. Daie tidak boleh menyatakan kehendaknya sendiri sehingga memadam kehendak Allah s.w.t terhadap mereka. Walaupun perkara itu harus dalam kehidupan manusia. Misalnya para pekerja Allah ini hendak makan, maka jenis makanan mereka perlu dipilih, waktu makan mereka tertentu, keadaan makan mereka perlu tertentu dan kuantiti makan mereka juga tertentu. Tidak sama seperti keadaan ‘melantak’ orang lain.
  4. Telah menjadi ketetapan Allah, para DaieNya ialah model kepada umat ini. Maka, apabila perkara ini berlaku, setiap perbuatan, tingkah laku, percakapan dan lain-lain yang zahiriah menjadi pandangan Allah dan perlu betul ketika mereka bertemu atau berkata-kata sesama manusia yang lain.
  5. Kehidupan seorang Daie perlu dibina dan diletakkan keazaman di akhirat sana. Jika tidak,mereka bukan Daie jika nampak kepentingan duniawi tanpa akhirat, yang sering kali dinyatakan.

Hikmah di sebalik ketetapan Allah (lebih mudah disebut sebagai prasyarat menjadi DaieNYa) ini, apabila tiba di akhirat sana, mereka tidak lagi rungsing, bimbang dan macam-macam kelam kabut seperti yang telah berlaku di kehidupan mereka di dunia dulu. Allah s.w.t telah memberi kelapangan dan kerehatan kepada mereka di sana, disebabkan pengorbanan dan susah payah yang mereka terpaksa pikul demi berkerja dan menyebarkan agamaNya.

Tetapi, bagi orang lain, waktu itulah waktu yang paling kelam kabut, paling menakutkan, dan merungsingkan. Tetapi tak boleh nak buat apa-apa lagi. Masa yang telah pergi tidak boleh lagi kembali. Ada yang berasa rugi, ada yang menyesal dan ada yang terus menangis keluar darah, tetapi tiada lagi harapan dan peluang kepada mereka seperti dulu lagi. Hidup dalam keadaan itu, sehingga masa berjuta-juta dan beribu-ribu tahun, melainkan ada kehendak Allah ke atas mereka.

Wallahua’lam.

Jadi, sekarang…. daku ingin menimbulkan pertanyaan. Manakah yang lebih baik. Bersabar sebentar untuk bersama, bertemu dan berbicara dengan para Daie kini (tetapi terbaik di sana) atau tak bersabar kini (dan tak tahu apa lagi yang lebih tak boleh nak sabar di sana)?

______________________

Alhamdulillah… segala kerahmatan dan kemuliaan hanya milik Allah s.w.t. Dia memberi pinjaman kepada hambaNya agar mereka menggunakan ia untuk jalan yang terbaik, bukanlah sebaliknya.

Baru-baru ini daku selesai mengadakan talk tentang makanan dan sunnah. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

Walaupun ada kekangan dan ujian pada peringkat awal akan talk ini, tetapi ketika dan hasil penyampaian tersebut amatlah memberansangkan sekali. Dengan usaha dan hasil yang kami dapati, terasa bagai terhibur dan tiada apa-apa masalah yang kami hadapi pada permulaan program yang diadakan tersebut.

Rata-rata para peserta yang mendengar berasa terkesan dengan nilai sunnah dalam makanan. Bagai tidak dijangka begitu banyak penekanan sunnah dan adab dalam hanya aspek makanan. Jika dulu makan diingat hanya sebagai ikut ‘dan’, kini rupanya makanan akan terasa begitu bernilai dan penting untuk diusahakan mengikut sunnah Nabi s.a.w.

(pada waktu itulah… tetapi selepas majlis itu tak tahu lah apa yang akan berlaku. Ya lah….  suasana tak ada, macamana nak istiqamah terus buat, kan?)

Itulah antara impak yang kami dapat apabila bertanya respon para peserta. Dengan bilangan kuantiti peserta yang sederhana, amatlah tinggi peluang untuk mereka terkesan dengan apa yang disampaikan. Ramai yang memberi respon menarik dan bersetuju untuk diadakan lagi, dan banyak soalan yang timbul bertanya bagaimana nak terus buat di kemudian hari.

Apa-apa sekalipun, daku berdoa moga Allah kekalkan kita semua dapat istiqamah apa-apa pengisian yang diterima. Moga Allah sayang kita semua, memberikan taufik untuk mengamalkan agamaNya yang telah sempurna.

Amin.

Maslahat yang timbul.

Seperti biasa, apabila Allah s.w.t mengambil masaku untuk agamaNya, maka macam-macam perihal lain yang timbul demi agama itu terus tersebar di atas muka bumi ini, mengikut pada keupayaan yang daku ada.

Jadi, di sini daku timbulkan maslahat ini untuk menimbulkan fikir dan risau para pengunjung di sini. Mungkin berkat fikir dan risau bersama, Allah s.w.t akan membuka jalan yang terbaik untuk daku usahakan, ikhlash demi menyampaikan agamaNya yang diredhai.

Baik. Perkara pertama ialah berkenaan al-Quran yang daku kendalikan. Kini, telah banyak permohonan yang ditimbulkan oleh umat kepadaku (asbab lah) untuk mengajar mereka dalam pelbagai keadaan. Yang terkini ialah mencari guru wanita untuk mengajar anak-anak perempuan atau kaum wanita.

Hal ini ditimbulkan beberapa ketika lalu. Tetapi daku terpaksa tunda kerana kekangan masa dan tak tahu nak buat macam mana.

Mula-mula timbul dulu, daku buat tak kisah. Tetapi bila macam selalu disebut-sebut orang ini (di samping ada juga orang perempuan minta nak jadi tenaga pengajar), daku mula mengutarakan maslahat ini.

Bagiku, tiada masalah untuk menyelia guru wanita. Tetapi masalah timbul ialah apabila nak terus diselia atau bagi sahaja kelas kepada mereka dan kemudian buat tak tahu sahaja.

Hal ini kerana jika para guru al-Quran di bawah nama syarikat, maka daku bertanggungjawab nak kena selia mereka dari semasa ke semasa dan daku juga akan ambil tahu tentang anak murid mereka. Selain itu, daku akan sediakan modul mengajar al-Quran, yang  pendekatannya kepada akhlak bukan sekadar bacaan. Tetapi jika tanpa nama syarikat, maka daku tak payah ambil tanggungjawab untuk guru Quran ini dan apakah yang mereka ajarkan.

Entah… tak tahu macamana nak kendalikan guru al-Quran wanita ini lagi. Tak tahu macamana nak selia, dan lebih risau lagi takut fitnah lain pula.

(bagiku…. tiada masalah nak selia. Sebab ada anak muridku pelajar perempuan pada satu rumah bersama adik beradik yang lain. Cuma tak tahu… adakah Allah redha jika diambil tugas ini atau sebaliknya…)

Maslahat kedua ialah program syarikat yang daku kendalikan.

Lewat mesyuarat kami sesama ahli, mula timbul isu wanita untuk conduct program kepada para muslimat yang terlibat sebagai peserta. Mereka menyatakan tidak wajar melihat kepada kami (para lelaki) yang buat praktikal, sewajarnya ada kaum mereka sendiri yang buat praktikal di tempat khusus yang disediakan.

Daku pandang idea ini sangat baik. Malah, dalam perangkaan pergerakan syarikat, ada modul lain macam bengkel dan kem yang memang perlu guna para wanita untuk kendalikan sesetengah program dan kes khusus bila melibatkan peserta daripada kalangan mereka sendiri.

Jadi, isu wanita ini juga dibangkitkan. Nak dijadikan konklusi, dalam penyampaian dakwah yang di bawah penyeliaanku, memang ada wanita yang kena terlibat.

Cuma… adakah ini kehendak Allah atau bagaimana? Moga Allah berikan daku kefahaman dan taufik untuk lakukan. Ikhlash keranaNya, dan daku tak mengharap makhluk untuk menyatakan kehendak mereka.

Doa… moga Allah permudahkan isu ini dan terbaik apa yang perlu diteruskan dan berlaku kelak…. takut fitnah dan bukan kehendak Allah s.w.t…

-powtoon ok. Maaf lambat. Sengaja🙂

🙂

…PanggilanNya telah bermula.

Masa untuk terus bergerak. Untuk waktu yang sementara, kerana Dia berkehendak demi mententeramkan keadaan langit dan bumi.

… Kesabaran itu penting. Tetapi ada yang lebih penting. Iaitu

Yakin. Yakin menguatkan diri untuk terus bersabar. Yakin meletakkan Allah sebagai pemelihara dan penguasa mutlak (untuk terus meminta dan berharap) ketika lemah untuk meraih sifat sabar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: