Kembara berterusan: Hidup seorang Daie

 

Menghitung hari demi hari. Akhirnya tiba lah juga pada hari yang dinantikan ini.

Pelbagai halangan, ujian dan dugaan yang perlu ditempuhi untuk mencapai masa ini. Sehingga kini, sebenarnya segala rintangan itu masih tidak berakhir. Namun, adaku terasaberundur diri daripada terus mengambil kira kerana ada tugas yang lebih besar untuk dilakukan dalam suatu tempoh masa yang terlalu minima.

Iaitu, meneruskan kembara Ilahi. Kembara menyampaikan agama Rabb, khususnya untuk diri sendiri.

Kembara kali ini, terasa jelas wujud perbezaan daripada kembara terdahulu.

Kali pertama daku bergerak untuk kembara ini, daku masih tidak kenal dan pasti apakah yang sebenarnya diriku lakukan. Yang daku tahu, inilah kehendak Allah s.w.t ke atasku. Daku sedar ini kehendak Allah kerana pada waktu itu, macam-macam kisah dan sedutan episod hidup sehingga membawaku ke jalan ini.

Daku bergerak dengan masa yang agak lama. Dengan apa-apa pun tak tahu tentang nilai dan kerja yang dilakukan, daku bergerak dalam keadaan kosong. Tak tahu apa-apa pun tentang apa sebenarnya perkara yang daku lalui dan lakukan.

Apa yang daku tahu, ini kehendak Allah. Peristiwa, cerita dan tragedi kehidupan menyokong inilah jalan yang perlu daku lalui.

Hanya, satu benda yang paling bernilai daku belajar, iaitu YAKIN PADA ALLAH S.W.T.

Bagi kembara kedua, daku telah merasai akan wujudnya kepentingan pada kerja dakwah yang dilakukan. Sudah beroleh ilham dan kefahaman, didikan dan penyucian.

Pada ketika itu, kembaraku yang dilalui sebenarnya ingin menguatkan kakiku pada kerja ini. Dalam tempoh masa lebih 40 hari, memang terasa Allah s.w.t inginkan daku berdiri di atas kerja ini.

Tarbiyah, percakapan, didikan dan lain-lain perkara yang perlu dilalui membuatkan daku beroleh taufik untuk terus menyampaikan agama Allah setelah habis tempoh belajar agamaNya di jalanNya.

Di sini, daku belajar satu nilai yang sangat tinggi, iaitu SABAR KERANA ALLAH S.W.T.

Bagi kembara ketiga, daku lalui pengalaman yang berbeza daripada dulu. Ada sesuatu yang Allah s.w.t, iaitu pencipta dan yang lebih mengetahui tentangku, berkehendak untuk daku lakukan dan berubah.

Ujian ketika itu terasa lebih berat dan terlalu mencabar daripada terdahulu. Bermula sahaja bergerak dah terasa diuji. Sehinggalah ke akhir kembaraku itu.

Apa yang boleh daku lakukan? Hanya berserah kepada Allah s.w.t yang memilihku untuk lalui dan letakkan diriku pada kembara kali ini.

Di sini, daku belajar satu perkara yang tinggi, iaitu TAWAKAL PADA ALLAH S.W.T.

Kini, bagiku,

Bermula kembara yang keempat. Kembara yang merupakan madrasah mendidik manusia kepada rabbNya.

Masih tidak diketahui apakah kisah, rintangan dan halangan yang daku perlu terima pada kali ini. Apa sekalipun,

Setiap kali daku lalui kembara ini, tidak pernah ada perkataan mudah dan senang. Rata-rata ialah mujahadah, susah dan sukar, sehingga memang terasa diri ini diuji.

Seperti biasa,

Apabila daku berada di jalanNya, khusus dalam tempoh yang lama,

Daku mematikan hubunganku dengan dunia luar. Fokus dan tumpuan diberikan di jalanNya.

Hal ini supaya impak seorang Daie itu wujud kepada diriku. Malah, ulama menyarankan perkara yang sama. Lebih-lebih lagi, kesan mujahadah ini hanya akan dirasai apabila seseorang benar-benar memberi masa, diri dan hartanya untuk jalan Ilahi.

Sebegitupun, sepanajng daku berada di jalanNya, karanganku tetap wujud di sini. Tidak wajar dibiarkan kosong tidak diisi.

Dan, moga menjadi pengubat hati kepada para pelihat setia di laman ini.

Doakan semuanya dalam kehendak dan pemeliharaan Allah. Semoga Allah merahmati dan kurniakan kebaikan kepada diri dan sekeluarga.

Amin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: