Kekuatan Daie

Mungkin mereka nampak biasa-biasa sahaja. Cakap pun biasa, bahasa pun biasa, hidup pun biasa. Macam orang lain juga. Makan, minum, tidur, belajar, berkerja, berkeluarga, dan lain-lain lagi.

Ini pandangan secara kasar. Secara zahir. Hakikatnya, daie Allah adalah lebih daripada itu.

Mereka bukan sahaja mempunyai kedudukan yang istimewa di sisi Allah, malah mereka diberikan kelebihan lebih daripada orang lain, walaupun kehidupan mereka tiada yang terlalu berbeza dengan orang lain.

Allah berikan kelebihan untuk mereka kerana merka perlu berkerja denganNya. Kelebihan ini juga bagi memberi kemudahan dan pertolongan bagi mereka menguruskan urusan harian mereka, yang terpaksa dilakukan berkali ganda daripada orang biasa.

Kekuatan daie yang pertama ialah pergerakan dan perbuatan mereka bersama Allah dan para malaikatNya.

Hal ini bermaksud setiap daie Allah, Allah s.w.t sendiri yang akan mendengar rintihan atau kata-kata mereka, dan para malaikatNya sentiasa bersama-sama dengan mereka.

Pergerakan mereka dalam naungan dan kerahmatan Allah. Perkataan mereka terlalu besar di sisi Allah. Para malaikat bergembira dengan perbuatan dan pergerakan mereka.

Oleh hal demikian, kepada para pekerjaNya, Allah akan sentiasa memelihara dan memberi naungan untuk mereka. Mereka tidak boleh melakukan dosa atau kesalahan. Jika tidak, buruk padahnya kembali menimpa mereka.

Disebabkan keputusan hidup mereka hanya untuk menegakkan dan bertoleransi Allah dan agamaNya, maka mereka tidak boleh melakukan dosa atau kemaksiatan seperti mana orang biasa melakukan ,tanpa ada rasa apa-apa kesalahan, atau menimpa sebarang kekurangan.

Satu sahaja dosa atau kesilapan, cukup ini mendatangkan pengajran kepada mereka untuk bertaubat dan berubah. Tidak boleh lagi kembali atas jalan yang sama. Jika masih lakukan, tak berhenti-henti musibah datang kepada mereka.

Kekuatan kedua datang daripada jasadiah mereka.

Maksudnya, kemampuan jasad atau anggota tubuh para daie Allah adalah lebih daripada manusia yang lain.

Kemampuan mereka berkali ganda daripada orang lain mampu lakukan. Kemampuan jasadiah mereka tidak bergantung harap kepada makhluk seperti mana jasad manusia biasa memerlukan.

Sebagai misal, orang lain badan dah penat apabila berkerja pada waktu siang lapan jam. Tetapi tidak kepada para daie. Mereka boleh berkerja lebih daripada lapan jam tanpa sebarang kesilapan atau kekurangan stamina mereka untuk melakukan.

Orang lain mampu hidup senang tenteram dengan makan tiga empat kali sehari. Tetapi para daie mampu hidup dan makan sebanyak 1 kali sehari. Malah, kekuatan ini akan berkurangan sekiranya makan lebih daripada sekali. Walaupun mereka hanya makan sekali, mereka boleh buat kerja berganda-ganda daripada orang lain mampu lakukan.

Misalan yang lain, orang lain akan berasas penat dan mengantuk jika tidur hanya 3-4 jam sehari. Tetapi tidak kepada para daie. Mereka boleh berjaga dan melakukan melakukan pelbagai kerja pada siang hari, walaupun mereka setiap hari hanya tidur 3-4 jam. Pagi sudah bangun tahajud seterusnya melakukan ibadah dan perkerjaan yang lain di siang hari.

Kekuatan kedua terletak pada akal.

Akal para daie atau pekerja Allah amatlah luas. Ungkapan yang gemar diungkapkan di sini ialah beyond of the knowlegde.

Mereka berfikir lebih dalam, tajam dan luar daripada otak pemikiran manusia biasa. Mereka memikirkan terhadap kehidupan yang bukan di hadapan mata. Mereka mampu memikirkan untuk setiap hati-hati dan ragam manusia.

Akal para daie dilahirkan untuk membawa ummat ke atas jalan yang benar. Maka, akal mereka tidak boleh lemah sekadar memenuhi tuntutan atau keperluan harian, sehingga lalai dan leka dengan kematian atau kehidupan selepas mati.

Allah berkehendak untuk akal mereka lebih daripada kemampuan akal manusia biasa mampu berfikir. Inilah antara sebab mengapa orang sukar nak fahami apabila mereka mula menyampaikan kepada orang lain.

One response

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: