Monthly Archives: Januari 2015

Ujian besar dalam dakwah.

Daku tak tahu sama ada orang lain mengalami perkara yang sama atau tidak. Tetapi bagiku sendiri,

Nak benar-benar mendakap perkara akhirat dan keyakinan pada Allah, adalah perkara yang terlalu sulit dan payah.

Masakan tidak. Orang lain hidup dan sentiasa senang-senang dapat itu ini begitu begini, kita susah-susah tahan diri dari melibatkan perbuatan dan bersenang-senang seperti mereka. Bukannya tidak mahu, bukan lagnsung tak ada keinginan, tetapi selalu terbayang kurniaan dan bimbingan Allah serta gambaran nikmat dan kemuliaan di akhirat sekiranya menahan ini semua, sekadar kemampuan yang ada.

Continue reading →

Advertisements

Kuasa hati  

Jari ini berkenan rasanya untuk menulis akan perkara ini. Perkara yang terlalu besar, tetapi hanya kepada orang yang mampu memahami dan mengetahui.

Jika tidak, tiada orang yang ingin ambil peduli. Apatah lagi untuk mengetahui akan perkara ini.

Continue reading →

Kerinduan itu fitrah

Perjalanan ini sudah berada di pertengahan. Bagai tidak disangka, begitu pantas masa ini berlalu. Lagi tidak sangka, rupanya telah separuh masaku telah diberikan di jalan Allah s.w.t.

Dulu, pertama kali daku melalui jalan ini, kembara ini memang terasa sukar dan halangan yang diterima memang tidak terduga. Berada di tanah negara orang lain, terlalu sukar bagi kami-rakyat Malaysia- berusaha untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang ada.

Disebabkan perkara ini, maka banyaklah ujian yang dirasakan berat untuk menerima. Sakit itu bagai perkara biasa. Benda yang tidak boleh makan juga agak banyak, sehingga terpaksa beli rempah paket siap sebelum berada di sana.

(Ada yang sampai muntah dan sakit kuning sebab tidak biasa makan makanan di sana. Dan mungkin disebabkan kurang terjaga dari aspek kebersihan seperti di Malaysia. Namun, disebabkan agama, mereka tetap sanggup meneruskan. Ada yang berkata, jika bukan kerana agama Allah, dah lama pulang ke rumah.)

Continue reading →

Doa: munajat yang berterusan.

 

 

 

Daku sangat mementingkan perkara ini. Iaitu DOA.

Terlalu banyak faktor yang menyebabkan daku suka sangat mengaitkan penulisanku dengan doa. Antaranya ialah kerana diriku boleh terus bergerak sampai ke tahap ini berkat daripada doa (mengharap kepada Allah, maka Allah berikan taufik untuk melakukan), pelbagai masalah mampu diselesaikan juga dengan kekuatan doa (minta Allah memudahkan urusan), mengatasi masalah yang timbul juga dengan doa,

Dan terus memberikan kepada ‘sesuatu yang tidak nampak tetapi terus menyampaikan’ juga dengan perantaraan DOA.

🙂

Continue reading →

Sahabat: Kehidupan yang diredhai.

Kehidupan yang diredhai itu hanya satu sahaja buat manusia di atas muka bumi ini, selain daripada para Nabi dan Rasul yang Allah utus khas kepada manusia. Hanya ada satu kelompok manusia ini sahaja yang Allah redha akan kehidupan mereka dunia dan akhirat dan mereka juga meredhai Allah pada kehidupan dunia dan akhirat.

Inilah kehidupan yang perlu dijadikan teladan. Kelompok manusia ini hidup mereka seperti orang lain juga. Ada yang makan, ada yang minum, ada yang berkeluarga, ada yang bekerja. Ada yang mengembara, ada yang menelaah ilmu, ada yang sentiasa menjadi siak di masjid. Ada juga yang bertani, ada juga yang berdagang.

Mereka hidup seperti mana orang lain. Mereka buat sesuatu perkara seperti mana orang lain.

Bezanya, mereka ini Allah redha pada kehidupan yang mereka lakukan di dunia dan akhirat. Malah, mereka juga redha pada Allah dunia dan akhirat.

Continue reading →

Mengenali hati manusia.

Hari ini nak cakap isu agak berat. Tapi, insya Allah mudah difahami. Kerana bahasa nukilanku simple, mudah dan tak ada lah meleret sangat. Hanya kadang-kadang melepasi batasan pemikiran manusia biasa.

Beyond of knowledge, kata orang putih.

Continue reading →

Hikmah

Dalam usaha mengenal Allah, agamaNya, dan usaha ke atas agamaNya,

Maka perlu sedar dan bijak dalam memahami makna dan maksud tersirat dalam setiap pemberian dan takdir yang Allah tentukan ke atas setiap manusia.

Khusus kepada penulis ini.

Continue reading →

Kekuatan Daie

Mungkin mereka nampak biasa-biasa sahaja. Cakap pun biasa, bahasa pun biasa, hidup pun biasa. Macam orang lain juga. Makan, minum, tidur, belajar, berkerja, berkeluarga, dan lain-lain lagi.

Ini pandangan secara kasar. Secara zahir. Hakikatnya, daie Allah adalah lebih daripada itu.

Mereka bukan sahaja mempunyai kedudukan yang istimewa di sisi Allah, malah mereka diberikan kelebihan lebih daripada orang lain, walaupun kehidupan mereka tiada yang terlalu berbeza dengan orang lain.

Allah berikan kelebihan untuk mereka kerana merka perlu berkerja denganNya. Kelebihan ini juga bagi memberi kemudahan dan pertolongan bagi mereka menguruskan urusan harian mereka, yang terpaksa dilakukan berkali ganda daripada orang biasa.

Continue reading →

Pengajaran hadith: tentang IMAN.

Hidup seorang daie,

Tidak sama dengan kehidupan orang yang lain.

Walaupun mereka hidup di bumi yang sama, tetapi cara fikir, cara hidup, dan cara kerja tidak sama seperti manusia biasa.

Continue reading →