Rohani: akal, nafsu dan hati

Dalam rohani manusia, terdapat kedudukan yang berbeza antara nafsu, hati dan akal.

Hati, nafsu dan akal mempunyai kedudukan tertentu. Kedudukan nafsu terletak berhampiran dengan hati. Kedudukan akal terletak di atas (kepala) dan agak berjauhan daripada nafsu dan hati.

Oleh hal demikian, kebiasaannya nfsu yang akan pertama mencapai hati. Maksudnya, kebiasaan yang timbul keinginan di hati ialah wujud sebab nafsu yang mendorong ia. Atau jika ada sesuatu yang berkeinginan di hati, kebiasaannya nafsu yang akan pertama berkata-kata, kemudian barulah akal berfikir betul atau tidak untuk bertindak.

Selain itu, nafsu ini berbentuk selaput. Dalam bahasa fizikal, nafsu ibarat lemak yang menyelaputi jantung (hati). Akal pula ialah cahaya. Cahaya akal hanya akan nampak apabila selaput nafsu berjaya dihapuskan atau disingkirkan.

Sekiranya nafsu itu tebal, maka selaput nafsu ke atas hati juga menjadi tebal. Oleh itu, hati tiada kuasa untuk menyatakan pandangannya sendiri, melainkan nafsu yang menguasai pandangan hati. Kesannya, nafsu mengarahkan hati untuk sesuatu tujuan. Apabila nafsu berkuasa, akal yang di atas tidak boleh buat apa-apa. Dia hanya fikir menurut kehendak nafsu sahaja.

Tetapi, jika nafsu berjaya dikalahkan dan dikuasai, maka hati boleh menyatakan pandangannya. Pandangan hati terus melihat pandangan Ilahi. Hal ini kerana hati itu wujud dalam keadaan ‘roh Allah’. Maka, yang paling mengenal Allah ialah hati. Hati yang telah berkuasa ia akan merasai kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t.

Apabila hati telah berkuasa, maka akal akan memandu pandangan pada hati. Akal amat penting dalam situasi ini, agar hati tidak hanya melihat ke arah langit dan tidak berpaling lagi ke bumi.

Sinaran akal hanya berguna apabila hati itu telah bersih daripada selaput nafsu. Oleh hal demikian, nafsu perlu dibersihkan dan dikuasai barulah hati dan akal dapat berfungsi dengan baik.

Untuk membersihkan hati, ada beberapa usaha yang mujahadah dan berterusan perlu dilakukan, sehingga nafsu menjadi tawanan dan tiada lagi kuasa untuk bertindak sendiri seperti dulu

Pertama: kena kurangkan makan. Elakkan makan sampai kenyang.

Seseorang yang sentiasa makan sehingga kenyang, macam-macam keinginan nafsu di hatinya. Yang paling ketara, keinginan nafsu syahwat sentiasa ingin menguasai orang yang tidak pernah kurangkan makan.

Apabila perut kenyang, maka nafsu sentiasa bebas dan senang untuk melakukan. Tetapi apabila seseorang lapar, maka nafsu akan menjadi lemah dan tiada tenaga untuk melakukan. Hal ini kerana pusat nafsu terletak di perut. Apabila perut itu tidak diisi, maka nafsu tak ada kekuasaan lagi.

Inilah mujahadah yang pertama. Kena berterusan rasa lapar walaupun tidak berpuasa. Memang sukar nak buat sebagai permulaan. Tetapi apabila telah mampu buat, insyaAllah akan dirasai perbezaan pada kekuatan nafsu dan hati.

Kedua: sentiasa mengingati Allah (berzikir).

Apabila nafsu telah dikalahkan, maka perlu pengisian pula. Pengisiannya ialah mengingati Allah.

Nafsu yang telah kalah bermaksud hati telah berjaya dibersihkan. Tetapi jika tiada pula pengisian pada hati yang bersih, tentu tiada lagi kesan akan dikecapi.

Oleh itu, hati perlu diisi dengan mengingati Allah. Banyakkan berzikir. Antara zikir yang boleh dilakukan ialah tasbihat, selawat, istighfar, baca al-Quran, berdakwah, mendengar dan menghafal al-Quran dan lain-lain lagi.

Ketiga: sentiasa berfikir untuk maksud agama.

Seterusnya, salurkan kekuatan itu berganda dengan menggunakan kuasa akal.

Ya, akal itu tempat untuk berfikir. Maka, gunakan kelebihan dan kekuatan akal ini untuk berfikir tentang perkara agama.

Antaranya ialah berfikir akan kekuasaan dan kebesaran Allah, tugas dan pesanan Nabi s.a.w, kebenaran akhirat, tipu daya dunia dan syaitan.

Teruskan berfikir dan menyampaikan. Dengan usaha ini, pasti akal akan terus bergerak dan ilham lain akan muncul lagi.

Wallahua’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: