Coretan: antara rasa dan keinginan

Assalamualaikum w.b.t

Ke hadapan orang yang melihat, hal ini khusus kepada diri.

…pertama sekali, daku minta maaf akan hal yang telah berlaku. Ya… daku akui. Ia amat mengejutkan dan tiba-tiba diberitahu akan berita ini. Tidak pernah daku menyentuh dan beritahu akan hal ini di sini sebelum ini. Tidak semena-mena, daku pergi tanpa tanda keinginan itu disampaikan di sini.

Sebenarnya, pemergianku untuk di jalan Allah, menyahut seruan Allah, tugas yang Allah berkehendak kepadaku menyampaikan dan kerja yang ditanggungjawabkan ini, telah lama bermain di fikiranku. Malah, berkenaan perkara ini, telah daku uar-uarkan sebenarnya untuk orang lain, tetapi tidak kepada diri seorang lagi.

Daku telah beritakan perkara ini kepada kedua orang tuaku, adik beradikku, guru dan pensyarahku, anak didikku, teman seperjuanganku, rakan seangkatanku, dan lain-lain lagi, agar mereka bersedia untuk kepemergianku dalam suatu tempoh masa, seterusnya bersedia memikul beban dan tanggungjawab yang daku berikan kepada mereka. dengan hal ini, mereka tidak runsing dan tergesa-gesa apabila daku berjalan di jalan ini.

Malah, perkara itu juga daku sebenarnya ingin beritahu kepada diri. Namun…. terlalu banyak kekangan sehingga daku tidak dapat nak sampaikan. Dari pelbagai aspek, tidak kira rohani, jasmani, mental atau emosi.

Antara yang terpenting ialah kerana daku tidak pernah bersua atau bertemu dengan diri. Dan… kemungkinan kebanyakan perkara yang daku fikir atau bicarakan di sini hanyalah satu agak-agakkan minda dan perasaan, yang tiada bersangkutan dengan diri.

Disebabkan ketidak pastian ini, daku mengelak dari bicarakan perkara ini. Hal ini supaya jika benar perkara itu berlaku dan memang diri berkehendak, maka daku berada di jalan yang lurus dan terus, tidak buat prasangka itu ini, begitu begini. Sekiranya perkara yang daku sangka itu salah, maka dengan cara daku beritahu begini, daku tidak banyak masa cerita benar yang tidak tepat atau ringkas cerita, buang masa beritahu perkara yang tidak kena.

Malah, jika benar sekalipun, daku tidak tahu persediaan diri menerimanya atau apa-apa yang diri harapkan daripada usaha yang terpaksa daku lakukan. Oleh hal demikian, daku fikir alangkah lebih baik jika diberitakan sahaja tentang perkara ini apabila terus berlaku, daripada hanya membuat pelbagai andaian.

Sebegitupun kesukaran yang daku terpaksa hadapi (untuk menyatakan perkara yang tidak pasti), daku tetap menyampaikan juga perkara itu di sini. Hal ini supaya diri tidak terkejut dengan keadaan laman ini yang (mungkin) nampak ada perubahan, serta diri ada persediaan pada suatu masa yang daku terpaksa pergi  untuk satu tugas dan kerja yang Allah s.w.t memilih dalam kalangan hambaNya untuk melakukan ia.

KINI…

Mungkin kini masih terasa kekok dan berkecil hati dengan keadaan ini. Tetapi, apabila telah lama dan dibiasakan akan keadaan ini, berserta yakin dan sabar atas kehendak Ilahi, nescaya diri akan dapat sesuaikan diri. Akan dapat rasai betapa tinggi nilai dan ganjaran yang Allah s.w.t berikan disebabkan pengorbanan ini (korban untuk agamaNya, tidak sama pengorbanan manusia untuk mencapai hal ehwal duniawi.)

Tambahan lagi, daku tidak pergi sebegitu sahaja, sehingga lamanku ini sepi untuk berbicara. Daku telah tinggal dan titipkan di sini beberapa bicara, agar pengisian terus wujud dan ada pergerakan diriku sendiri semasa ke semasa. Hanya, rentak telah berbeza. Tidak lagi fokus menulis seperti dulu ketika lapang dengan masaku sahaja.

Selain itu, kembara ini juga merupakan suatu pembelajaran yang berterusan. Pembelajaran demi mengenal dan menghayati ketinggian martabat agama Allah. Di samping daku laksanakan tugas, di sini juga daku belajar untuk menghayati agamaNya, menyampaikan agamaNya, memberi tumpuan kepada agamaNya, menghafal firmanNya dan sabdaan kekasihNya, dan mengusahakan orang lain turut belajar dan menyampaikan akan perkara yang sama.

Dengan masa yang diperuntukan ini, tentu sahaja insya-Allah daku boleh lebih berikan perhatian. Dengan tempoh ini, daku dapat belajar lagi dan lagi, yang nyata berbeza daripada sebelum ini.

DOAKU…

Dalam perjalananan ini, daku sentiasa doakan kebaikan dan kerahmatan buat diri dan lain-lain. Janganlah terlalu bersedih dan kecil hati. Bukanlah daku pergi seorang-seorang, malah bersama teman yang lain. Tambahan lagi, daku sentiasa rasai kewujudan diri yang mendorongku ke jalan ini (dari dulu sampai sekarang-walaupun diri tak perasan) dan  tidak pernah lupa mendoakan diri dan lain-lain buat kebaikan kini dan masa akan datang.

Sekiranya tertekan perasaan -mungkin rasa marah- pertama sekali daku minta maaf kerana tiba-tiba sahaja menyampaikan berita ini. Daku lakukan demi kebaikan semua , bukan fikir untuk diri sendiri sorang-sorang.

MUngkin ini satu permulaan untuk penyesuaian. HIkmahnya, insya-Allah kelak wujud persediaan untuk hal ini dan dapat berikan tumpuan lebih dari Allah s.w.t serta lain-lain perkara, ketika ketiadaanku ini.

Malah, di sini merupakan sautu kaedah yang terbaik untuk merasai kecilnya nila yang diharapkan pada kesementaraan di dunia ini, dan sentiasa mengharapkan nikmat yang dikecapi sementara di dunia ini, untuk tujuan terus mengecapi dan memperolehnya di akhirat nanti.

Akhir sekali, janganlah sedih lagi. BUkanlah terlalu lama, dan bukanlah sia-sia. Daku sendiri dapat manfaat dan insya-Allah diri juga terlalu banyak manfaat di sebalik kembara ini.

Di tanah gersang Makkah al-Mukarramah

SUkar Hajar menerima pemergian Ibrahim a.s teman setia Allah

Suaminya yang tercinta

Namun, kerana kesedaran siapakah Ibrahim a.s

Tugas yang beliau pikulkan demi Allah

Dilepaskan jua antara berat dan kerelaan

Bersama dirinya satu kesedaran

Allah s.w.t lebih berhak diutamakan dan diharapkan

Di bawah pengorbanan yang terlalu tinggi nilai dan ganjaran.

Pelihara dan didiklah yang lain dengan al-Quran dan akhlak (adab) dalam Islam. Iman, moga dianugerahkan kesihatan yang terbaik, nur al-Quran dan penyeri senyuman semasa ketiadaan.

Doakan daku… Sentiasa mendoakan buat diri dan lain-lain ketika melalui jalan kembara ini.

Tidaklah syurga dicanang-canang buat diriku seorang

Melainkan ingin dikecapi bersama

Mereka yang mengenaliku dan menjana perubahanku ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: