Kasih sayang: terlalu luas!

Mungkin manusia tidak menyedari akan perkara ini. Hakikatnya, istilah dan perkara ini terlalu luas untuk diperkatakan dan diberi penilaian.

Kasih sayang itu bermula dari sifat Allah s.w.t. iaitu kasih sayang bersamaan dengan sifat ar-Rahim Allah s.w.t. Dengan kemuliaan sifat ar-Rahim, maka Allah melimpahkan pelbagai kebaikan untuk muka bumi ini, dan seluruhnya makhluk tahu menghormati dan menyayangi antara satu sama lain.

Seekor beruk menyayangi pasangannya dengan kemurniaan sifat ini.

Seekor ikan meyayangi anaknya kerana kemuliaan sifat ini.

Seorang anak tahu mengasihi ibu bapa kerana sifat ini.

Seorang kekasih sentiasa menyayangi kekasihnya kerana wujudnya sifat ini.

Begitulah seterusnya. Oleh itu, kasih sayang tidak datang sendiri, melainkan ada yang menggerakkan dan menunjukkan jalan ke arahnya.

Iaitu, Allah s.w.t.

Namun, Allah s.w.t hanya mewujudkan sifat ini. Tetapi yang meneruskan atau menggerakkan sifat ini ialah nafsu.

Inilah peranan nafsu. Nafsu sangat penting untuk menggerakkan sifat yang wujud di sisiNya. Cuma masalahnya akan berlaku apabila orang tak pandai kawal nafsu. Sifat yang wujud daripada Allah disalah guna dan kembali membinasakan diri sendiri.

Maka, kesalahan itu terjadi kerana diri sendiri. Salah guna nafsu, memerangkap keadaan peribadinya sendiri.

Usaha mengekalkan kasih sayang

Sebegitupun, kasih sayang sangat penting untuk dibicarakan dan diusahakan. Ia tidak boleh dibiarkan sebegitu sahaja.

Mengapa? Kerana kasih sayang boleh datang dan pergi, atau turun dan naik. Sebagai contoh, apabila tidak pernah bertemu atau berada berjauhan, mesti dirasakan tinggi nilai kasih sayang tersebut. Tetapi apabila sentiasa bersama dan berdekatan, sudah terhakis dan dirasakan hilang kasih sayang yang tinggi dulu itu.

Oleh itu, untuk mengusahakan sentiasa kasih sayang itu wujud pada setiap manusia, diri, anak dan pasangan. Ada beberapa perkara yang boleh diusahakan.

Pertama: sentiasa melontarkan doa yang tidak putus-putus kepada Allah s.w.t untuk kekalkan kasih sayang tersebut. Mengapa? Kerana ia sifat Allah dan Allah itu yang berkuasa ke atas segala keadaan makhlukNya.

Apabila Allah sentiasa menjadi rujukan di hati, maka Allah sentiasa berkenan untuk memakbulkan doa mereka yang sentiasa berharap kepadaNya, sama ada untuk kebaikan di dunia atau akhirat nanti.

Justeru, sentiasa lontarkan doa. Jangan lupa atau putus asa.

Tiada kekuatan dan perisai yang lebih ampuh melainkan sentiasa meminta dan berharap kepadaNya.

Kedua: sentiasa menunjukkan kasih sayang kepada orang yang diharapkan.

Ya, mungkin ada yang mengakui kasih sayang itu sifat hati, maka tidak perlu untuk mengucapkan atau menunjukkan kasih sayang itu dengan perbuatan.

Hakikatnya, prasangka itu salah dan tidak benar sama sekali! Kasih sayang memang sifat hati, tetapi ia kena diusahakan sama ada dengan ucapan atau perbuatan.

Hal ini kerana sifat yang baik memang kena tonjolkan, manakala sifat buruk memang kena sembunyikan!

Oleh itu, bagi mengecapi berterusan kasih sayang (selepas sentiasa melontarkan doa) ialah kena mengucapkan kepada mereka yang dikasihi. Kemudian, tonjolkan kasih sayang itu dengan perbuatan. Sebagai contoh, beli hadiah yang pasangan sukai, menyenangkan hati mereka yang dikasihi, tidak membebankan pelbagai urusan kepada mereka, dan lain-lain perbuatan yang menunjukkan bukti kasih sayang yang tidak berbelah bagi.

Cuma, kebiasaannya, ada sikit perbezaan dengan cara menyampaikan kasih sayang antara lelaki dan wanita.

Lelaki biasanya kurang mengucapkan kasih sayang. Mereka lebih banyak memberi (melakukan dengan perbuatan) daripada sentiasa mengucapkan. Sebab kebanyakan lelaki kurang bercakap dan ada ego yang tinggi. Manakala wanita pula lebih banyak mengucapkan dan sentiasa ingin mendengar istilah kasih sayang di pendengaran mereka. Mereka juga kadang-kadang berusaha untuk memberi (melakukan dengan perbuatan) terhadap orang yang dikasihi.

Oleh itu, antara lelaki dan wanita kena fahami cara mereka menyampaikan kasih sayang. Jangan fahami ikut perasaan sendiri. Kena sedar bagaimana lelaki memberikan kasih sayang dan bagaimana wanita menyampaikan kasih sayang.

Kalau tak pandai bagi, maka hari ini kena belajar dan berusaha untuk memberi.

Ketiga: sentiasa menghiaskan diri kepada orang yang dikasihi.

Tentang perkara ini, tidak kisah sudah berpuluh tahun kenal ke, dah lama tatap wajahnya ke atau sentiasa melihat dia menyampaikan kasih sayang dengan pelbagai cara, kena sentiasa berusaha untuk melakukan perhiasan terhadap orang yang dikasihi.

Hal ini kerana perhiasan juga memainkan peranan yang penting untuk eratkan kasih sayang. Dengan wujudnya perhiasan, pesona diri akan bertambah dan lain-lain lagi keadaan akan berubah.

Seperti Minah pakai minyak wangi dengan Minah tak pakai minyak wangi. Ada beza tak ?

Ya! Sudah tentu ada!. Dan Minah yang pakai minyak wangi lebih disenangi dan mudah didampingi daripada Minah yang tak pakai minyak wangi.

Ok!

Assalamualaikum w.b.t

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: